SHOP NOW
Cara Memperbaiki Lapisan Pelindungan Kulit Anda
Tori Douglas
Global Digital
4 min read
Temui cara untuk memulihkan lapisan pelindungan kulit anda dalam empat langkah mudah.
Mempunyai lapisan pelindungan kulit yang sihat adalah sangat penting untuk mengekalkan kulit yang bersih, licin dan selesa. Malangnya, lapisan pelindungan kulit kita boleh menjadi rosak disebabkan oleh faktor luaran seperti pendedahan terhadap cahaya matahari yang berlebihan, pencemaran udara, dan produk penjagaan kulit yang terlalu keras. Berita baiknya, lapisan pelindungan kulit boleh dilindungi dan diperbaiki dengan mengikuti langkah dan menggunakan produk yang betul. Hari ini, kami berkongsi empat langkah mudah yang boleh anda ambil untuk membantu memulihkan lapisan pelindungan kulit anda agar kulit tampak sihat dan berseri.
Lapisan pelindungan kulit atau juga dikenali dengan epidermis, ialah satu lapisan pelindung kulit yang nipis yang bertindak sebagai lapisan pertahanan pertama menentang serangan luaran seperti bakteria, pencemaran, dan radiasi dari sinaran UV. Ia terbentuk melalui campuran minyak semula jadi, asid lemak, dan sel kulit yang bekerjasama untuk mengekalkan kesihatan kulit anda, serta menghidrat dan melindungi.
Lapisan pelindungan kulit juga membantu mengawal tahap lembapan dalam kulit dengan mencegah kehilangan air dan mengekalkan lembapan penting. Apabila lapisan pelindungan kulit ini dicemari, ia boleh membawa kepada pelbagai masalah kulit termasuk kekeringan, kemerahan, sensitif dan malahan jerawat.
Antara beberapa faktor yang menyebabkan kerosakan lapisan pelindungan kulit anda termasuklah:
Dengan memahami punca kepada kerosakan, anda boleh mengambil langkah sepatutnya untuk mencegah kerosakan daripada berlarutan, dan memulakan proses pemulihan lapisan pelindungan kulit.
Sekiranya anda ingin memulihkan dan melindungi lapisan pelindungan kulit anda, anda perlu mempertimbangkan tabiat harian anda dan memulakan pemakaian produk yang memperbaiki lapisan pelindungan kulit.
Jika lapisan pelindungan kulit anda tercemar, kulit anda berkemungkinan bertambah sensitif dan mengalami keradangan. Atas faktor inilah, meringkaskan rutin penjagaan kulit dapat mengurangkan iritasi dan keradangan daripada berlanjutan. Terdapat tiga langkah penting dalam mana-mana rutin penjagaan kulit: membersih, melembap, dan melindungi.
Untuk bermula, fokuskan dalam tiga langkah ini dengan memilih pembersih dan penyegar yang lembut, serum dan/atau emulsi yang menghidratkan, pelembap yang menyuburkan kulit, dan krim pelindung matahari yang bersifat ringan. Singkirkan pengelupasan dalam rutin penjagaan kulit dan produk yang mengandungi bahan aktif, atau amalkan rutin penjagaan kulit secara bergilir supaya kulit dapat diperbaharui di antara waktu penggunaan. Lapisan pelindungan kulit yang rosak boleh mengambil masa dari beberapa minggu hingga hampir enam bulan untuk pulih dengan regimen penjagaan yang betul, jadi sangat penting untuk kekal menggunakan produk sama yang menunjukkan peningkatan yang baik, serta terus konsisten dengan rutin anda buat masa ini.
Cadangan bagi produk penjagaan kulit kami: Crème Ancienne ialah krim muka perawat dengan tekstur yang mewah dan diperkaya untuk menyuburkan dengan mendalam, memperbaiki, dan meningkatkan tahap kestabilan kulit. Diproses dengan tangan dan mengandungi minyak biji Meadowfoam iaitu bahan pelembut kulit, vitamin E yang melindungi, lilin lebah yang memelihara, dan lilin chamomile yang menenangkan, produk ini ideal bagi mereka yang mempunyai kulit yang nipis dan mudah rapuh. Bagi mereka yang inginkan manfaat yang sama namun dengan tekstur yang lebih lembut dan berbuih halus, Crème Ancienne Soft Cream dicipta khas untuk anda.
