Peranan Humektan pada Kulit Kita?

Brittan Bates

Global Brand Storytelling

4 min read

Skincare Education

Ketahui bahan yang memerangkap lembapan dalam produk kecantikan anda

humectant for skin

Kita sememangnya tahu bahawa hidrasi merupakan kunci untuk mendapatkan kulit yang sihat dan berseri. Tetapi, walaupun anda minum air dengan banyak dan makan secara diet yang seimbang, faktor persekitaran seperti cuaca yang teruk, pencemaran dan penghawa dingin boleh menyebabkan kekeringan dan dehidrasi.


Di sinilah humektan memainkan peranannya. Humektan merupakan sejenis bahan penjagaan kulit yang menarik dan memerangkap kelembapan dari persekitaran ke permukaan kulit. Fungsi ini dapat memastikan kulit sentiasa dalam keadaan terhidrasi dan lembap. Kami akan kongsikan info humektan dari sudut sains dengan lebih mendalam dan bagaimana humektan dapat memberi manfaat kepada rutin harian anda.

Apa itu humektan?

Humektan atau humectant ialah bahan yang menarik dan memerangkap molekul air. Humektan berfungsi dengan menarik kelembapan dari udara dan lapisan kulit yang lebih dalam untuk memastikan kulit kekal terhidrat dan lembut. Fungsi ini boleh berlaku secara semula jadi dalam badan, seperti asid hialuronik, atau sintetik contohnya seperti gliserin dan urea. Tidak kira dari mana sumbernya, semuanya memiliki fungsi yang sama: memerangkap kelembapan dan mencegah kekeringan, kelupasan dan kasar.


Apabila humektan bersentuhan dengan kulit anda, ia akan menarik molekul air ke permukaan. Kemudian, molekul air tersebut akan diserap ke lapisan atas kulit dan akan bergabung dengan molekul humektan. Proses ini menghasilkan kesan hidrasi yang akan membuatkan kulit anda kekal lembap dan lembut. Dengan meningkatkan tahap kelembapan, kompleksi kulit anda akan menjadi lebih sihat dan bersinar.


Manfaat menggunakan humektan dalam rutin penjagaan kulit anda

Humektan memiliki keupayaan yang unik untuk menarik dan mengunci kelembapan. Selain itu, ia juga sesuai untuk semua jenis kulit dan merupakan komponen penting dalam sebarang rutin penjagaan kulit. Dengan menggunakan pelembab humektan, anda boleh mendapatkan manfaat seperti berikut:


  1. Meningkatkan hidrasi: Salah satu manfaat ketara humektan adalah keupayaan menghidrasi kulit. Humektan akan menarik kelembapan dari persekitaran dan memerangkapnya di dalam kulit. Keadaan ini menghasilkan satu perlindungan kelembapan yang membantu kulit kekal terhidrat dan segar.
  2. Menambahbaik keanjalan kulit: Penggunaan humektan secara kerap akan menambah baik keanjalan kulit dengan meningkatkan tahap hidrasi. Keadaan ini akan membantu mengurangkan keterlihatan garisan halus serta kedut dan semestinya membuatkan kulit anda kelihatan lebih muda.
  3. Perlindungan terhadap stressors persekitaran: Tidak hanya berfungsi untuk menghidrasi kulit, humektan juga membantu melindungi kulit daripada punca tekanan dari persekitaran yang juga dikenali sebagai seperti pencemaran, sinar UV dan cuaca yang teruk. Kulit yang terhidrat dan lembap lebih mampu mempertahankan secara sendiri terhadap tekanan luaran.

Dengan sentiasa mengekalkan kulit dalam keadaan terhidrat, lembap dan dilindungi, anda boleh memiliki kompleksi kulit yang lebih muda dan sihat.


Humektan yang biasa ditemui dalam penjagaan kulit

Terdapat beberapa jenis humektan yang biasanya digunakan dalam penjagaan kulit dan setiap humektan menawarkan manfaat tersendiri.


