SHOP NOW
Manfaat Minyak Dalam Penjagaan Kulit Muka
Sophia D'Urso
Global Consumer Experience
3-4 min read
Rahsia penjagaan kulit berabad lama untuk kulit lebih berseri
Jika anda masih belum gunakan minyak muka dalam rutin penjagaan kulit anda, anda sedang terlepas peluang menggunakan salah satu produk paling berkesan di pasaran. Minyak berfungsi bersama produk penjagaan kulit yang lain untuk membantu menyerikan lagi wajah anda dan mengunci kelembapan pada kulit. Kami kongsikan cara memilih minyak yang sesuai untuk apa yang anda inginkan dalam penjagaan kulit dan jenis kulit anda.
Minyak muka yang sesuai untuk semua jenis kulit adalah Crème Ancienne Face Oil Elixir. Ia dirumus dengan lima minyak bernutrisi—minyak meadowfoam seed, minyak biji blackcurrant, minyak sea buckthorn, dan minyak jojoba—untuk melegakan, memulihkan dan melembutkan kulit yang halus dan sensitif. Minyak berformula serapan pantas ini memulihkan kelembapan pada kulit untuk memberikan kulit yang gebu dan rasa selesa berpanjangan.
Terdapat banyak salah faham mengenai minyak muka yang membuatkan orang ramai bimbang untuk menggunakannya dalam rutin penjagaan kulit. Salah satu anggapan adalah minyak muka hanya untuk kulit kering. Sebenarnya, minyak muka sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit berminyak. Satu lagi anggapan yang salah adalah penggunaan minyak muka akan menyebabkan breakout (jerawat) dan menjejaskan tekstur kulit. Namun, ada minyak muka yang boleh membantu seimbangkan pengeluaran minyak pada kulit.
Mari kita lihat lebih dekat manfaat apabila anda menambah minyak muka dalam langkah penjagaan kulit anda.
Salah satu manfaat utama minyak muka adalah kemampuan membekalkan hidrasi mendalam. Ini kerana, struktur molekul minyak muka adalah kecil. Faktor ini memudahkan minyak ini menembusi kulit dan mengunci kelembapan. Ia sangat berkesan untuk kulit kering dan terdehidrasi. Sebagai contoh, minyak bunga ros dikenali dengan khasiat melembapkan dan melegakan. Rose Deep Hydration Oil-Infused Serum merupakan produk pilihan kami untuk memaksimumkan hidrasi dalam formula ringan, melalui kombinasi minyak ros dan air bunga ros.
Minyak muka mengandungi asid lemak, vitamin, antioksidan penting yang berkhasiat untuk kulit. Minyak seperti rosehip dan argan pula kaya dengan vitamin A dan E. Vitamin tersebut membantu mengurangkan garisan halus dan kedutan pada muka. Bahan nutrien ini meningkatkan fungsi penghalang kulit dan melindungi daripada radikal bebas.
Penggunaan minyak muka yang kerap dapat membantu mengekal awet muda. Minyak seperti marula dan jojoba mengandungi asid amino dan asid lemak yang akan mengekalkan kesihatan penghalang kelembapan kulit, menjadikan wajah lebih gebu. Minyak roseship pula kaya dengan antioksidan dan vitamin. Ia membantu melawan tanda-tanda penuaan dengan menggalakkan penghasilan kolagen.
Sesetengah minyak muka memiliki sifat anti keradangan yang boleh melegakan kulit yang mengalami iritasi dan sensitif. Sebagai contoh, minyak sea buckthorn dikenali dengan khasiat memulihkan, menjadikannya minyak ini adalah salah satu pilihan terbaik untuk mengurangkan kemerahan dan iritasi.
Bertentangan dengan anggapan popular, minyak muka boleh memberi manfaat kulit berminyak. Sebagai contoh minyak jojoba berfungsi sama seperti sebum semula jadi kulit. Ini dapat membantu mengawal minyak yang dihasilkan. Minyak ini juga boleh menggantikan pelembap biasa yang anda gunakan tanpa membuatkan kulit jadi berat atau berminyak.
Minyak muka boleh membantu mencerahkan kulit dan menambah baik tekstur dan rona kulit. Kesannya, kulit kelihatan lebih cerah dan tampak awet muda. Minyak muka seperti argan dan rosehip boleh menambah seri pada kulit untuk kulit bersinar secara semula jadi dan sihat.
Minyak yang berbeza memenuhi keperluan kulit yang berbeza. Cuba gunakan minyak berikut dalam bahan-bahan, mengikut jenis kulit anda:
Untuk hasil yang efektif, gunakan minyak muka selepas serum dan pelembap. Apabila minyak muka digunakan pada langkah terakhir dalam rutin anda, ia akan membantu mengunci kelembapan dan bahan aktif daripada serum serta krim muka anda.
Gunakan minyak muka dalam kuantiti yang sedikit. Kebiasannya, 3-4 titis sudah mencukupi untuk seluruh muka. Hangatkan minyak ini dengan menggosok pada tangan, sebelum sapukan dengan perlahan pada muka. Anda juga boleh urutkan minyak dengan perlahan pada muka menggunakan batu gua sha atau teknik senaman yoga muka.
Minyak muka boleh digunakan pada waktu pagi dan malam. Anda juga boleh gunakan minyak muka dengan tekstur yang lebih pekat untuk rutin malam anda. Cara ini membolehkan minyak muka berfungsi sepanjang malam tanpa bercampur dengan sunscreen atau solekan anda di siang hari.
Daripada keperluan harian sehinggalah kepada sesi memanjakan diri serba mewah, ketahui lebih banyak ritual kuno untuk kulit moden. Selain itu, terokai juga produk kami yang mengambil inspirasi daripada alam semula jadi yang direka untuk membekalkan nutrisi, keselesaan, dan menambah baik penampilan kulit anda. Lihat koleksi penjagaan diri, bibir, badan, dan pewangi di fresh untuk setiap jenis dan masalah kulit.
Written by Sophia D’Urso for Fresh. Sophia is an NYC-based consumer experience specialist and content writer. Sophia has worked as a consumer marketer and writer for years at various brands within the beauty, media, and events industries.