Dunia Sains Di Sebalik Milk Body Skincare Kami

3 min read

Skincare Education

Tiga susu berasaskan tumbuhan yang eksklusif. Satu koleksi istimewa.

fresh Milk Skincare Collection against floral background

Firaun terakhir dalam dinasti Mesir kuno, Ratu Cleopatra VII, sememangnya telah memukau dunia sejak berabad lamanya, bukan hanya pada ceritera politik dan romantis, malah telah diangkat sebagai ikon kecantikan. Salah satu ritual kecantikan beliau adalah dengan mandian susu, amalan yang telah menjadi inspirasi rawatan kecantikan dan produk penjagaan kulit sejak sekian lama. Susu — telah digunakan dalam rutin penjagaan kulit sejak berabad lama untuk melembutkan dan menghaluskan lagi tekstur kulit— mengandungi asid laktik, iaitu AHA yang terhasil secara semula jadi.


Mengambil inspirasi daripada rahsia kecantikan berkurun lama ini, kami menyuntik sentuhan moden untuk menghasilkan Milk Body Care Collection. Koleksi Milk Body ini menampilkan pencuci mandian lembut, pelembab badan yang melegakan, dan losyen tangan yang intensif. Ia dirumus dengan susu berasaskan tumbuhan eksklusif fresh daripada centella, beras, dan linseed (biji rami) untuk kulit tampil sihat dan selesa.


Ketahui lebih lanjut tentang koleksi ini dan bahan yang membuatkan produk ini sangat berkhasiat.

Kenali susu yang digunakan


Setiap produk dalam Milk Body Collection dirumus dengan adunan tiga susu bernutrisi yang berasaskan tumbuhan.


Susu centella: Eliksir dengan khasiat meredakan


Kami memperkenalkan susu centella, ramuan paling sesuai untuk kulit anda dengan kesan melegakan dan menenangkan. Kami menggunakan khasiat daun centella terhidolisis, disebatikan dengan minyak zaitun extra virgin untuk menghasilkan emulsion lembut seakan sama dengan tekstur susu. Dikenali dengan pelbagai nama seperti Cica, Gotu Kola, dan Tiger Grass, Centella Asiatica sering kali digelar “elixir of life” disebabkan sifat penyembuhan hebat yang dimilikinya. Tumbuhan herba ini telah dihargai sejak berabad lamanya, dan kini, anda boleh rasai sendiri khasiatnya menenangkan kulit setiap kali dipakai.


Susu beras: Bahan bernutrisi yang melegakan


Susu beras menjadi pilihan utama anda untuk keselesaan dan nutrisi. Dengan mengadunkan protein bran (dedak) beras terhidrolisis dengan minyak zaitun extra virgin, kami telah menghasilkan emulsion unik yang terasa lembut seperti susu pada kulit anda. Diperoleh daripada beras perang yang kaya dengan nutrisi, protein bran beras kami membekalkan pelbagai sebatian bernutrien untuk rutin penjagaan kulit anda. Ditanam sejak hampir 13,000 tahun dahulu, beras bukan sahaja diakui sebagai makanan ruji, malah ia juga dikenali dengan kemampuan untuk menambah kesihatan kulit. Manjakan kulit anda dengan kelembutan dan khasiat bijirin purbakala ini.


Susu linseed: Penghidrasi hebat


Susu linseed atau flaks menyokong fungsi penghalang kulit dan membantu mengunci hidrasi. Kami telah mencampurkan ekstrak hidrofilik dan lipofilik dari linseed paling berkualiti kami dengan minyak zaitun extra virgin, untuk menghasilkan emulsion yang lembut dan seperti susu. Linseed sememangnya telah lama dikenali dengan manfaat pemakaiannya, malah sejak dari zaman Hippocrates lagi. Rasai sendiri khasiat hidrasi berganda susu linseed untuk kulit yang terasa lembut dan dilindungi.


Produk utama


Kenali produk penjagaan badan bertekstur susu istimewa anda.


Milk Body Cleanser


Rasai penjagaan badan terbaik dengan Milk Body Cleanser di fresh, formula istimewa untuk buatkan mandian harian anda lebih bermakna. Pencuci badan ini kaya dengan campuran unik yang terdiri daripada bahan yang meredakan, untuk kesan pembersihan yang pekat, berkrim dan lembut serta hidrasi mendalam pada kulit anda.


