SHOP NOW
Masker Muka fresh untuk Setiap Waktu
3–4 minit
Apa sahaja yang wajah anda perlukan, pasti terdapat masker muka yang sesuai.
Jika anda inginkan kesegaran tambahan pada wajah, terdapat pelbagai jenis masker muka ditawarkan di fresh. Setiap satunya direka untuk menangani masalah kulit tertentu—daripada kesan menegangkan hingga menenangkan dan menyuntik kesegaran, tidak kira sebagai persediaan untuk majlis istimewa tertentu atau sekadar memanjakan diri pada waktu malam.
Wajah anda di hari persandingan akan sentiasa terpahat dalam ingatan. Jadi, penggunaan masker muka dalam rutin penjagaan kulit anda adalah langkah penting dalam persediaan sebelum hari bersejarah itu. Tidak seperti proses pengelupasan kimia dan bahan aktif seperti retinoid, masker muka boleh digunakan ketika tarikh majlis semakin dekat untuk wajah yang lebih berseri. Kami syorkan Sugar Face Polish Exfoliator, masker muka dan juga berfungsi sebagai scrub yang akan menyingkirkan sel kulit mati dan melembapkan kulit. Produk ini mengandungi gula kristal perang dan biji strawberi untuk meratakan bahagian kulit yang kasar. Selain itu ia juga diperkaya dengan minyak berkhasiat yang akan membuatkan kulit lebih lembut dan halus, dalam aroma haruman sitrus.
Untuk penggunaan berkesan, gunakan tiga atau empat kali seminggu semasa persediaan sebelum hari perkahwinan, dan gunakan sehingga dua hari sebelum majlis berlangsung.
Jika anda ingin bertemu si dia, pasti anda ingin tampil dengan wajah yang gebu, licin, dan berseri. Tidak kira anda berdebar-debar untuk berjumpa kali pertama atau meluangkan masa bersama pasangan selepas sibuk bekerja, masker muka paling sesuai adalah Black Tea Instant Perfecting Mask . Produk rawatan yang bertekstur ringan dan berkrim ini akan meresap ke dalam kulit, dan melembutkan serta melicinkan dengan serta-merta untuk tampak lebih berseri. Masker ini akan membuatkan wajah anda lebih segar dan bersinar.
Sedang bersedia untuk melepak bersama geng anda? Mungkin anda akan menikmati koktel dan menari, atau anda bersantai dengan snek dan menonton wayang. Tidak kira apa aktiviti yang anda lakukan, salah satu cara untuk mulakan (atau tamatkan) malam indah bersama teman rapat anda adalah dengan menggunakan Rose Face Mask . Masker yang diperkaya dengan kelopak ros asli ini membekalkan hidrasi serta-merta, merawat dengan lembut, dan melembutkan kulit anda dengan kesan penyejukan. Diperbuat daripada air bunga ros, gel aloe vera, dan ekstrak mentimun, kulit akan lebih tenang dan gebu selepas menggunakan masker muka ini. Malah, ia juga sesuai untuk semua jenis kulit.
Ada kalanya anda inginkan malam yang diisi dengan sesi rendaman panjang sambil ditemani buku. Untuk rutin sebegini, jadikan malam anda lebih bermakna dengan Floral Recovery Calming Mask . Masker semalaman berasaskan flora ini sangat sempurna untuk dimasukkan dalam rutin penjagaan diri anda. Ia membekalkan khasiat daripada passion flower, cornflower, cherry blossom, dan ekstrak peony untuk kesan menenangkan pada kulit dan mengurangkan kemerahan, rona kulit yang tidak sekata, dan permukaan kulit yang kasar. Selain itu, vitamin C dan squalane dalam masker ini membantu wajah lebih cerah dan halus apabila bangun pagi nanti.
Sama ada bekerja lebih masa di pejabat atau melepak sehingga lewat malam, jika waktu tidur anda sudah dilewatkan, sudah pasti anda ingin memanjakan wajah anda dengan masker bernutrisi. Lotus Youth Preserve Rescue Mask —masker exfoliation yang lembut untuk melawan tanda kulit kelihatan kusam, kasar dan tidak sekata. Ia mengandungi super lotus yang berkhasiat melawan penuaan, asid poliglutamik dengan kesan menenangkan dan serpihan rumpai laut kombu yang melicinkan dan ekstrak buah okra. Dengan hanya sekali sapuan, masker ini berupaya membuatkan wajah anda lebih berseri. Jadi, anda boleh fokus bekerja dan berhibur tanpa kelihatan tanda keletihan.
Senaman yang kerap akan memastikan badan dan minda anda dalam keadaan terbaik. Namun, peluh ketika bersenam boleh memberi kesan pada kulit anda. Untuk mengatasi masalah tersebut, kami perkenalkan Umbrian Clay Pore-Purifying Face Mask —Masker non-comedogenic yang kaya dengan mineral ini akan membersihkan kulit tanpa menjadi terlalu kering. Formula 3 dalam 1 ini boleh digunakan setiap hari sebagai pencuci yang efektif, sebagai masker atau sebagai rawatan spot jika diperlukan. Dihasilkan daripada tanah liat Umbria, air lavender, minyak chamomile dengan khasiat meredakan, minyak sandalwood yang menenangkan, masker ini akan mengekalkan keseimbangan kulit, mengawal minyak berlebihan, serta mengurangkan bukaan pori. Ia semestinya tambahan sempurna dalam rutin penjagaan kulit selepas bersenam.
Jika anda kesuntukan masa, tetapi ingin bangun tidur dengan keadaan kulit muka terbaik, dapatkan Black Tea Peptide Firming Overnight Mask . Masker penguat kulit ini berfungsi semasa anda sedang tidur untuk membuatkan wajah lebih tegang apabila bangun. Anda tidak perlu risau lagi tentang tanda stres dan keletihan pada muka, dan nikmati kulit yang tampak lebih seimbang dan kontur wajah yang lebih jelas.
Daripada produk harian sehinggalah sesi memanjakan diri yang serba mewah, ketahui pelbagai jenis produk penjagaan kulit, bibir dan badan yang ditawarkan di fresh. Anda akan menemui produk yang sangat sesuai dengan kulit dan matlamat anda. Produk fresh diperbuat daripada bahan berasaskan tumbuhan yang dipilih dengan teliti untuk memenuhi segala yang kulit anda perlukan.