Bagaimana Perubahan Cuaca Memberi Kesan pada Kulit Anda & Apa Anda Perlu Buat

Sophia D'Urso

Global Consumer Experience

4 min read

Skincare Education

Ketahui mengapa rutin penjagaan kulit ada juga perlu berubah mengikut musim.

fresh skincare against greenery and blue marble background

Tidak kira sama ada sedang menikmati kehangatan tropika atau sedang dibuai angin dingin musim sejuk, keperluan kulit anda turut berubah mengikut cuaca. Apa yang penting untuk dapatkan kulit sihat sepanjang tahun adalah dengan menyesuaikan rutin penjagaan kulit, supaya kulit anda dapat apa yang diperlukan.

Bagaimana kulit berubah dalam cuaca sejuk

Bayangkan: sweater lembut, coklat panas, dan pipi kemerahan. Cuaca sejuk memang menyeronokkan. Namun, ia juga memberi kesan pada kulit anda. Apabila suhu jatuh, udara akan hilang kelembapan. Ini bermakna lebih rendah kelembapan yang boleh diserap kulit. Keadaan ini menjadikan kulit kering, kemerahan dan lebih sensitif. Kami kongsikan cara untuk kekalkan kesihatan dan hidrasi pada kulit apabila cuaca berubah.


Penjagaan bibir ketika cuaca sejuk


Sugar Advanced Therapy Lip Rescue Ointment membantu masalah kulit kering, pecah dan mengelupas yang boleh berlaku semasa musim sejuk. Ointment pelbagai guna ini menyediakan lapisan perlindungan sehingga 72 jam* kepada kulit. Ia juga produk tambahan yang sempurna untuk rutin lip care anda. Ointment bibir ini terbukti secara klinikal dapat memulihkan kulit kering dan menggelupas, serta membekalkan kelembapan untuk melegakan rasa tidak selesa pada kawasan kering agar kulit lebih lembut dan sihat.


Penjagaan kulit untuk cuaca sejuk


Ketika dalam bulan yang lebih sejuk, gunakan pelembab yang pekat dan membekalkan hidrasi seperti Rose Deep Hydration Moisturizer. Pelembab yang mengandungi asid hialuronik dan ekstrak ros damask ini akan membina penghalang kuat untuk menghalang kulit kering. Kesannya, kulit akan nampak lebih terhidrat dan sihat.


Badan anda juga perlu diber perhatian! Milk Body Collection menawarkan losyen tangan dan badan untuk kegunaan harian dan dalam saiz travel yang mudah dibawa ke mana sahaja. Dirumus dengan trio susu berasaskan tumbuhan, Milk Body Lotion melembutkan dan merawat kulit. Dalam masa yang sama juga, ia menyediakan hidrasi mendalam selama 24 jam** melalui kombinasi asid hialuronik, niasimida dan vitamin E.


Rawatan anti penuaan untuk cuaca sejuk


Perubahan musim tidak bermaksud anda boleh ambil mudah dalam penjagaan kulit anda. Pada bulan yang sejuk, anda mungkin perlukan tekstur yang pekat dengan kesan melegakan untuk kulit kusam. Untuk itu, kami syorkan Black Tea Age Renewal Cream — krim muka anti penuaan yang dirumus dengan teh hitam Mauritius dan esktrak daun rambutan untuk kesan seperti retinol pada muka, mengurangkan kedutan dengan ketara serta membuatkan kulit lebih tegang dan anjal. Krim ringan ini sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif. Ia diperkaya dengan seramida, squalane, dan pink porcelain lily untuk menyokong penghalang kulit, mencegah kehilangan kelembapan, dan menambah baik tekstur kulit.


Bagaimana kulit berubah dalam cuaca panas


Cuaca panas memberi kesan tanning yang baik. Namun, pada masa yang sama juga ia boleh menyebabkan kulit anda terlebih aktif. Suhu yang lebih tinggi menghasilkan lebih banyak peluh dan minyak. Keadaan ini akan mendorong kepada pori tersumbat dan breakout. Haba juga boleh mendehidrasi kulit anda. Hasilnya kulit terasa kering dan kusam. Kombinasi peluh, minyak dan bahan pencemar dari persekitaran boleh menyebabkan kesan iritasi. Jadi, untuk kulit yang sentiasa sihat dalam cuaca panas, fokuskan pada produk yang ringan, non-comedogenic, minum air dengan banyak dan sentiasa gunakan SPF anda.


Penjagaan bibir untuk cuaca panas


Mata hari, air masin, dan klorin semuanya boleh menjejaskan bibir anda. Ketika berada di luar, terutamanya di pantai atau kolam renang, pastikan anda kerap gunakan lip balm ringan. Untuk bulan yang lebih panas, kami sangat syorkan Sugar Advanced Therapy Treatment Lip Balm — rawatan bibir intensif dalam bentuk yang kecil. Formula ultra nutrisi ini berfungsi sebagai balsam yang melegakan. Ia akan meresap dan menjadikan bibir lebih gebu dan kelihatan sihat. Lip balm jernih ini boleh digunakan sendiri atau dipadankan dengan pewarna bibir kegemaran anda.


Rawatan untuk cuaca panas


Kulit menghasilkan lebih banyak minyak berlebihan dan pori tersumbat apabila cuaca semakin panas. Produk skincare ringan seperti the Rose Deep Hydration Balancing Emulsion, begitu sesuai untuk keadaan begitu. Jangan lupa gunakan pelembab, kerana kulit yang kurang lembapan akan menghasilkan lebih banyak minyak. Jadi, tambah hidrasi pada kulit anda dengan formula serapan air pantas. Emulsion ini ideal untuk kulit berminyak atau kombinasi kering dan berminyak. Ia juga menyediakan permukaan kulit yang lembut dan sekata untuk mengenakan solekan.


Rawatan anti penuaan untuk cuaca panas


Redakan kesan haba ketika musim panas dengan pelembab muka seperti Lotus Radiance Renewal Night Cream. Krim antioksida ini berfungsi ketika anda untuk mengurangkan tanda keletihan, smooth garisan halus, dan kulit lebih bersinar. Ia diperkaya dengan Super Lotus, asid poliglutamik, dan ekstrak daun pic. Anda akan kelihatan lebih segar dengan rehat yang mencukupi apabila bangun pada keesokan hari.


Boost radiance sepanjang tahun dengan fresh


Kulit kekal bersinar, sentiasa terhidrat, dan nikmati setiap hari yang dilalui dengan fresh. Ingat, penjagaan kulit adalah cara menghargai kulit anda, tidak kira cuaca yang anda tempuhi. Untuk lebih banyak produk kegemaran penjagaan kulit, bibir dan badan, terokai fresh.


*ujian instrumental, 30 subjek

**ujian instrumental, 11 subjek

***kajian secara ex vivo terhadap bahan BT Matrix™ ingredients; produk ini tidak mengandungi retinol.

Author Profile
blog author Sophia

Sophia D'Urso

Global Consumer Experience

Written by Sophia D’Urso for Fresh. Sophia is an NYC-based consumer experience specialist and content writer. Sophia has worked as a consumer marketer and writer for years at various brands within the beauty, media, and events industries.