Bahan Hidrasi Terbaik dari fresh

Brittan Bates

Global Brand Storytelling

4 min read

Expert Advice

Bahan hidrasi terbaik untuk kulit bersinar secara semula jadi.

Lineup of Fresh Rose Toner, Serum and Face Cream against light blue background

Sesiapa sahaja pasti inginkan kulit yang gebu dan kelihatan lembap. Namun, agak sukar untuk mendapatkan produk penjagaan kulit yang mampu membuahkan hasil sebegitu. Artikel ini dapat membantu anda. Kami akan senaraikan produk hidrasi yang menjadikan kulit anda lebih lembap. Jadi, anda boleh memiliki kulit yang bersinar sepanjang tahun.

Jenis-jenis pelembab

Untuk membuatkan kulit kekal terhidrat bukan sekadar minum air yang banyak. Rutin penjagaan kulit anda juga memainkan peranan penting. Terdapat tiga kategori kelembapan untuk bahan-bahan dalam pelembab yang anda gunakan, iaitu menarik kelembapan, mengekalkan kelembapan, dan menghalang kelembapan hilang dari kulit.


Humektan

Terbaik untuk: Kulit normal, berminyak atau kedua-duanya. Kami lebih senang memanggil humektan sebagai “magnet kelembapan”. Ia berfungsi untuk menarik air dari udara dan dari lapisan kulit lebih dalam ke lapisan lebih luar kulit. Ini memberi kesan gebu dan kelembapan. Glycerin: Bahan klasik yang dikenali dengan kemampuan menarik kelembapan ke kulit.


  • Asid hialuronik: Bahan hebat yang dapat menampung kelembapan 1000 ganda daripada beratnya.
  • Aloe Vera: Dikenali dengan sifat melegakan dan dapat menarik kelembapan.
  • Gula: Bahan semulajadi ikonik yang kami perkenalkan dalam industri kecantikan. Ia terbukti dapat memberi hidrasi berpanjangan dan mengunci kelembapan.

Ketahui lebih mendalam tentang bahan hidrasi kegemaran ramai di sini.


Emolien

Terbaik untuk: Kulit kering atau kulit berumur.


Jika anda inginkan kompleksi yang lembut, kuat dan licin, emolien adalah calon paling tepat. Bahan in akan mengisi ruang-ruang dalam kulit anda yang kurang kelembapan, seterusnya melembutkan kulit kasar.


  • Shea butter: Kaya dengan kelembapan dan bernutrisi, mampu menyerap dengan mudah dan melembapkan kekeringan.
  • Squalene: Minyak berasaskan tumbuhan yang membantu mencegah kehilangan kelembapan dan melindungi kulit.
  • Seramida: Lipid yang menyerupai kulit dan menguatkan pengahalang kulit untuk menghalang kehilangan lembapan dan dehidrasi

Okslusif

Terbaik untuk: Kulit yang sangat kering atau kulit rosak


Occlusive merupakan pembina penghalang semula jadi untuk kulit. Ia akan mengunci hidrasi dengan membentuk lapisan perlindungan pada permukaan serta mengurangkan kehilangan air.


  • Petrolatum: Biasanya ditemui pada krim pekat dan ointment.
  • Beeswax: Penghalang semula jadi yang mengunci kelembapan.
  • Dimethicone: Sejenis silikon yang menghalang kehilangan air trasepidermal.

Kenali bahan hidrasi hebat fresh

Rose Deep Hydration Collection dapat melegakan kulit yang kering. Produk hidrasi ini mengandungi ros damask. Kami sendiri pergi ke Rose Valley, Bulgaria untuk memilih 200 spesis ros di sana. Ekstrak pelbagai guna ini dapat menguatkan penghalang kelembapan kulit dan meningkatkan lagi tahap HA untuk kulit yang kaya dengan kelembapan. Kami hasilkan koleksi ini untuk membuatkan kulit anda kelihatan dan rasa terhidrat, dari pagi hingga ke malam.


Rose Deep Hydration Toner membina peghalang kulit yang kuat an membersihkan kotoran yang membuatkan pori tersumbat. Kulit akan kelihatan lebih terhidrat dan sihat. Toner ini mengandungi ekstrak ros damask untuk menguatkan kulit dan mengunci hidrasi mendalam. Sementara itu, air ros/mawar pula memberi kelembutan, manakala ekstrak buah ros membantu mengurangkan pori yang ketara untuk kulit lebih lembut dan bersih. Dan, sudah pasti ros yang digunakan adalah kelopak ros sebenar.


Rose Deep Hydration Oil-Infused Serum memberi khasiat dan membuatkan kulit lebih gebu. Dengan hanya sedikit goncangan, dua bahan akan bercampur menjadi serum lembut yang mengandungi air dan minyak yang seimbang. Melalui kombinasi air ros, ros damask, dan minyak bernutrisi yang ringan, toner ini mampu menghidrasi dengan mendalam tanpa meninggalkan kesan berminyak.


Rose and Hyaluronic Acid Deep Hydration Moisturizer membina penghalang yang kuat untuk melawan kekeringan. Kulit akan kelitahan terhidrat dan sihat. Ekstrak ros damask menguatkan kulit untuk mengunci hidrasi. Sementara itu, asid hialuronik akan memberi hidrasi pada permukaan epidermis dan bahagian lebih dalam untuk melembapkan kulit dengan segera, agar kulit kekal terhidrat sepanjang hari.


Kekal terhidrat dan bersinar dengan fresh

Sama seperti diri anda, kulit juga sesuatu yang unik. Anda perlu memahami apa yang kulit anda perlukan sebagai langkah pertama untuk kulit kelihatan bersinar dan terhidrat. Dengan produk hidrasi yang kami syorkan ini, sudah pasti anda dapat memiliki kelembapan kulit yang semua orang inginkan.

Author Profile
blog author Brittan Bates

Brittan Bates

Global Brand Storytelling

Written by Brittan Bates for Fresh. Brittan is an NYC-based writer, editor, and storyteller with 9 years of experience spanning digital and print journalism, copywriting, brand strategy, and more. Her work has appeared in publications such as Teen Vogue and brands including Diane von Furstenberg, abc carpet & home, FRĒDA SALVADOR, and more.