Cara Memilih Produk Skincare untuk Percutian Hujung Minggu


4 minit

Expert Advice

Pilih sendiri set penjagaan kulit untuk percutian hujung minggu

sugar citrus rush

Anda inginkan percutian singkat namun, agak sukar memilih produk penjagaan kulit yang sesuai dibawa? Tidak kira jika anda bercuti ke bandar untuk berehat sebentar atau berkunjung ke kawasan kampung untuk bertenang, kulit anda tidak perlu terjejas ketika bercuti. Kami akan kongsikan rahsia untuk membuatkan kulit kekal sihat tidak kira di mana lokasi percutian anda.


Utamakan produk penting

Jika anda ingin jimatkan ruang ketika bersiap untuk percutian singkat hujung minggu, jangan risau kerana kulit anda tidak akan mengalami masalah tanpa rutin penjagaan kulit anda yang begitu terperinci. Jimatkan ruang dan masa dengan ambil apa yang perlu sahaja. Apa yang anda perlukan dalam set penjagaan kulit untuk travel adalah pencuci, pelembab, dan SPF. Jika masih terdapat ruang, anda juga boleh masukkan serum kegemaran anda sekali.


Kami sarankan anda bawa salah satu produk fresh terlaris, Soy Face Cleanser. Pencuci muka lembut dan bersifat non-stripping ini adalah pencuci yang lengkap: membuang solekan, membersihkan kotoran, melembutkan, melicinkan dan membekalkan hidrasi. Ia mengandungi formula keseimbangan pH, diperkaya dengan protein soya yang sihat, ekstrak timun yang melegakan, dan aloe vera yang lembut. Pencuci ini boleh digunakan sebagai langkah pencucian yang berkesan dan saiz dalam bentuk tiub 1.6 fl oz pastinya sesuai untuk beg tangan anda.


Persediaan awal untuk kulit

Tidak kira percutian hujung minggu yang panjang atau semalaman sahaja, jika anda risau tidak dapat gunakan produk kegemaran, pastikan anda lakukan prep kulit beberapa hari sebelum bertolak. Maksud prep ini mugkin bermakna anda memakai overnight mask pada malam sebelum bertolak, lakukan exfoliation pada waktu pagi sebelum mulakan perjalanan, shave atau wax lebih awal. Jadi, anda hanya perlu bawa produk yang anda perlu gunakan setiap hari kerana produk yang tidak dipakai setiap hari telah dipakai lebih awal dan kesan produk tersebut akan dirasai ketika anda sedang bercuti.


Pilih saiz mini

Tidak kira di mana anda berada, produk bersaiz travel— penting untuk kulit yang cantik. Anda masih boleh melakukan rutin penjagaan kulit walaupun ruang untuk barang terhad dengan menggunakan pek sample produk atau dalam saiz travel, dan isi produk penting dalam tiub lebih kecil. Kebanyakan produk penjagaan kulit kami — termasuk produk jagaan badan kegemaran ramai —Milk Body Cleanser dan Milk Body Lotion — terdapat dalam tiga saiz: travel, full, dan jumbo. Jadi, anda boleh pilih saiz paling sesuai mengikut keperluan.


Bagi kami, inovasi dan keperihatinan lebih daripada penjagaan kulit dan badan. Anda boleh membawa eau de parfum fresh kegemaran anda ke mana sahaja destinasi anda. Koleksi minyak wangi ikonik kami —Hesperides, Sugar Lychee, Citron de Vigne, Sugar Lemon, Lily Jasmine, dan Rose Morning — semuanya didatangkan dalam bentuk tiub bersaiz .30 fl. Di mana sahaja percutian anda, tubuh anda akan ditemani haruman semerbak.


Sesuaikan dengan keadaan

Sesuaikan rutin penjagaan kulit anda dengan persekitaran. Mungkin anda bercuti di kabin tepi tasik dan luangkan masa membaca ditemani unggun api. Sambil membaca, anda mungkin ingin memakai masker muka sambil menghirup secawan coklat panas. Floral Recovery Calming Mask akan melegakan kulit dan deria anda dengan ekstrak floral.


Atau, mungkin anda merancang untuk percutian hujung minggu bersama rakan perempuan sambil menerokai bandar dan melepak sehingga lewat malam. Rose Hydrating Eye Gel Cream membantu membekalkan hidrasi, mencerahkan dan menyejukkan kawasan mata supaya mata anda kelihatan segar dan bertenaga apabila tiba waktu brunch.


Apa sahaja rancangan anda, pilih satu produk yang sesuai dengan aktiviti yang anda lakukan.


Kekal terhidrat

Kurang tidur, minum, dan perubahan iklim boleh menjadi faktor dehidrasi. Apabila dehidrasi berlaku, kulit anda adalah salah satu daripada tempat pertama yang menunjukkan kesan tersebut. Penting untuk anda mendapat hidrasi secukupnya dalam percutian singkat dan semestinya akan membantu kesihatan kulit anda.


Sentiasa bawa Rose Pore-Minimizing Hydration Mist bersama anda untuk membekalkan hidrasi pada kulit. Mist muka ini dapat memberi hidrasi dengan segera boleh mengurangkan keterlihatan pori. Ia juga dapat melegakan dan melembutkan kulit serta membuatkan kulit kelihatan lembap secara semula jadi. Mist muka pelbagai guna yang mengandungi ekstrak ros damask dan air bunga ros ini dapat memulihkan kulit dengan segera. Semburkan pada bahagian muka dan leher dan mist ini akan membersihkan kulit anda dan beraroma ros.


Produk sesuai untuk travel dengan fresh

Produk penjagaan kulit, badan, bibir dan wangian dari fresh telah dicipta dengan teliti untuk semua jenis kulit, masalah, musim dan persekitaran. Ia mengambil inspirasi daripada alam semula jadi dan disempurnakan oleh sains. Fresh menawarkan pelbagai produk, daripada kegunaan harian sehinggalah kepada digunakan untuk tujuan tertentu. Anda boleh memilih produk fresh dalam tiga jenis saiz, untuk travel, penggunaan di rumah dan ketika diluar.

Author Profile