Rutin Penjagaan Kulit untuk Musim Ski

Sydney Solon

Global Marketing

4 min read

Skincare Education

Ketahui cara penjagaan kulit yang sesuai untuk musim ski dengan produk berkualiti kami.

Woman applying white moisturizer to her cheekbone against grey background

Suhu paras beku, cahaya terik dan hembusan angin kuat pada cerun bukit merupakan sukan ekstrim untuk anda, dan kulit anda. Kerana itu penting untuk anda utamakan produk pelembab penjagaan kulit bagi melindungi kulit daripada kesejukan dan mencegah kulit menjadi kering, mengelupas dan kemerahan.

1. Gunakan produk likat yang kaya dengan anti-oksida

Anda mungkin pernah mendengar manfaat pemakanan makanan yang kaya anti oksida. Tahukah anda ekstrak botani ini membantu melindungi kulit anda dari iklim yang ekstrim dan bahan pencemar dari persekitaran dengan mengikat radikal bebas yang menyebabkan tekanan oksidatif? Gunakan serum atau essence yang kaya dengan anti oksida untuk rona kulit lebih cerah, kurangkan kerosakan ketara yang disebabkan cahaya matahari, dan pemulihan semula jadi lebih cepat pada kulit. Anti oksida ini akan mengikat radikal bebas yang boleh menyebabkan tekanan oksidatif.


Untuk trip ski anda yang akan datang, kami syorkan Kombucha Facial Treatment Essence untuk anda. Esen muka berkepekatan tinggi mampu menembusi 20+ lapisan pada permukaan kulit untuk memulihkan serta melindunginya. Pada masa yang masa sama juga, ia menyediakan humektan ke dalam kulit untuk hidrasi dan kulit bersinar dengan sihat. Ini merupakan langkah awal peting untuk kulit lebih selesa ketika melakukan aktivi ski.



2. Melindungi kawasan mata yang sensitif

Permukaan kulit pada mata adalah nipis dan sensitif. Kawasan ini mudah mengalami kekeringan dan jadi tidak selesa dalam suhu sejuk. Angin yang sejuk juga boleh membuatkan mata berair dan ini boleh membuatkan kulit dibahagian mata mengalami radang. Untuk ketatkan, lembutkan dan lindungi kawasan muka, gunakan Black Tea Age Renewal Eye Cream pada waktu pagi dan petang. Formula serapan pantas yang dimiliki produk ini dapat mengurangkan bulatan hitam, menegangkan dan melembutkan kedutan tepi mata (crow feet) dan menyegarkan mata. Krim mata ini kaya dengan teh hitam dan ekstrak rambutan untuk hasil yang seakan sama dengan retinol* dan juga vitamin C serta ekstrak halia liar untuk mencerahkan bulatan gelap dan mengurangkan eye bag.



3. Menyokong penghalang kelembapan

Langkah penjagaan kulit paling penting dalam trip ski anda—melembapkan. Iklim sejuk memberi kesan pada penghalang kulit, membuatkan kulit mengalami dehidrasi dan tertekan. Di tambah pula dengan keadaan angin, kulit akan menjadi kering, gatal, kemerahan dan tidak selesa. Krim muka yang kaya dengan lipid, seperti Crème Ancienne Soft Cream, lebih daripada sekadar melembutkan kulit yang terdedah pada salji—ia akan memberi nutrisi dan hidrasi pada kulit. Ini akan membantu menstabilkan fungsi penghalang dan membuatkan kulit lebih mampu melindungi diri sendiri.


Diperkaya degan shea butter yang mengandungi khasiat oklusif terbaik untuk mencegah kehilangan air melalui epidermis (TEWL), vitamin E untuk melembutkan dan melindungi kulit, ekstrak echinacea untuk meningkatkan ketahanan kulit terhadap agressor dari persekitaran, minyak biji meadowfoam untuk nutrisi mendalam, dan chamomile wax yang berfungsi sebagai penghalang protektif. Nikmati keselesaan dengan segera dan kelegaan yang berpanjangan.



