Bahan Penting untuk Merawat Kulit Kering

Sophia D'Urso

Global Consumer Experience

4-5 minit

Skincare Education

Perlukan skincare sesuai untuk kulit kering? Ketahui lebih mendalam produk Rose Collection.

Close up of a smiling woman holding Rose Toner

Daripada masalah tekstur dan kulit mengelupas sehinggalah kepada kemerahan dan iritasi, mereka yang memiliki kulit kering mungkin tercari-cari cara mengatasi masalah tersebut. Jika anda inginkan kulit yang gebu dan anjal, Rose Collection kami mengandungi ros damask. Ekstrak ini membantu menguatkan penghalang kulit, menghalang kehilangan lembapan, dan membekalkan hidrasi mendalam untuk kulit kelihatan lembap dan gebu.


Ketahui lebih banyak tentang penjagaan untuk kulit kering yang boleh membantu anda dapatkan kompleksi kulit yang lembut dan halus.

*instrumental test on 11 subjects

Ekstrak daun angelica

Diperolehi dari tumbuhan angelica, ekstrak ini kaya dengan vitamin, mineral dan antioksida untuk membekalkan nutrisi dan melindungi kulit. Ekstrak daun angelica yang bersifat melembapkan akan mengekalkan kelembapan dalam kulit untuk kulit kekal lembut dan elastik. Selain itu, sifat anti radang yang dimiliki oleh ekstrak ini juga dapat melegakan kulit yang mengalami iritasi, mengurangkan kemerahan dan rasa tidak selesa yang biasanya dikaitkan dengan kekeringan pada kulit.


Produk Disyorkan: Rose & Hyaluronic Acid Deep Hydration Toner


Dengan memasukkan toner muka dalam rutin penjagaan kulit anda, ia akan bermanfaat untuk kulit kering. Ini kerana ia akan membantu keseimbangan pH pada kulit untuk memulihkan semula tahap kelembapan. Rose Hydration Toner kami tidak hanya membekalkan vitamin, mineral dan antioksida melalui ekstrak daun angelica, malah ia juga dirumus dengan asid hialuronik dan gliserin untuk menarik dan mengekalkan kelembapan kepada kulit anda.


Asid hialuronik

Manfaat asid hialuronik (HA) sememangnya diakui dalam penjagaan kulit, terutamanya kemampuan asid ini dalam menghidrasi kulit. HA dikenali dengan keupayaan untuk menghidrasi permukaan epidermis dan bahagian lebih dalam. Kesannya, kulit akan jadi berseri serta-merta dan terhidrat. Sifat HA yang lembut dan sesuai dengan semua jenis kulit boleh menjadi langkah tambahan terbaik dalam rutin skincare untuk menangani masalah kulit kering.


Produk Disyorkan: Rose & Hyaluronic Acid Deep Hydration Moisturizer


Pelembap penting untuk kulit yang kering. Rose Moisturizer kami yang popular, berfungsi untuk menguatkan penghalang kulit dan dalam masa yang sama membekalkan hidrasi mendalam untuk kesan lembapan dan gebu pada kulit. Ia dirumus dengan kombinasi berat molekul HA rendah dan tinggi, serta tiga ekstrak ros. Rose Moisturizer ini menggunakan teknologi pelepasan masa (time-release) untuk kelembapan berpanjangan.


Ekstrak yarrow

Ekstrak yarrow kaya dengan flavonoid dan tanin—sebatian yang menawarkan khasiat antioksida serta mengkalkan kesihatan penghalang semula jadi pada kulit. Penghalang ini boleh terjejas apabila kulit kering dan terdehidrat. Keupayaan ekstrak yarrow yang membuatkan peredaran darah lebih baik, menjadi sebab mengapa ia bahan efektif dalam mengurangkan kekeringan dan menambah baik tekstur kulit. Selain itu, ia juga mempunyai sifat anti radang dan astringen. Sifat tersebut membantu melegakan kulit yang mengalami radang dan kurangkan kemerahan.


Produk Disyorkan: Rose Deep Hydration Balancing Emulsion


Kadang-kala, kulit kering boleh muncul dalam bentuk berminyak. Ini berlaku apabila kulit anda ingin mengembalikan tahap kelembapan dengan menghasilkan minyak secara berlebihan. Jadi, emulsion ringan adalah produk terbaik untuk mengatasi masalah ini. Formulasi Rose Emulsion yang ringan dan non-comedogenic akan menghidrasi kulit dengan segera. Kombinasi khasiat melegakan ekstrak yarrow, kemampuan hidrasi HA dan minyak bunga ros yang mengawal produktiviti minyak dalam kulit akan menjadikan kulit lebih segar dan terhidrat, tanpa rasa berminyak.


Squalane

Tekstur squalane yang ringan dan tidak berminyak mampu menghidrasi kulit tanpa membuatkan pori tersumbat. Fungsi squalane seakan sama seperti minyak semula jadi pada kulit, iaitu menghasilkan penghalang protektif untuk mencegah kehilangan lembapan. Selain itu, sifat squalane yang non-comedogenic, tidak akan mengakibatkan kulit mengalami breakout. Masalah breakout ini mungkin biasa berlaku untuk minyak yang bertekstur pekat.


