SHOP NOW
Cara Lakukan Rutin Penjagaan Kulit Bahagian Mata
4 min read
Produk terbaik untuk kulit pada bahagian mata.
Mata, dengan keunikan dan pelbagai warna, bentuk dan saiz yang cantik, membantu kita menikmati dunia ini. Mata tidak hanya membolehkan kita melihat—ia membolehkan kita meluahkan perasaan…. mengalirkan air mata kesediahan, menerbitkan keceriaan apabila kita gembira, dan mungkin kedua-dua ekspresi secara serentak apabila kita menangis kegembiraan di atas lantai. Mata kita melakukan banyak perkara; boleh dikatakan mata kita sentiasa sibuk. Dan sebab itulah mata anda perlukan penjagaan ekstra!
Tahukah anda kulit pada bahagian mata berbeza dengan kulit muka? Kulit yang lembut pada mata anda 10x lebih nipis dari semua bahagian lain pada muka. Selain itu, kulit pada bahagian tersebut mempunyai bilangan kelenjar minyak dan sentiasa bergerak. (bayangkan berapa kali anda gerakkan mata dalam masa 10 saat!). Berkelip, kecilkan mata, menggosok, membuang kesan solekan dan juga alahan, kepenatan dan tekanan, semuanya boleh memberi kesan pada mata. Disebabkan faktor-faktor ini, kawasan pada mata lebih mudah mengalami kekeringan dan antara kawasan pertama yang akan menunjukkan keletihan dan tanda penuaan.
Kunci utama untuk mengelakkan masalah pada mata ini adalah rutin penjagaan yang berkesan, selesa dan tidak berisiko!
Anda mungkin sudah tahu tentang peraturan utama dalam penjagaan kulit (kami akan tetap ulang, mana tahu mungkin anda terlupa!) namun kulit yang sihat bermula dengan kulit yang bersih—dan begitu juga dengan kawasan sensitif pada mata anda.
Mungkin kita lebih cenderung menggunakan penanggal solekan mata yang kasar dan pekat untuk membuang eyeliner yang sukar hilang, concealer di bawah mata yang tahan lama dan maskara kalis air. Formula produk tersebut boleh membuatkan kawasan lembut pada mata menjadi kering. Apa yang jadi masalah adalah, jika anda tidak gunakan penanggal solekan mata yang bagus, anda terpaksa menarik-narik dan menggosok kawasan nipis pada mata. Dan jika anda langsung tidak buang solekan, alat solek dan kekotoran boleh merosakkan bahagian tersebut yang sememangnya sensitif. Jadi apa perlu anda buat dan bagaimana nak mulakan?
Cuba buang solekan dan bersihkan kawasan mata dengan pencuci solekan yang lembut seperti Soy Face Cleanser. Pencuci muka soya ini dirumus untuk digunakan pada muka dan kawasa mata. Formula bergel yang sangat lembut ini membuang habuk, kekotoran dan solekan (termasuk solekan mata yang degil seperti maskara), dan dalam masa sama terus membuatkan kulit kelihatan bersinar, bernutrisi dan terhidrat. Selain itu, pencuci ini telah diuji oleh pakar oftalmologi sebagai selamat untuk mata sensitif dan mereka yang memakai kanta lekap.
Kami kongsikan petua untuk mereka yang memakai solekan pada mata! Letakkan secara perlahan pencuci soy dari fresh bersaiz seperti saiz kacang pea pada kawasan gelap di mata. Kemudian, tekankan dengan perlahan kapas yang direndam sedikit dengan air panas pada mata yang ditutup. Biarkan dalam dua saat dan dengan perlahan dan berhati-hati sapu di bahagian itu. Ulang beberapa kali untuk membuang saki baki solekan yang masih ada.