  • Gliserin: Antara humektan yang paling popular digunakan dalam produk penjagaan kulit. Gliserin merupakan humektan semula jadi yang terdapat di dalam kulit. Gliserin membantu menarik kelembapan dari persekitaran dan mengunci kelembapan tersebut pada kulit. Sifat gliserin yang lembut, tidak menyebabkan kegatalan, dan sesuai untuk semua jenis kulit membuatkan ia menjadi salah satu humektan terbaik untuk kulit anda.
  • Asid Hialuronik: Satu lagi humektan yang lazim digunakan dalam produk penjagaan kulit. Bahan ini sangat berkesan sebagai agen hidrasi. Ini kerana asid ini memiliki keupayaan menyerap air sehingga 1,000 kali ganda daripada beratnya. Asid hialuronik sangat bagus untuk kulit kering atau mengalami dehidrasi. Ia dapat membantu membuatkan kulit lebih tegang serta sihat dan dalam masa yang sama menambah baik tekstur dan rona warna kulit.
  • Urea: Urea ialah sebatian yang dihasilkan secara semulajadi yang terdapat pada sel kulit kita. Penggunaan urea dalam penjagaan kulit telah lama dipraktikkan disebabkan ciri-ciri kelembapannya. Urea membantu menyingkirkan sel kulit mati dan meningkatkan kandungan air pada kulit. Ia kerap digunakan untuk produk merawat kulit kering, kasar dan mengelupas.
  • Aloe Vera: Tumbuhan yang juga dikenali sebagai lidah buaya ini merupakan humektan semula jadi yang telah digunakan untuk melembutkan dan melembabkan kulit sejak sekian lama. Aloe Vera membantu mengurangkan radang dan kemerahan serta menghidrasi kulit. Pilihan ideal bagi mereka yang memiliki kulit sensitif dan mudah mengalami akne, aloe vera sememangnya humektan terbaik untuk kulit yang memerlukan TLC (treatment, love dan care)
  • Madu: Tidak hanya membuatkan teh anda menjadi lebih sedap, manisan ini juga berperanan sebagai humektan yang bagus untuk kulit anda. Madu dapat membantu menarik kelembapan dari udara dan mengunci kelembapan tersebut ke dalam kulit serta memiliki sifat anti oksida dan anti bakteria untuk kulit. Bagi mereka yang mengalami kulit kering dan matang, madu merupakan humektan yang ideal memandangkan ia dapat membantu mengurangkan keterlihatan garisan halus dan kedut sambil memberikan hidrasi dalam tempoh yang lama.

Bagaimana menggunakan humektan dalam rutin penjagaan kulit anda

Terdapat pelbagai jenis produk penjagaan kulit yang mengandungi humektan. Jadi, penting untuk anda kenal pasti kandungan humektan dalam sesuatu produk. Untuk memastikan hidrasi yang mencukupi, anda boleh masukkan produk yang mengandungi humektan yang kami akan kongsikan ini dalam runtin penjagaan kulit anda.


Membersih muka merupakan langkah terpenting dalam mana-mana rutin penjagaan kulit. Tidak kira walau seringkas mana rutin penjagaan kulit anda, pembersih hidrasi dapat membuatkan kulit anda kekal lembap dan sihat. Produk Sugar Strawberry Exfoliating Face Wash sesuai untuk penggunaan harian kerana kelembutannya. Pembersih muka ini dapat berfungsi membersih secara deep cleansing serta melembutkan tekstur kulit secara sekaligus dalam satu langkah sahaja. Dirumus dengan gliserin dan juga ekstrak strawberi, minyak biji anggur, dan kristal gula putih. Bagi setiap basuhan, kulit anda akan ditenangkan, dimanjakan dan diseimbangkan agar anda dapat menikmati kulit yang bersih serta lembut. Untuk skrub yang lebih berkesan dan dapat menyingkirkan sel mati secara menyeluruh pada kulit, dapatkan Sugar Face Polish Exfoliator— mengandungi humektan yang tidak memberi reaksi kegatalan pada kulit anda.


Sekiranya anda inginkan kulit dirawat ketika anda sedang dibuai mimpi, sapukan Rose Deep Hydration Sleeping Mask sebelum tidur dan bangkit dengan kulit yang lebih lembut dan berseri. Asid hialuronik akan menarik air ke lapisan permukaan kulit untuk menyegarkan semula kompleksi manakala esktrak mawar damask pula akan menguatkan penghalang kulit. Sementara itu, air mawar akan menenangkan dan melembutkan kulit. Teknologi pelepasan berkadar masa yang terdapat pada formulasi produk ini menghasilkan rangkaian mikro penghidratan pada permukaan kulit, di mana ia dilepaskan secara perlahan untuk kelembapan berpanjangan.


Adakah anda rasa tangan anda agak kasar dan kering? Pastikan krim pelembab tangan kami sentiasa berada di dalam beg tangan untuk penghidratan di mana sahaja anda berada. Luxorius formula kami boleh diperolehi dalam tiga aroma—Fresh Honeysuckle, Hesperides Grapefruit, dan Citron de Vigne—dan mengandungi shea butter berkhasiat tinggi serta variasi humektan lain dan minyak vitamin E untuk kulit lebih lembut dan licin.


Sihat dan terhidrat, melalui fresh

Apa yang diperlukan oleh kulit anda berubah seiring dengan peningkatan umur meningkat dan juga peralihan musim. Pemikiran dan produk yang segar membolehkan anda mengadaptasi perubahan yang dengan diperlukan dengan menjaga kesihatan kulit dengan bahan yang berkesan dan formula yang disokong kajian sains. Rancang sendiri rutin harian anda dengan bantuan pakar penjagaan kulit dari kami.


Author Profile
blog author Brittan Bates

Brittan Bates

Global Brand Storytelling

Written by Brittan Bates for Fresh. Brittan is an NYC-based writer, editor, and storyteller with 9 years of experience spanning digital and print journalism, copywriting, brand strategy, and more. Her work has appeared in publications such as Teen Vogue and brands including Diane von Furstenberg, abc carpet & home, FRĒDA SALVADOR, and more.