Sejuk & Tenang: Rutin Penjagaan Kulit Musim Panas


Sara Anderson

Global Brand Storytelling

4 min read

Skincare Education

Kulit bersinar dan sihat sepanjang musim panas.

Fresh Kombucha Cleanser, Rose Face Mist, Rose Face Mask and Vitamin Nectar on blue background

Ketika musim panas, hari siang menjadi lebih panjang, cuaca lebih panas, dan lebih banyak cahaya mata hari. Ia merupakan musim yang ditunggu-tunggu dan memberi ketenangan. Namun, musim panas juga membuatkan anda perlu menukar cara penjagaan kulit anda. Perubahan persekitaran boleh memberi kesan terhadap keseimbangan kulit. Keadaan ini boleh mengakibatkan minyak menjadi berlebihan, dehidrasi, atau kerosakan akibat terikan cahaya mata hari. Untuk mengekalkan kulit anda sentiasa bersinar dan dilindungi, kami sarankan ritual penjagaan kulit yang sesuai untuk musim panas. Jadi, kami kongsikan beberapa cara untuk mencipta ritual harian yang akan membuatkan kulit anda kekal sihat dan segar.


Step 1: Cucian

Pada musim panas, kombinasi haba, kelembapan, dan aktiviti luaran berpotensi membuatkan lebih banyak peluh terkumpul di permukaan kulit. Keadaan ini boleh membuatkan pori tersumbat dan boleh mendorong kepada kulit bermasalah. Jadi, cucian muka yang berkesan penting dalam rutin penjagaan kulit anda ketika musim panas.


Penting untuk anda cuci muka dua kali sehari ketika musim panas: sekali pada waktu pagi untuk membuang minyak yang terkumpul semalaman dan sekali lagi pada waktu petang untuk membuang sunscreen, solekan, dan kotoran pada hari siang. Kulit yang bersih tidak hanya mengelakkan kulit menjadi bermasalah dan kusam, malah ia juga memastikan produk penjagaan kulit yang digunakan selepas itu dapat berfungsi dengan baik.


Untuk pencuci muka yang membersih dan memberi kesan perlindungan, dapatkan Kombucha 2-in-1 No-Rinse Cleanser & Prebiotic Treatment. Dalam satu langkah sahaja, rawatan cucian tanpa bilas ini akan memerangkap dan menyingkirkan bahan pencemar, kotoran, solekan dan sunscreen. Dalam masa yang sama juga pencuci ini membekalkan prebiotic inulin untuk mikrobiota (sistem pertahanan semula jadi kulit) untuk membuatkan kulit kekal seimbang. Pencuci ini juga dilengkapi dengan kombucha anti oksida dan akan menambah kecerahan, memulihkan pori, dan melembutkan tekstur kulit. Lebih menarik lagi, pencuci ini tidak perlu dibilas dan mudah digunakan jika anda sibuk atau selepas seharian terdedah pada terikan mata hari.


Step 2:Rawat

Selepas mencuci, tiba masa untuk memulihkan dan merawat kulit dengan esen atau serum. Untuk musim panas, pilih produk rawatan yang kaya dengan anti oksida—seperti Vitamin C atau E—untuk perlindungan terhadap kekotoran dari persekitaran. Anti oksida ini dapat membantu ketahanan kulit terhadap stressor dari persekitaran yang mempercepatkan tanda penuaan. Selain itu, serum asid hialuronik berfungsi dengan baik untuk hidrasi. Ia akan menarik kelembapan pada kulit dan membuatkan kulit kekal anjal dan lembap sepanjang hari.


Proses merawat ini boleh disesuaikan mengikut masalah yang dialami kulit anda dan apa yang anda inginkan. Kami syorkan Vitamin Nectar Antioxidant Face Serum. Serum bersifat non-comedogenic ini membolehkan kulit bernafas dan sihat, walaupun pada musim panas yang yang mempunyai kelembapan paling tinggi. Serum ini direka khusus untuk membekalkan vitamin C, E, dan B5, dan juga mineral penting serta bersifat anti oksida. Ia telah terbukti secara klinikal dapat menambah baik 4 aspek penting untuk kulit yang sihat—kecerahan, kelembutan, tanda-tanda kepenatan & hidrasi—dengan segera atau perlahan-lahan. Lebih 480,000 gelembung mikro akan berada di permukaan kulit untuk membekalkan nutrisi dalam tekstur yang ringan dan menyerap dengan pantas.


