Tips Penjagaan Bibir untuk Setiap Musim

Sophia D'Urso

Global Consumer Experience

2-3 min read

Expert Advice

Bibir kekal cantik sepanjang tahun, dari musim sejuk hingga musim panas.

Close-up of woman's slightly parted moisturized lips

Sama seperti kulit anda, bibir juga terkesan dengan perubahan musim. Anda perlu ubah suai rutin penjagaan kulit sepanjang tahun untuk disesuaikan dengan masalah perubahan musim. Tidak hairanlah jika bibir anda juga perlu diberi perhatian. Ketahui cara penjagaan bibir mengikut musim untuk memastikan bibir anda kekal lembut, licin dan mungil.

Musim luruh: Prep & melindungi

Apabila suhu jatuh dan udara menjadi lebih kering, bibir anda mungkin mula terasa kesannya. Musim luruh merupakan masa yang sesuai untuk menggunakan lip balm yang lebih pekat dan bernutrisi dalam langkah penjagaan bibir anda. Dapatkan produk yang mengandungi bahan seperti seramida untuk menguatkan pertahanan kuit, emolien untuk mengekalkan kelembapan dan exfoliant lembut untuk mengawal rekahan pada bibir.


Sugar Advanced Therapy Lip Rescue Ointment merupakan pilihan lip balm terbaik untuk musim luruh dan musim sejuk dari kami. Ia terbukti secara klinikal dapat memulihkan bibir kering dan merekah serta melembapkan untuk mengurangkan rasa tidak selesa pada kawasan bibir yang kering. Kulit akan kelihatan lebih lembut dan sihat. Ointment ini dirumus dengan seramida yang menguatkan pertahanan kulit bibir, emolien berasaskan tumbuhan untuk memberi kesan meredakan, minyak biji anggur untuk kesan kelembutan, dan gula kristal untuk membekalkan hidrasi. Produk bernutrisi ini membantu kulit bibir anda kekal lembut, anjal dan lebih bersedia untuk menghadapi kunjungan musim sejuk nanti.


Musim sejuk: Kelembapan tinggi & merawat

Udara yang sejuk membuatkan kita perlu mengawal kelembapan. Musim sejuk memberi kesan ekstrem pada kulit bibir anda. Ini kerana udara sejuk di luar rumah dan udara panas dan kering di dalam rumah biasanya akan membuatkan kulit bibir merekah dan pecah.


Sugar Advanced Therapy Lip Mask merupakan cara penjagaan bibir pada musim sejuk paling mudah untuk. Masker bibir leave-on yang digunakan pada waktu malam ini telah terbukti secara klinikal dapat memulihkan bibir kering. Ia dirumus dengan adunan bernutrisi yang mengandungi shea butter, berry wax dan asid hialuronik. Setiap kali dipakai, bibir anda akan dibekalkan nutrisi yang tinggi agar kelihatan sihat sepanjang hari.


Musim bunga: Pulih dan kembali segar

Apabila musim bunga menjelang, fokus anda kini berubah pada memulihkan bibir kulit. Cuaca yang lebih sederhana panas dan kelembapan dalam udara semakin bertambah mungkin membuatkan kulit lebih selesa. Namun, cuaca sebegini juga boleh mengundang alahan pada perubahan musim. Untuk mengurangkan kesan alahan tersebut, penting untuk anda terus menggunakan lip balm, cuma lip balm yang lebih ringan dan lebih menghidrasi.


Berikan sentuhan kesegaran pada kulit bibir anda dengan Sugar Advanced Therapy Treatment Lip Balm. Produk rawatan bibir yang intensif ini membekalkan kelembapan pada kulit kering untuk tempoh 24 jam*. Ia juga terbukti secara klinikal dapat memulihkan bibir yang kelihatan rosak. Selain itu, lip balm ini menggantikan dan memulihkan kulit kering dengan ekstrak balung (sea fennel) dan sfera asid hialuronik yang membekalkan hidrasi. Formula ultra nutrisi ini bertindak sebagai balsam yang berupaya meredakan dan meresap dalam kulit bibir untuk menyingkirkan kepingan kulit kering agar kulit kelihatan gebu dan sihat.


Musim panas: Hidrasi & perlindungan

Udara musim panas, cahaya terik mata hari, dan air bergaram boleh memberi kesan dehidrasi pada bibir anda dan berpotensi membuatkan bibir rosak. Hidrasi begitu penting untuk bibir anda. Jadi, pastikan anda minum air dengan banyak dan kerap memakai lip balm yang membekalkan hidrasi untuk melindungi bibir anda.


Sugar Mango Hydrating Lip Balm merupakan pilihan terbaik dari kami untuk musim panas. Balsam berperisa mangga ini dirumus untujk membekalkan kelembapan selama 24 jam* pada bibir. Bibir anda akan kekal terhidrat di bawah terikan cahaya mata hari. Rahsia kehebatan lip balm ini terletak pada adunan gula dan minyak emolien. Kedua-duanya akan menghidrat dan mengunci kelembapan. Hasilnya, bibir akan menjadi lebih sihat dan mungil dan terasa lebih lembut dan dilindungi.


Sentuhan warna bagi setiap musim

Sekarang, mari kita tambahkan sedikit warna pada bibir. Sugar Tinted Lip Balm telah menjadi pilihan kegemaran ramai selama lebih 20 tahun. Koleksi ini menampilkan varisi warna, dari cerah ke lebih gelap yang dicipta untuk pelbagai jenis rona kulit. Setiap balsam berperisa mentega ini berupaya memulihkan dan memberi hidrasi selama 24 jam**. Jadi, bibir akan kelihatan mungil dan terasa lembut.


Kekal fresh sepanjang tahun

Kulit bibir anda jauh lebih nipis dan lebih sensitif berbanding kulit pada bahagian lain. Tidak hairanlah kulit bibir perlukan lebih perhatian dan perlindungan. Dengan menyesuaikan rutin penjagaan bibir dengan perubahan musim, anda dapat memastikan bibir kekal sihat dan terhidrat sepanjang tahun. Tips penjagaan bibir yang kami kongsikan kali ini dapat memastikan bibir anda sentiasa lembut, licin dan bersedia untuk musim yang saling berganti.



*test instrumental, 30 subjek

**test instrumental, 11 subjek

Author Profile
blog author Sophia

Sophia D'Urso

Global Consumer Experience

Written by Sophia D’Urso for Fresh. Sophia is an NYC-based consumer experience specialist and content writer. Sophia has worked as a consumer marketer and writer for years at various brands within the beauty, media, and events industries.