Penjagaan Badan Sebelum Majlis Perkahwinan dan Produk Terbaik


Sara Anderson

Global Brand Storytelling

2 min read

Expert Advice

Rutin penjagaan kulit harian untuk sebelum majlis perkahwinan

bridal skincare

Menghitung detik hari perkahwinan — atau mungkin sebagai tetamu untuk majlis perkahwinan — juga menandakan bermulanya persediaan untuk hari bahagia tersebut. Kali ini, kami bukan bercakap tentang penerbangan, hotel atau senarai tetamu; kami maksudkan persediaan dari segi kecantikan. Pakaian, solekan, atau gaya rambut anda hanya akan terserlah jika anda rasa selesa dengan kulit anda. Kerana itulah penjagaan kulit sebelum majlis perkhawinan begitu penting.


Pendapat tentang rutin penjagaan kulit yang membuatkan kulit lebih sihat dan bersinar, bukanlah satu omongan kosong. Kami di fresh sentiasa menyokong amalan yang sihat — dan rutin penjagaan kulit harian yang memberi manfaat jangka panjang adalah salah satu daripadanya. Ketahui rutin penjagaan kulit yang kami sarankan sebagai persediaan sebelum dan pada hari perkahwinan.


Cuci muka dua kali sehari

Gunakan pencuci muka yang tidak memberi kesan kering seperti Soy pH-Balanced Hydrating Face Wash pada waktu pagi untuk menghidrasi, memberi keseimbangan, mengecilkan pori serta menyediakan permukaan wajah yang bersih untuk penggunaan produk seterusnya. Pada waktu malam, iaitu ketika kulit dalam keadaan regenerative, solekan dan kekotoran pada wajah perlu dibersihkan sebelum tidur. Untuk kesan cucian tambahan, gunakan toner penghidrasi – seperti Rose & Hyaluronic Acid Deep Hydration Toner kami – untuk cucian mendalam dan mengurangkan keterlihatan pori.


Gunakan masker

Lakukan aktiviti masking untuk dua atau tiga kali seminggu untuk membuatkan kulit dalam keadaan terbaik, dan anda tidak perlu berjumpa dengan facialist dengan kerap. Bergantung pada jenis kulit dan masalah kulit yang dihadapi, anda mungkin ingin bertukar-tukar masker. Black Tea Instant Perfecting Mask dapat melicinkan dan membuang kekotoran pada muka sementara Sugar Face Polish Exfoliator pula untuk exfoliate muka untuk satu hari dalam seminggu. Masker dan exfoliator ini penting untuk membuatkan rona kulit lebih cerah dan membuatkan kulit lebih rata untuk memakai solekan. Jangan gunakan rawatan atau skrub bersifat exfoliating pada hari majlis. Untuk mengurangkan risiko kulit mengalami radang, lakukan exfoliation terakhir anda tidak kurang dari tiga hingga empat hari sebelum hari bahagia tersebut.


Pilih rawatan yang berkesan dan lembut

Untuk dapatkan kulit muka yang sihat, tidaklah sampai mengalami iritasi. Sebaliknya, rawat kulit muka anda dengan bahan aktif yang cukup lembut untuk digunakan setiap hari, dua kali sehari. Jadi, kami syorkan Kombucha Antioxidant Facial Treatment Essence untuk hidrasi yang meresap dalam kulit dan perlindungan anti oksida. Selain itu, Tea Elixir Skin Resilience Activating Serum dapat berfungsi untuk melawan stressor harian. Gunakan kedua-dua produk ini — dan pastikan sapu di bahagian leher make sure to apply on your neck and bawah leher (decollete) — untuk dapatkan kulit lebih lembut, anjal dan bersinar.


Fokuskan pada bahagian mata

Kulit pada bahagian mata lebih nipis dan sensitif berbanding kawasan lain pada muka. Penggunaan produk rawatan khas pada mata seperti Black Tea Age-Delay Eye Cream, setiap pagi dan malam akan membuatkan kawasan mata anda bersinar dan terhidrat. Krim mata ini juga krim mata terbaik jika anda ingin dapatkan rawatan bulatan hitam yang berkesan. Malah, ia juga dapat mengelakkan kawasan pada bawah mata kelihatan membengkak.


Jangan lupakan lembapan

Seperti yang anda tahu, kelembapan penting untuk kulit anda. Penggunaan sedikit Lotus Youth Preserve Line & Texture Smoothing Day Cream pada bahagian dahi, tulang pipi, dan dagu dapat mengunci hidrasi, mengurangkan garisan halus dan kulit menjadi lebih lembut dan tampak semula jadi bersinar.


Penjagaan kulit bibir

Untuk kulit bibir yang lembut dan menawan, gunakan Sugar Recovery Lip Mask Advanced Therapy pada waktu pagi, malam dan bila-bila masa yang anda rasakan perlu. Leave on Masker bibir ini akan memulihkan, menguatkan dan membekalkan nutrisi untuk membuatkan kulit bibir kelihatan mulus dan sihat tanpa atau dengan lipstick. Pastikan anda gunakan pada malam sebelum dan juga pada hari persandingan untuk kulit bibir yang lembut dan menawan.


Jangan lupa penjagaan kulit tubuh badan

Tubuh badan perlu dijaga sama seperti kita menjaga kulit muka. Jadi, kawasan décolleté (bawah tulang dada dan sedikit di atas dada) juga perlu mendapat sedikit sentuhan TLC. Lakukan exfoliation dua kali seminggu menggunakan Brown Sugar Body Polish untuk memulihkan rona kulit yang tidak sekata dan memberi sentuhan kelembutan pada kulit anda. Bersihkan tubuh badan anda dengan Milk Body Cleanser diikuti dengan Milk Body Lotion untuk melembutkan, memanjakan dan melindungi kulit anda. Mudah, ringkas, dan… sangat berkesan!


Bersedia di hari bahagia dengan fresh

Memang benar, anda sudah pasti ingin tampil dan berada dalam keadaan yang terbaik sepanjang masa. Namun, majlis perkahwinan (terutamanya majlis perkahwinan anda!) adalah hari yang sangat istimewa dan untuk hari sebegitu, penjagaan kulit perlulah lebih istimewa dari hari-hari lain. Sebagai persediaan hari perkahwinan, anda perlu mulakan rutin penjagaan kulit biasa, beberapa bulan sebelum menjadi raja sehari. Jangan buat perubahan drastik pada produk penjagaan kulit apabila majlis perkahwinan semakin hampir. Untuk produk penjagaan kulit yang selamat, berkesan dan sesuai dengan kulit anda, dapatkan di fresh.

Author Profile
blog author Sophia

Sara Anderson

Global Brand Storytelling

Written by Sara Anderson for Fresh. Sara is a NYC-based global marketer and beauty content strategist. Sara has 12+ years of experience conceptualizing and producing original content in beauty, fashion, music, and entertainment. Sara has created content for Fast Company, Us Weekly, Birchbox, and PopCrush.com with her expertise most recently in the beauty space.