Beza antara krim mata dan serum mata adalah serum mata lebih cair dan ringan. Sifat tersebut membolehkan serum menembusi kulit lebih mudah dan meresapkan bahan yang disasarkan. Disebabkan serum mata lebih cepat menyerap, anda boleh gunakan serum mata sebagai lapisan bersama krim mata. (Kami cadangkan White Truffle Eye Serum sebagai lapisan bersama Crème Ancienne Eye Cream—kombinasi yang akan membuatkan kawasan mata anda bertenaga dan segar semula!) Padankan serum mata dengan krim mata pada kulit bahagian mata. Kulit kawasan mata anda akan lebih bernutrisi dan mendapat khasiat bahan-bahan produk yang digunakan.
Untuk rawatan seterusnya dalam rutin penjagaan kulit mata anda, pilih produk rawatan yang direka khusus untuk kawasan mata yang sensitif untuk disesuaikan dengan kondisi untuk kawasan ini.
Inginkan kulit pada bahagian mata yang kelihatan bertenaga! Cuba Crème Ancienne White Truffle Eye Serum!
White Truffle Eye Serum dapat membentuk, menaikkan dan menguatkan kontur mata dengan ketara, melembutkan crow feet dan garisan pada kulit. Selain itu, serum mata ini juga mencerahkan dan mengurangkan bulatan gelap di bawah mata dan mata kelihatan bengkak. Serum mata anti penuaan ini berfungsi untuk meningkatkan lapan elemen untuk kulit yang mata berkualiti: crow feet, garisan bawah mata, tektur kelopak mata, menaikan kontur, membentuk semua bentuk, kekuatan, kecerahan dan penampilan mata yang segar. Bagaimana produk ini memberi manfaat kepada semua masalah kulit tersebut? Ekstrak white truffle ekslusif dari fresh ini menambah kualiti dan keadaan kulit dari dalam! Teknologi ramuan terkini ini akan membuatkan mata anda seperti terbentuk semula dan bersinar dengan ketara.
Ingin pulihkan kulit mata yang sensitif dan lembut? Cubalah Crème Ancienne Eye Cream!
Krim mata ini dapat memberi nutrisi yang banyak dan masuk ke dalam kulit. Krim ini sangat sesuai untuk bahagian mata yang sensitif atau prosedur selepas dermatologi kerana ia berfungsi untuk menghasilkan nutrisi, penghalang perlindungan dan melawan tanda penuaan. Kedutan pada kulit dan crow feet akan berkurangan dan kulit jadi lebih tenang. Sudah pasti kulit pada bahagian mata akan lebih selesa dan lembut.
Ingin miliki kulit bahagian mata yang bersinar dan awet muda? Cubalah Lotus Eye Cream!
Lotus Eye Cream melawan tanda awal penuaan melalui bahan Super Lotus, yang diperolehi secara beretika* dari Ten Mile Creek Farm di Alabama. Bahan ini membantu melindungi kulit dari bahan tekanan seharian. Krim mata ini ringan tetapi berpotensi tinggi, membantu melembutkan garisan halus, membuatkan kulit bersinar, kulit kurang kelihatan seperti bengkak dan mata tampil lebih awet muda dan bersih.
*Diperakui oleh UEBT
Ingin kulit bahagian mata yang lebih segar dan anjal? Cuba Black Tea Age Renewal Eye Cream!
Black Tea Eye Cream dengan khasiat seperti retinol* kerana mengandungi BT Matrix TM, melawan tanda penuaan pada bahagian mata (seperti bawah mata, crow feet (tepi), kelopak mata dan brow bone) —dan tekstur. Impian memiliki kulit mata yang sihat tidak mustahil! Krim mata ini memiliki kuasa serapan yang pantas dan dirumus untuk memberi kesan kelembutan serta merta. Ini membolehkan krim ini sesuai digunakan dengan concealer. Krim mata ini akan mengurangkan keterlihatan bulatan hitam, bahagian mata lebih tegang, dan tepi mata kurang berkedut untuk kulit mata yang lebih cerah dan muda.
Mata, walaupun sensitif tetapi sangat hebat! Rutin penjagaan mata lengkap mengikut kesesuaian mata anda akan membuatkan mata lebih segar dan sihat—dan semestinya memberi keyakinan tambahan kepada anda!
*kajian secara ex vivo ke atas bahan-bahan BT Matrix™; produk ini tidak mengandungi retinol.