Trio susu kami membekalkan nutrisi dan melembabkan kulit. Hasilnya, kulit terasa lebih lembut, halus dan mulus. Kombinasi susu ini berfungsi secara harmoni bersama bahan lain yang berkesan untuk kulit, untuk memastikan kulit anda dapat kekalkan kelembapan, lebih anjal dan ketahanan lebih kuat. Asid hialuronik akan menarik dan memerangkap lembapan untuk kesan kulit menjadi lebih gebu. Sementara itu, niasimida pula akan menyokong penghalang kulit untuk mengekalkan hidrasi. Akhir sekali, sifat anti oksida yang dimiliki oleh Vitamin E akan membantu melindungi kulit anda terhadap stressor persekitaran untuk kulit kelihatan lebih sihat dan kompleksi yang lebih berseri.


Milk Body Cleanser adalah produk harian yang dicipta untuk memanjakan kulit anda. Jadi, ia penting untuk rutin penjagaan kulit anda. Malah, pencuci badan dalam saiz travel juga ditawarkan dan memudahkan anda bawa kemana sahaja. Dengan pencuci badan diperkaya dengan susu yang bersih, beraroma yang menenangkan dan tekstur berkrim ini, setiap kali mandi, badan anda akan lebih segar, bertenaga dan kulit yang terhidrat secukupnya.


Milk Body Lotion


Produk seterusnya dalam rutin penjagaan badan anda adalah Milk Body Lotion — pelembab penuh selesa yang direka untuk membekalkan hidrasi mendalam dan merawat kulit anda. Losyen ringan dan pajama-proof ini mengandungi bahan berkhasiat tinggi. Ia menyediakan cara berbeza untuk menghidrat dan menjaga kesihatan kulit. Asid hialuronik berfungsi untuk menarik dan mengunci kelembapan. Jadi, kulit akan akan kekal terhidrat dan kelihatan gebu sepanjang hari. Niasimida, yang dikenali dengan sifat versatilnya, akan menambah baik tekstur kulit, meratakan rona kulit serta mengurangkan keterlihatan pori. Bahan ini akan membuatkan kulit lebih lembut dan segar. Akhir sekali, Vitamin E yang juga bahan antioksida berkesan tinggi akan melawan stressor dari persekitaran, membantu pemulihan pada kulit dan meningkatkan daya tahan kulit.


Kombinasi ramuan dalam losyen ini dilengkapkan lagi oleh khasiat menenangkan susu centella, beras dan linseed. Ketiga-tiganya berfungsi untuk melindungi dan membuatkan penghalang kulit lebih selesa bagi memastikan hidrasi berpanjangan dan perlindungan terhadap kulit kering. Tekstur losyen lembut yang kaya dengan squalane akan menembusi kulit dengan mudah serta menyerap dengan pantas tanpa meninggalkan kesan berminyak. Losyen ini ideal untuk kegunaan harian dan sesuai untuk semua jenis kulit. Ia membantu anda dapatkan kulit yang lembut dan mulus setiap kali dipakai. Anda juga boleh dapatkan losyen ini dalam bentuk saiz travel.


Milk Body Hand Cream


Rasai kesan transformasi Milk Intensive Hand Cream kami — rawatan berbentuk krim yang dicipta untuk membekalkan nutrien, melindungi, dan menyegarkan tangan anda. Krim tangan ini dirumus dengan campuran bahan utama yang membekalkan hidrasi mendalam dan memulihkan tangan dan kuku anda.


Asid hialuronik berfungsi memastikan tangan kekal terhidrat sepanjang hari, walaupun selepas dibasuh. Vitamin E pula akan melindungi, meredakan dan melembutkan tangan. Sementara itu, biotin, iaitu vitamin B yang penting, akan menjaga kesihatan kulit dan kuku. Kombinasi bahan ini akan mengekalkan rasa lembut dan licin tangan anda, walaupun dalam cuaca yang ekstrem. Selain itu, susu berasaskan tumbuhan yang bersifat melegakan akan membantu meredakan dan membekalkan nutrisi pada kulit. Formulasi berkrim serta tidak berminyak krim tangan ini akan memberi kesan serapan segera, serta memberi perlindungan yang selesa dan berpanjangan. Milk Intensive Hand Cream dari fresh ini sesuai untuk kegunaan harian dan produk pilihan mudah untuk mendapatkan tangan yang sentiasa sihat dan cantik.


Ketahui lebih banyak produk popular di fresh


Koleksi fresh menawarkan pelbagai produk harian yang sesuai untuk semua jenis kulit. Menggunakan khasiat alam semula jadi, kami memperoleh bahan berasaskan tumbuhan yang berkesan tinggi— daripada protein soya sehinggalah kepada tanah liat eksklusif dan bunga yang jarang ditemui — untuk berkongsi rahsia berabad lama, yang disokong oleh ilmu sains, kepada rutin penjagaan kulit moden anda.

Author Profile