Bantu menggantikan lipid kulit yang menyusut dengan menggabungkan bahan yang kaya dengan antioksida dalam rutin harian penjagaan kulit anda. Seramida dan niacinamide sangat membantu untuk menggantikan semula lapisan pelindungan kulit, sementara asid hialuronik, gliserin, dan panthenol bertindak untuk menyimpan air. Ekstrak lidah buaya, calendula, dan chamomile pula terbukti berkesan untuk melegakan dan menyamankan kulit, jadi pastikan anda mencari produk penjagan kulit yang mengandungi bahan-bahan tersebut.
Cadangan bagi produk penjagaan kulit kami: Tea Elixir Skin Resilience Activating Serum diformulasikan dengan bahan asas yang kaya dengan antioksida Adaptive Phytocompound Tea (APT) Technology™, ditambah dengan niacinamide, asid hialuronik 5kDA, dan seramida lll. Serum muka yang berkuasa ini bukan hanya memperbaharui lapisan pelindungan kulit, tetapi ianya juga membina ketahanan. Hanya beberapa titis ditekap pada kulit yang bersih pada waktu pagi dan malam, kulit akan kelihatan lebih licin dan anjal, serta membantu ia berfungsi dengan potensi yang sepenuhnya.
Lapisan pelindungan kulit yang lemah menyebabkan kulit kehilangan lembapan dengan lebih cepat, maka jadikan hidrasi sebagai elemen utama untuk memperoleh keselesaan dan kesihatan kulit. Penghidratan yang betul akan membantu mengatasi masalah kekeringan, kemerahan, dan iritasi, jadi utamakan bahan yang mesra kulit sewaktu memilih produk anda. Oleh kerana serum kebiasaannya mengandungi bahan penghidrat dan pelembap juga diwajibkan, emulsi sering menjadi produk yang dipandang enteng walhal ia merupakan produk yang sangat bermanfaat dalam proses memperbaharui dan melindungi lapisan pelindungan kulit. Formulanya yang ringan dan halus membuatkan ia mudah meresap dan memberikan penghidratan yang mendalam dan bertahan lama.
Cadangan bagi produk penjagaan kulit kami: Rose & Hyaluronic Acid Deep Hydration Emulsion ialah formula untuk membaik pulih semula lapisan pelindungan kulit dengan kesan ringan pada kulit, disamping mengimbangi minyak dan air semula jadi dalam kulit. Ianya ideal untuk semua jenis kulit, boleh digunakan secara tunggal atau digunakan bersama pelembap untuk mendapat khasiat dari bahan yang lembut seperti minyak mawar asli yang menenangkan, ekstrak yarrow yang melicinkan, dan ekstrak mawar damask yang menguatkan kulit. Produk ini digunakan setiap hari, dan ia boleh membantu untuk menggebukan, menyegarkan, dan melembutkan kulit dengan berkesan.
Proses pemulihan kulit boleh dijayakan dengan rutin penjagaan kulit harian anda, namun jika tabiat yang menjerumus kepada kerosakan kulit tidak berubah, proses ini akan menjadi sia-sia. Adalah sangat penting untuk melawan tekanan gaya hidup sekiranya anda ingin menikmati kulit yang cantik dan sihat. Ambil langkah kecil setiap hari–seperti memperbaiki kualiti tidur, mengurangkan makanan yang penjadi pencetus kepada kerosakan kulit, dan menggunakan pelindung matahari (dan ulang pemakaian setiap dua jam pada waktu siang!)–akan membuatkan kulit berada pada keadaan terbaik sepanjang tahun.
Pilih rangkaian produk penjagaan wajah yang anda boleh percayai agar kulit anda kekal kelihatan sihat, berseri dan fresh! Apabila memilih produk penjagaan kulit wajah dan badan, atau wangian daripada fresh, anda dijamin dengan keselamatan, keberkesanan dan kepekaan. Produk kami diformulasi dengan kandungan terbaik dan berasaskan sains, untuk mencipta pengalaman yang dapat memenuhi impian transformasi kulit. Beli belah fresh.
Written by Tori Douglas for Fresh. Tori is a NYC-based digital and brand strategist. Tori has worked for various publications and brands such as Kiehl's, The Body Shop, Deux Hommes Magazine, and Elite Daily with her expertise lying in the fashion & beauty space.