4. Menenangkan dan segar semula

Di penghujung hari selepas terdedah kepada salji, kulit anda mungkin menjadi lebih sensitif. Namun, badan anda seakan tahu dengan sendiri dan akan menggunakan waktu tidur untuk melakukan pemulihan dan menjana semula. Proses ini dapat dipermudahkan ini dengan Floral Recovery Calming Mask. Masker melembutkan dalam semalaman ini telah terbukti secara klinikal dapat meminimumkan sensitiviti, termasuk kemerahan, rona kulit tidak sekata, dan tekstur yang kasar. Kaya dengan ekstra flora—passion flower, bunga jagung biru, sakura, dan bunga peony— dan diperkaya oleh vitamin C dan squalane, anda akan bangkit dari tidur dengan kulit cerah dan lembut serta bersedia untuk bermain salji lagi hari esok.



5. Mencegah bibir pecah

Sama seperti kawasan pada mata, kulit bibir juga sensitif dan cuaca sejuk biasanya boleh menyebabkan dehidrasi dan kulit mengelupas. Dapatkan Sugar Recovery Lip Mask Advanced Therapy untuk pulihkan semula bibir anda. Masker bibir yang digunakan semalaman ini mengandungi berry wax, shea butter, dan asid hialuronik, yang memberi nutrisi pada bibir untuk kelihatan lebih lembut dan halus pada keesokkan pagi.


Petua lain


  • Pelindung cahaya: Radiasi UV lebih tinggi pada altitud tinggi dan cuaca sejuk dan angin yang bertiup dari arah bertentangan akan membuatkan anda tidak merasai burning sensation. Ini membuatkan produk SPF yang tinggi sangat diperlukan untuk muka dan bahagian terdedah yang lain. Gunakan setiap dua jam untuk elakkan dari rasa terbakar dan kerosakan UV.



  • Krim tangan: Terdapat tiga produk penjagaan kulit pelu sentiasa ada ketika berada di pergunungan Alps-pelindung cahaya(sunscreen), balsam bibir dan krim tangan. Milk Hand Cream memberikan tekstur berkrim pekat yang dapat melembutkan tangan dan bahagian kuku untuk hidrasi sepanjang hari.



  • Losyen badan: Ketika melakukan aktiviti ski, badan akan lebih terlindungi daripada bahan pencemar persekitaran berbanding bahagian muka anda. Namun, kulit anda masih boleh mengalami kekeringan dan tidak selesa. Jangan lupa untuk gunakan pelembab head-to-toe selepas mandi. Milk Body Lotion dapat memberikan hidrasi dan keselesaan yang lebih lama.



  • Nikmati sauna, bilik stim dan kolam air panas: Ada sebab mengapa tempat peranginan musim sejuk biasanya menawarkan sauna, bilik stim dan kolam air panas dan sudah pasti ia bukan semata-mata untuk membuatkan anda hangat. Fasiliti tersebut tidak hanya mengurangkan kesakitan pada otot dan memberi ketenangan, malah ia juga meningkatkan peredaran darah dan hidrasi pada kulit. Hasilnya, kulit anda lebih bersinar secara semula jadi. Jika anda ingin nikmati manfaat yang sama dari bilik atau kabin anda yang selesa, anda hanya perlu tambahkan Sake Bath pada tub panas dan nikmati formula buih yang akan memulihkan kulit anda sepenuhnya.



Nikmati kulit sihat sepanjang tahun

Nikmati udara segar di pergunungan dan kehangatan malam pada musim ski kali ini tanpa perlu risau tentang kulit kering dan kemerahan. Dengan menggabungkan ramuan semula jadi berkhasiat tinggi, amalan lama, dan sains moden, fresh telah menghasilkan pelbagai produk penjagaan kulit, penjagaan bibir dan wangian untuk semua jenis kulit dan musim.

*kajian secara ex vivo terhadap bahan-bahan BT Matrix™; produk ini tidak mengandungi retinol.

Author Profile
blog author Sydney Solon

Sydney Solon

Global Marketing

Sydney is a NYC-based marketing strategist and skincare enthusiast. With experience at brands including Glow Recipe, Dr. Dennis Gross, and fresh, Sydney brings products from concept to bathroom shelf through consumer-first messaging directives and impactful campaign development.