Manfaat Tanah Liat dalam Penjagaan Kulit

Sophia D'Urso

Global Consumer Experience

4 minit

Skincare Education

Tanah liat telah digunakan dalam penjagaan kulit dan rambut sejak berkurun lamanya. Daripada kira kaum asli dan peradaban kuno, sehinggalah pengamal skincare moden – semua orang menghargai khasiat bahan ini. Dikenali dengan pencucian berkesan tinggi, tanah liat merupakan bahan penjagaan kulit yang lembut dan semula jadi.

Close up of grey clay texture

Tanah liat menawarkan banyak khasiat untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif. Ia menyerap minyak berlebihan dan dalam masa yang sama, membekalkan mineral pada kulit. Selain itu, ia juga membuat rona kulit sekata serta menguatkan tekstur. Tanah liat bahan berkesan untuk membersihkan pori tersumbat dan melegakan radang kulit.

Mengapa anda patut masukkan tanah liat dalam rutin penjagaan kulit anda

Khasiat yang dimiliki oleh tanah liat, daripada kesan cucian pada pori tersembat sehingga kepada berupaya membersih dengan mendalam, ketahui enam lagi sebab mengapa tanah liat sangat bermanfaat untuk kulit anda.


Menyerap minyak berlebihan dan mengurangkan kesan berkilau

Stress dan cuaca panas boleh menyebabkan kelenjar minyak kulit terlebih aktif. Keadaan ini membuatkan kulit berminyak dan pori tersumbat. Produk biasa yang khusus untuk kulit berminyak dan acne-prone biasanya mengandungi bahan kimia mengering yang boleh mengganggu keseimbangan semula jadi kulit. Sebaliknya, tanah liat berfungsi sebagai span semula jadi. Ia menyerap minyak berlebihan dan kekotoran dengan lembut. Ia juga membantu membersihkan dan kulit jadi kurang berminyak menjejaskan keseimbangan kulit.


Boleh menambah baik rona dan tekstur kulit

Produk berasaskan tanah liat yang digunakan dengan kerap boleh memberi kesan exfoliation lembut kepada kulit, membersihkan sel-sel mati dan menggalakkan sel baru tumbuh. Keadaan ini membuatkan kompleksi kulit jadi lebih cerah dan lembut. Dengan khasiat sebegitu, tanah liat merupakan pilihan yang bagus bagi mereka yang memiliki kulit sensitif dan mempunyai masalah dengan exfoliant dan retinoid kimia. Jadi, tanah liat berfungsi untuk melindungi penghalang kulit tanpa merosakkannya.


Membantu bersihkan pori tersumbat

Apabila tanah liat digunakan pada kulit, ia akan menarik keluar kekotoran dan bahan toksin yang terperangkap dalam pori. Manfaat ini sangat membantu mereka yang memiliki kulit berminyak atau acne-prone. Ini kerana, pori tersumbat akan menyebabkan kulit mengalami breakout dan bintik hitam. Masker akan menjadi semakin ketat di permukaan kulit mula mengering. Jadi, habuk, sel kulit mati, dan sebum yang terperangkap di dalam pori lebih mudah dikeluarkan. Jika dilakukan dengan kerap, proses cucian yang menyeluruh ini mengurangkan bukaan pori dan membantu pori jadi lebih bersih.


Melegakan radang

Khasiat melegakan yang dimiliki oleh tanah liat membantu menenangkan kulit yang mengalami radang dan mengurangkan kemerahan. Jadi, tanah liat sememangnya sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif. Mineral yang terdapat dalam tanah liat mempunyai kesan anti radang. Khasiat ini akan mengurangkan iritasi dan menggalakkan kompleksi kulit dengan rona yang lebih sekata.


Umbrian clay – cara yang lebih fresh

Dalam dunia ini, hanya terdapat satu tempat sahaja di mana Umbrian clay (tanah liat Umbria) boleh ditemui secara semula jadi: di sebuah bandar kecil Nocera Umbria di Itali yang terletak di wilayah tengah Umbria. Penemuan tanah liat dengan saiz partikel ultra halus ini telah ditemui sejak abad ke-6, dan telah digunakan sejak berkurun lamanya oleh doktor dan saintis untuk merawat ruam, acne, gigitan serangga pada kulit dan banyak lagi.


Beberapa ratus tahun kemudian, salah seorang teman rapat pengasas kami telah menemui tanah liat ini di sebuah kedai herba kecil di Itali. Beliau mendapati selepas menggunakannya secara harian untuk selama beberapa minggu, masalah acne beliau sembuh sepenuhnya.


Pada hari ini, tanah liat Umbria yang sama digunakan dalam produk fresh. Kandungan mineral yang tinggi dan kesan nyahtoksin berupaya memberi keseimbangan, mencuci dan mencerahkan kompleksi kulit anda.


Sebagai ahli Ethical BioTrade (UEBT), kami berusaha untuk memperolehi tanah liat daripada pembekal tempatan tampa menjejaskan alam sekitar—ketahui bahan ini lebih mendalam di Kisah Tanah Liat Umbria kami.


Umbrian Clay Face Mask

Umbrian Clay Pore-Purifying Face Mask di fresh mencuci kulit dengan mendalam dan, dalam masa yang sama mengurangkan keterlihatan pori dan mengurangkan kulit berkilau. Rawatan 3 dalam 1 ini boleh digunakan sebagai face mask nyahtoksin, pencuci muka dengan cucian mendalam, atau rawatan spot. Formula yang kaya dengan mineral ini membersihkan kulit tanpa menyebabkan kulit menjadi terlalu kering dan sememangnya ideal untuk jenis kulit.


Umbrian Clay Treatment Bar

Rasai juga manfaat cucian Umbrian Clay pada badan anda. Umbrian Clay Purifying Treatment Bar kini boleh didapati dalam bentuk bar (sabun buku) dan akan membersihkan kulit dengan mendalam. Ia boleh digunakan pada muka dan juga badan untuk membuang toksin, merawat kerosakan, dan melembutkan kulit. Untuk menggunakannya, basahkan bar dan gunakan pada kulit. Biarkan sabun kering, atau biarkan sekejap selama lima minit untuk rawatan lebih mendalam, kemudian bilaskan. Simpan sabun di tempat kering selepas digunakan kerana tanah liat akan larut dalam air.


Jaga kulit anda dengan alam semula jadi

Inspirasi diambil daripada alam semula jadi, dan disempurnakan melalui sains, fresh membuat kajian dan memperolehi bahan skincare semula jadi paling berkesan. Lihat koleksi lengkap kami untuk dapatkan rawatan terbaik untuk kulit anda.

Author Profile
blog author Sophia

Sophia D'Urso

Global Consumer Experience

Written by Sophia D’Urso for Fresh. Sophia is an NYC-based consumer experience specialist and content writer. Sophia has worked as a consumer marketer and writer for years at various brands within the beauty, media, and events industries.