Kesan Stres Pada Kulit Anda & Cara Mengawalnya

Tori Douglas

Global Digital

2 min read

Expert Advice

Lindungi kulit anda dari stressor harian

Tea Elixir

Dalam setiap ritual penjagaan, yang paling penting adalah usaha anda untuk memperbaiki diri, dengan menetapkan satu sistem yang dapat mengurangkan stres dan memperuntukkan masa dan tenaga yang diperlukan untuk komitmen lain. Ritual penjagaan diri boleh merangkumi pelbagai aktiviti, seperti memulakan pagi anda pada waktu tertentu, sesi pilates mingguan bersama rakan, dan juga merancang tugasan harian.


Dalam ritual penjagaan kulit, kita sememangnya sudah berpengalaman dalam merancang rutin yang berkesan untuk pelbagai umur, jenis kulit, dan masalah kulit. Teruskan membaca untuk mengetahui bagaimana stres boleh memberi kesan terhadap kulit anda. Kami juga akan kongsikan ritual penjagaan kulit yang boleh digunakan untuk mengatasi stressor dalam kehidupan seharian.

Stress dan badan anda

Kulit anda merupakan organ terbesar pada badan dan berfungsi sebagai barisan pertahanan pertama terhadap ancaman luar. Apabila anda dalam keadaan tertekan, otak anda akan mengaktifkan tindak balas fight-or-flight (lari atau lawan) pada badan. Situasi ini akan mendorong kepada pelbagai hormon, termasuk kortisol dilepaskan.


Kortisol, seringkali dilabel sebagai “hormon stres”, memainkan beberapa peranan dalam badan kita, seperti mengawal tahap gula dalam darah dan kitaran tidur-sedar. Apabila stres meningkatkan pengeluaran kortisol, ia boleh meningkatkan pengeluaran minyak dari kelenjar minyak. Ini akan menyebabkan pori tersumbat dan jerawat muncul. Selain itu, kortisol juga boleh mempercepatkan pemecahan kolajen dan elastin. Kesannya, kulit akan kelihatan lebih tua dengan lebih cepat.


Jadi, jika anda telah mencuba pelbagai cara pada kulit anda, tetapi tidak berhasil, mungkin stres adalah puncanya.


Tanda-tanda kulit anda mengalami kesan stres

Dalam kehidupan kita yang serba pantas ini, stres mungkin tidak dapat dielakkan. Kita seringkali fokus pada kesan stres terhadap mental dan emosi. Namun, kesan stres pada kesihatan fizikal kita, terutamanya pada kulit, juga sama penting. Mari kita lihat hubungan unik antara stres dan kesihatan kulit.


Kulit kering

Stres boleh menjejaskan fungsi penghalang kulit, seterusnya menyebabkan kulit menjadi kering dan kusam. Lapisan luar pada kulit anda penting untuk mengekalkan kelembapan dan melindungi lapisan kulit bawah. Apabila kulit mengalami tekanan, penghalang ini menjadi lemah. Keadaan ini akan menyebabkan kulit lebih cepat hilang kelembapan.


Tanda-tanda penuaan yang lebih awal

Stres yang kronik mempercepatkan proses penuaan. Keadaan kulit yang terdedah berpanjangan pada tahap kortisol yang tinggi akan memecahkan kolagen dan elastin. Kedua-dua protein ini penting dalam mengekalkan ketegangan dan keanjalan kulit. Hasilnya, kulit menjadi lebih nipis dan garisan halus dan kedutan akan mula terbentuk.


Eyebag di bawah mata

Tidur yang tidak cukup atau tidak berkualti, yang biasanya berpunca dari stres, boleh menyebabkan eye bag terbentuk di bahagian bawah mata. Kurang tidur akan membuatkan tanda-tanda penuaan lebih ketara, seperti garisan halus dan kulit jadi kurang anjal. Keadaan ini akan mendorong kepada bengkak dan bulatan gelap terbentuk di bawah mata.


Ritual penjagaan kulit untuk melawan kesan stres

Objektif dalam melawan stres adalah untuk mempraktikkan amalan yang membolehkan anda menyokong badan dan merawat kulit anda secara harian. Tanpa amalan sebegitu, stres akan terkumpul, dan tanda-tanda stres seperti kulit kusam akan mula kelihatan. Kami kongsikan tiga langkah mudah untuk melawan tanda stres yang ketara pada kulit anda.


Langkah 1: Cuci muka menggunakan pencuci dengan kesan hidras

Ada sebab mengapa Soy Face Cleanser menjadi pencuci muka #1 paling laris kami! Pencuci berformula non-stripping (tidak mengeringkan kulit) ini mengandungi protein soya, dan membersihkan secara mendalam untuk membersihkan pori, membuang solekan (ya, termasuk maskara), dan mengekalkan tahap pH kulit serta meningkatkan hidrasi sebanyak 10%.* Pencuci ini tidak hanya menenangkan kemerahan pada kulit dengan segera, ia menyokong penghalang kelembapan kulit untuk lebih sihat. Kesannya, kulit akan kelihatan lebih bersih dan sihat. Untuk menggunakannya, anda hanya perlu basahkan kulit, urutkan dengan perlahan di seluruh muka dan mata, kemudian bilas.


Langkah 2: Lindungi kulit dengan esen rawatan

Lindungi kulit anda daripada stressor persekitaran dengan esen popular kami, Kombucha Facial Treatment Essence. Mengandungi kombucha kaya antioksidan dan asid hialuronik untuk menambah kelembapan, langkah persediaan penting ini menembusi jauh ke dalam kulit untuk meningkatkan kecerahan sambil mengurangkan pori dan garis halus. Untuk menggunakannya, sapukan sedikit esen pada permukaan kulit yang bersih dan leher dengan tapak tangan anda; gunakan setiap hari untuk menyediakan kulit anda untuk langkah penjagaan kulit anda yang seterusnya.


Langkah 3: Rawat kulit dengan serum universal

Dapatkan Tea Elixir Skin Resilience Activating Serum kami yang mengandungi teh hitam, asid hialuronik, dan Seramida III. Serum ini dicipta untuk membantu menguatkan semula kulit yang terkesan daripada stressor harian seperti kekurangan tidur, stres, dan diet yang tidak teratur. Untuk menggunakan serum ini, titiskan sedikit pada tapak tangan anda dan tekan perlahan ke kulit untuk mengaktifkan serum. Gunakan pada muka dan leher setiap hari, pagi dan malam, untuk kulit lebih berseri dan lebih tahan menghadapi stressor harian dengan tekstur yang lebih lembut, mengembalikan keanjalan, mengurangkan kedutan.


Manjakan kulit anda dengan ritual yang menenangkan bersama fresh

Ingin mencipta sendiri ritual penjagaan kulit anda? Kami sedia membantu anda. Terokai rawatan berasaskan teh hari ini—dan juga produk paling laris yang lain—untuk memberikan penjagaan terbaik kepada kulit anda.


*Ujian instrumental, 11 subjek

Author Profile
blog author tori

Tori Douglas

Global Digital

Written by Tori Douglas for Fresh. Tori is a NYC-based digital and brand strategist. Tori has worked for various publications and brands such as Kiehl's, The Body Shop, Deux Hommes Magazine, and Elite Daily with her expertise lying in the fashion & beauty space.