SHOP NOW
Kombinasi Bahan untuk Kulit Kelihatan Sihat
Brittan Bates
Global Brand Storytelling
4 min read
Pasangan bahan penjagaan kulit yang betul.
Tidak kira anda gunakan 3 langkah dalam rutin penjagaan kulit atau ritual 10 langkah, anda perlu campurkan bahan dalam kedua-duanya—dan ada bahan berfungsi lebih baik jika digunakan bersama bahan lain. Perkara ini sememangnya benar-benar terjadi, lebih-lebih lagi juka anda gunakan lebih daripada satu bahan aktif. Bahan aktif yang berlebihan boleh memberi tekanan pada kulit anda. Ia boleh menyebabkan radang, kemerahan dan iritasi. Jadi, apa yang perlu anda buat? Fikirkan cara untuk gunakan pasangan bahan yang betel dan bila masa yang sesuai.
Pasangan: AHA & Asid Poliglutamik
Rasai suntikan kesegaran Lotus AHA Gentle Resurfacing Serum—formula pembentukan semula lapisan yang dirumus dengan Super Lotus untuk melakukan exfoliation dengan lembut semasa anda sedang tidur. Kompleksi kulit lebih lembut dan bersinar.
AHA membantu exfoliation agar tekstur kulit lebih lembut dan rona kulit lebih rata. Asid glikolik pula dapat menembusi bahagian kulit yang lebih dalam untuk memecahkan sel kulit mati. Sementara itu, asid sitrik pula dapat menyingkirkan sel kulit mati dari permukaan atas kulit. Asid poliglutamik berfungsi untuk mengekalkan kelembapan pada permukaan kulit dan memberi keselesaan yang diperlukan oleh kulit anda. Asid ini memfokuskan pada tanda awal penuaaan pada kulit dan memiliki berat molekul yang tinggi (2,000 kDa). Ciri-ciri ini membantu mengekalkan air dan memberi kelembapan pada kulit, seterusnya mengurangkan kesan garisan ketara.
Pasangan: Niasimida & seramida
Tea Elixir Skin Resilience Activating Serum merupakan serum anti penuaan yang menyokong kulit untuk melawan dan mengurangkan tanda penuaan serta kedutan yang ketara, tekstur yang lebih lembut dan lebih anjal. Serum ini mengandungi niasimida dan seramida III—bahan yang dikenali dengan khasiat sinergi yang menghalang dehidrasi dan menguatkan penghalang kulit.
Niasimida pula adalah nutrien penting yang diperolehi dari vitamin B3. Bahan ini membantu menyokong fungsi penghalang kulit dan dalam masa yang sama membuatkan kulit kekal sihat. Seramida III menguatkan penghalang kelembapan dan menghalang kulit mengalami dehidrasi.
Pasangan: Squalane & air mawar/ros
Berikan nutrisi pada kulit anda dengan Rose Deep Hydration Oil-Infused Serum. Serum cecair yang mengandungi minyak ini memberi hidrasi untuk kulit kelihatan lembap serta kaya dengan kelembapan. Serum ini dihasilkan dengan squalane dan air bunga ros. Squalane dipilih khusus untuk membantu kelembapan dan melindungi kulit. Sementara itu, air ros membantu melegakan dan memulihkan kulit yang kering.
Pasangan: Peptida & asid hialuronik
Black Tea Peptide Firming Overnight Mask berfungsi dalam semalaman untuk melawan tanda-tanda penuaan dan membuatkan kulit tampil lebih tegang dan lembut pada keesokan pagi.
Peptida membuatkan kulit lebih anjal dengan meningkatkan elastik untuk kulit lebih tegang dan kontur yang sihat. Sementara itu, asid hialuronik akan menarik dan mengekalkan kelembapan untuk kulit lebih anjal dan lembut. Sekiranya kedua-dua bahan ini digunakan bersama, ia menjadi pasangan ideal untuk penampilan lebih bertenaga dan awet muda di pagi hari.
Pasangan: Vitamin E & Ekstrak Super Lotus
Lotus Youth Preserve Line & Texture Smoothing Day Cream merupakan krim anti kedutan yang direka untuk membuatkan kulit sentiasa tampak muda dan bersinar. Krim siang yang pekat ini mengandungi khasiat vitamin E dan Ekstrak Super Lotus. Kombinasi dua bahan ini dipilih untuk mengatasi tanda awal penuaan. Dengan melindungi stressor luaran dan mengunci kelembapan, pasangan ini mengekalkan kualiti awet muda pada kulit, serta menggalakkan kompleksi kulit yang lebih lembut dan sekata.
Pasangan: Asid hialuronik & Ekstrak Ros Damask
Rose & Hyaluronic Acid Deep Hydration Moisturizer adalah bahan yang paling sesuai untuk hidrasi mendalam, kulit lembab yang terasa sama seperti penampilannya. Ekstrak ros damask menguatkan kulit untuk mengunci hidrasi. Asid hialuronik akan menghidrasi permukaan epidermis dan bahagian lebih dalam untuk melembapkan kulit dengan segera dan kekal terhidrasi sepanjang hari.
Kombinasi bahan yang dilakukan dengan sempurna untuk rutin penjagaan kulit mampu memberi kesan pada kulit anda. Jangan lupa untuk gunakan produk baru secara perlahan-lahan. Selain itu, perhatikan juga tindak balas yang berlaku pada kulit anda.
Written by Brittan Bates for Fresh. Brittan is an NYC-based writer, editor, and storyteller with 9 years of experience spanning digital and print journalism, copywriting, brand strategy, and more. Her work has appeared in publications such as Teen Vogue and brands including Diane von Furstenberg, abc carpet & home, FRĒDA SALVADOR, and more.