Produk Disyorkan: Rose Deep Hydration Oil-Infused Serum


Cara pantas lembapkan kulit? Jawapannya adalah oil-infused serum kami. Rose Serum akan seimbangkan minyak dan air dalam dua fasa untuk menyuburkan dan melembutkan kulit. Hasilnya, kulit akan jadi lebih anjal. Sementara itu, squalane dan minyak ringan yang lain akan membuatkan kulit terasa lembut dan mulus serta hidrasi sehingga 24 jam.


Aloe vera

Sifat aloe vera yang menyejukkan berupaya memberi kesan melegakan segera pada rasa tidak selesa yang biasa dialami oleh kulit tegang dan mengelupas. Keadaan ini sangat bermanfaat terutamanya bagi mereka yang memiliki kulit kering, yang mudah mengalami keradangan. Aloe vera juga membantu menambah baik tekstur dan keanjalan kulit. Jadi, kulit akan terasa lebih lembut dan halus.


Produk Disyorkan: Rose Face Mask


Tidak kira sama ada anda keluar bertemu kekasih atau menghadiri mesyuarat penting, jika anda inginkan kesan melegakan segera, dapatkan Rose Face Mask. Masker ini diperkaya dengan aloe vera dan bahan bersifat melegakan yang lain. Ia akan membantu melegakan dan meratakan rona kulit dan dalam masa yang sama, mengembalikan keanjalan dan menggalakkan hidrasi pada kulit dengan segera.


Ekstrak ros damask

Sering dikenali dengan esen eksklusif dan beraroma, ekstrak ros damask diperolehi daripada kelopak bunga rosa damascena. Ekstrak ini membekalkan hidrasi mendalam serta memiliki pelbagai khasiat mengekalkan kesihatan kulit. Ia mengandungi variasi vitamin, mineral, dan antioksida yang berfungsi secara bersama dalam membekalkan nutrisi pada kulit. Vitamin A dan C menguatkan penghalang semula jadi kulit, mengunci kelembapan dan menghalang dehidrasi.


Product Disyorkan: Rose Deep Hydration Sleeping Mask


Ada hari istimewa dalam masa terdekat? Rose Sleeping Mask akan merawat kulit anda dalam semalaman. Masker dengan dua formula ini mengandungi esen gel penyejuk untuk membekalkan semula kelembapan, dan juga krim masker pekat untuk mengunci lembapan tersebut. Dilengkapi dengan teknologi pelepasan masa, anda akan merasai kelegaan serta-merta dan dalam masa yang sama, kulit anda menikmati hidrasi berterusan dalam semalaman. Wajah anda akan kelihatan gebu dan berseri menjelang pagi nanti.


Air bunga ros

Air bunga ros atau mawar dihasilkan melalui proses penyulingan untuk mengekstrak minyak ros. Ia digunakan dalam penjagaan kulit sejak berabad lama. Ia juga dikenali dengan khasiat yang lembut tetapi sangat berkesan serta secara semula jadi, mampu membekalkan hidrasi dan menyegarkan kulit. Jadi air bunga ros sememangnya ideal sebagai semburan touch-up, kerana ia boleh mengurangkan pori yang ketara dan membekalkan hidrasi yang kuat.


Air bunga ros juga kaya dengan antioksida. Elemen ini memainkan peranan penting dalam melindungi kulit terhadap tekanan persekitaran dan bahan pencemar oksidatif. Antioksida berfungsi untuk meneutralkan radikal bebas di persekitaran yang boleh rosakkan sel kulit.


Product Disyorkan: Rose Pore-Minimizing Hydration Mist


Mereka yang memiliki kulit jenis kering mungkin mengalami kekeringan sepanjang hari. Keadaan ini tetap berlaku walaupun kulit telah menyerap produk yang digunakan pada rutin pagi anda. Ketika inilah penyembur hidrasi sangat membantu. Satu semburan lembut, sebelum atau selepas solekan, dan juga bila-bila masa anda perlukan touch-up, akan memanjakan kulit anda dengan aroma ros dan air bunga ros dengan kesan melegakan untuk kelembutan berpanjangan.


Ekstrak mentimun

Timun membekalkan kesan hidrasi segera, membantu memulihkan dan mengekalkan tahap kelembapan. Hidrasi semula jadi ini menghalang kekeringan berlaku pada kulit agar kulit rasa lebih segar dan bertenaga. Khasiat ekstrak mentimun yang melegakan juga boleh membantu mengurangkan radang dan kemerahan pada kulit.


Product Disyorkan: Rose Hydrating Eye Gel Cream


Kawasan pada mata mudah mengalami tanda kekeringan kerana kawasan ini lebih nipis dan sensitif berbanding kawasan lain pada muka. Rawat mata anda dengan hidrasi segera menggunakan Rose Hydrating Eye Gel Cream untuk kelembapan berpanjangan sehingga 30 jam. Kombinasi ekstrak mentimun dengan khasiat menyejukkan, minyak ros bernutrisi, dan ekstrak golden root yang kaya dengan antioksida, akan membuatkan mata anda lebih bersinar dan segar.


Kulit terhidrat semula jadi dengan fresh

Tidak kira apa sahaja jenis atau masalah kulit anda, dapatkan produk penjagaan kulit dan badan yang dirumus daripada bahan semula jadi. Ketahui lebih lanjut, lihat di fresh.

Author Profile
blog author Sophia

Sophia D'Urso

Global Consumer Experience

Written by Sophia D’Urso for Fresh. Sophia is an NYC-based consumer experience specialist and content writer. Sophia has worked as a consumer marketer and writer for years at various brands within the beauty, media, and events industries.