Step 3: Kelembapan

Apa yang anda perlu tahu tentang kelembapan ketika musim panas? Sebenarnya, walaupun jika kulit anda rasa lebih berminyak berbanding hari biasa, anda masih perlukan lembapan, Walaupun tahap kelembapan (humidity) yang lebih tinggi, haba ketika musim panas dalam suhu lebih tinggi dan keadaan terdedah lama pada penghawa dingin boleh menyingkirkan minyak semula jadi pada kulit. Situasi ini boleh menyebabkan dehidrasi terjadi. Apabila mengalami dehidrasi, kulit akan terasa seperti tegang dan tidak selesa. Kelembapan membantu kulit mendapatkan keseimbangan semula jadi. Ia memastikan kulit kekal tehidrat dan lebih tahan terhadap bahan pencemar dari persekitaran. environmental stressors.Untuk menmbuatkan rutin skincara pagi anda lebih ringkas, gunakan pelembab berwarna.


Untuk kulit yang kering, dapatkan Vitamin Nectar Glow Moisturizer–krim muka ringan dan multivitamin yang akan menyegarkan dan memulihkan kulit untuk kesan kesegaran dan sihat bersinar. Jika anda memiliki kulit berminyak atau kering berminyak, gunakan Rose Emulsion-emulsion keluaran kami yang dapat menghidrat dengan mendalam da memiliki formula non-comedogenic. Ia memberi kesan hidrasi dengan segera, meratakan tekstur kulit, mengurangkan bukaan pori dan menyuntik sentuhan kelembutan pada kulit.


Step 4: Hidrasi

Mist hidrasi ini produk penting ketika anda mengharungi musim panas—penyembur pelbagai guna yang dapat memberi hidrasi, menyegarkan dan prep untuk solekan. Ia sangat sesuai digunakan ketika cuaca panas dan kulit anda perlukan hidrasi segera. Rose Pore-Minimizing Hydration Mist merupakan pilihan terbaik dari kami. Dirumus dengan bahan seperti air bunga ros dan ekstrak ros damask, mist ini akan membuatkan kulit terasa sejuk, segar, dan lembab. Selain itu, ia juga mudah dibawa ke mana-mana dan digunakan pada bila-bila masa—tidak kira ketika berehat dipantai atau keluar minum bersama rakan.


Step 5: Mask

Memakai face mask penyejuk dalam langkah terakhir rutin penjagaan muka anda boleh memberi kesan pemulihan yang lebih panjang untuk kulit yang terdehidrasi dalam musim panas. Masker yang mengandungi bahan seperti aloe vera dan timun–dikenali mempunyai khasiat meredakan–boleh membuatkan kulit menjadi tenang selepas seharian di bawah terikan mata hari.


Dapatkan Rose Face Mask sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu untuk rawatan menyegarkan untuk kulit. Masker ini memberi kesan hidrasi yang melegakan dan ia boleh diletakkan dalam peti sejuk untuk kesan penyejukkan yang lebih tinggi!


Kulit sihat bersinar dengan fresh

Kulit anda perlu disesuaikan mengikut musim dan usia anda. Kerana itu di fresh, kami membuatkan ritual penjagaan kulit anda lebih mudah dengan koleksi fresh. Daripada hidrasi mendalam sehingga kepada anti penuaan, dapatkan semua produk harian di fresh.

Author Profile
blog author Sophia

Sara Anderson

Global Brand Storytelling

Written by Sara Anderson for Fresh. Sara is a NYC-based global marketer and beauty content strategist. Sara has 12+ years of experience conceptualizing and producing original content in beauty, fashion, music, and entertainment. Sara has created content for Fast Company, Us Weekly, Birchbox, and PopCrush.com with her expertise most recently in the beauty space.