25 tahun sejak Soy Face Cleanser Diperkenalkan

Brittan Bates

Global Brand Storytelling

5 minit

Expert Advice

Meraikan produk paling ikonik di fresh.

Crumpled and full Soy Face Cleanser tubes with sliced cucumber and soy bean on blue background

Boleh dikatakan semua orang akan membasuh muka mereka. Kebanyakan orang menganggap mencuci muka itu satu keperluan, atau lebih teruk lagi, rutin harian. (Sama seperti: flossing gigi--bukan satu aktiviti yang menyeronokkan.) Namun, semuanya berubah dengan Soy Face Cleanser.


25 tahun yang lalu, fresh telah mencipta pencuci muka yang begitu berkesan serta memeberi keseronokan apabila menggunakan produk tersebut. Soy Face Cleanser merupakan pencuci muka dengan wangian mentimun, bertekstur gel silika dan kulit rasa lembut selepas digunakan. Ia memberi kesegaran pada kulit dan juga minda anda. Produk penjagaan diri ini hanya memerlukan sekitar satu minit untuk memberi perubahan besar kepada diri anda.


Khasiat pencuci muka ini terhasil daripada protein soya yang kaya dengan asid amino dan bahan-bahan semula jadi yang lain. Produk penjagaan muka popular ini dirumus khusus untuk membersihkan dengan lembut. Pada masa yang sama juga, ia dapat mengekalkan kelembapan, mengurangkan tanda kemerahan yang ketara, serta menyokong pelindung kelembapan pada kulit. Manfaat sebeginilah yang akan membuatkan kulit anda kekal segar, terasa lembut dan kelihatan sihat sepanjang masa.


Kami rasakan pencuci muka ini cara fresh untuk rasa lebih selesa.



Bagaimana Soy Face Cleanser dicipta

Kulit yang sihat bermula dengan kulit yang bersih. Pengasas Fresh telah memperkenalkan mantra ini dipermulaan rutin pengjagaan kulit fresh. Ia masih terus digunakan sehingga saat ini, kerana kami percaya pencuci yang bagus begitu penting untuk kulit. Ramai orang memandang rendah kehebatan pencuci atau pembersih. Jadi, tidak hairanlah, ada beberapa turutan dalam rutin penjagaan kulit anda diubah atau tidak menggunakan pencuci muka. Anda memerlukan pencuci yang lembut dan tidak menyingkirkan kelembapan pada kulit. Jika pencuci tersebut bersifat dehidrat atau menyebabkan radang (irritation), tidak kira apa sahaja produk yang anda gunakan selepas mencuci muka, produk selepas itu hanya menyelesaikan masalah yang disebabkan oleh pencuci muka, bukannya merawat kulit anda. Jadi, pencuci muka sememangnya menjadi langkah pertama untuk membuatkan kulit sentiasa seimbang dan sihat. Kulit muka perlu menjadi permukaan yang bersih untuk membolehkan produk anda yang lain berkesan.


Ketika pengasas fresh mencipta Soy Face Cleanser, mereka ingin produk tersebut sesuai untuk semua jenis kulit. Ideanya sungguh mudah, ia perlu menjadi produk universal yang dapat memenuhi keperluan pencucian wajah anda, membersihkan solekan wajah dan solekan mata. Itulah sasaran mereka dan cabaran yang perlu dihadapi pada sekitar 1999. Ini kerana pada waktu itu, agak janggal untuk melihat pencuci yang selamat digunakan di kawasan sekitar mata. Tetapi, itulah magis yang ditawarkan oleh produk ini.


“Ia merupakan wira yang tidak didendang kami. Produk tersebut perlu menjadi perkara pertama dalam mana-mana ritual kecantikan. Setiap kali kami berada di kedai fresh dan ada pelanggan yang bertanya apakah satu produk yang mereka mesti dapatkan, kami akan sarankan Soy Face Cleaser. Pencuci muka itu menggambarkan falsafah jenama kami. Sentiasa mulakan dengan Soy Face Cleanser. Produk tersebut benar-benar meningkatkan lagi prestasi produk penjagaan kulit kami. Ia mencetuskan idea untuk hasilkan mask dan rawatan kulit yang lain. Ketika kami mencipta Soy Face Cleanser, kami komited untuk menghasilkan pencuci muka terbaik di pasaran. Kami mengambil kira kebimbangan orang ramai, satu formula universal yang sesuai untuk semua jenis kulit, dan tekstur unik tanpa sebarang kesan sampingan yang tidak ditawarkan oleh produk lain. Dari awal ketika kami mencipta pencuci muka tersebut, kami sememangnya tahu ia akan menjadi produk popular.” –Lev & Alina, pengasas bersama fresh.


Menjadi pilihan sejak 1999

Kami bukan cakap kosong semata-mata. Jadi, kami kongsikan sebab mengapa Soy Face Cleanser terus menjadi pencuci popular sejak dari 1999.


“Kini, saya telah menggunakan produk ini hampir 10 tahun…rasa seperti rawatan spa, cuma ia di dalam botol.” Emefes


“Dengan hanya satu pam sahaja, saya mulakan pagi dan akhiri malam saya dengan pembersih yang menyegarkan, menenangkan dan menceriakan ini. Sungguh melegakan. Pencuci ini membuatkan saya bertenang selama dua minit.”* - Tesk


“Apabila gunakan produk ini, kulit saya rasa terhidrat. Muka saya tidak pernah rasa kering atau tegang akibat kekeringan jika gunakan pencuci ini.”* – Samuelle W.


“Saya rasa sangat selesa dan kulit rasa segar.” – Cindy W.


“Saya memiliki kulit yang sensitif dan sukar mencari produk yang tidak membuatkan kulit meradang atau seperti terbakar. Pencuci ini sangat lembut, rasa selesa dan beraroma” – Amy B.


“Saya sukakan aromanya, saya sukakan perasan ketika menggunakan produk ini untuk mencuci muka.” – Mandy M.


“Produk yang begitu penting.”* – Luvnmusic


*komen diberikan sebagai sebahagian daripada program sample percuma

Author Profile
blog author Brittan Bates

Brittan Bates

Global Brand Storytelling

Written by Brittan Bates for Fresh. Brittan is an NYC-based writer, editor, and storyteller with 9 years of experience spanning digital and print journalism, copywriting, brand strategy, and more. Her work has appeared in publications such as Teen Vogue and brands including Diane von Furstenberg, abc carpet & home, FRĒDA SALVADOR, and more.