Manfaat Minyak Biji Borage untuk kulit

Brittan Bates

Global Brand Storytelling

3 min read

Skincare Education

Dapatkan kulit yang sihat dan segar melalui asid lemak yang perlu

borage seed oil

Jika anda sedang mencari penyelesaian bersifat semula jadi untuk mendapatkan kulit yang lembut dan bersinar, minyak biji borage atau juga dikenali borage seed mungkin adalah jawapannya. Bahan berkhasiat tinggi ini dikatakan telah menukar landskap dunia penjagaan kulit disebabkan oleh kepelbagaian manfaat ditawarkan. Daripada mengatasi keradangan kulit sehinggalah kepada keterlihatan garisan halus dan kedutan, minyak biji borage merupakan keajaiban semula jadi yang sememangnya perlu ada dalam rutin penjagaan kulit anda. Ketahui sama ada minyak ini sesuai dengan jenis kulit anda dan bagaimana cara penggunaannya dalam rutin harian anda.

Apa itu minyak biji borage?

Jenis bahan: Minyak emolien kaya dengan Omega


Siapa yang patut gunakannya: Minyak ini sangat bagus untuk kulit berminyak dan kulit kering.


Kekerapan penggunaan: Gunakan dalam rutin penjagaan kulit waktu pagi dan petang


Minyak biji borage merupakan minyak semula jadi yang diekstrak daripada tanaman bunga borage yang juga dikenali sebagai starflower. Tumbuhan ini berasal dari wilayah Mediterranean dan telah digunakan untuk tujuan perubatan sejak berkurun lama. Minyak ini terkenal dengan khasiat anti-radang yang tinggi dan telah digunakan untuk merawat pelbagai keadaan kulit.


Minyak biji borage juga kaya dengan nutrien lain seperti asid lemak omega-3 dan omega-6, mineral serta vitamin. Nutrien tersebut penting untuk mengekalkan kulit yang sihat, mengurangkan keradangan, dan mencegah penuaan pramatang. Minyak ringan dan tidak terlalu berminyak ini begitu mudah diserap oleh kulit. Ciri-ciri tersebut membuatkan minyak ini sesuai dimasukkan dalam sebarang rutin penjagaan kulit.


Kebaikan minyak biji borage dan penggunaannya

Terkenal dengan pelbagai manfaat untuk kulit, minyak ini kaya dengan asid linolenik gamma (GLA), asid lemak penting yang membantu mengekalkan fungsi kulit sebagai penghalang dan menambah baik penghidratan. Keadaan tersebut seterusnya dapat melembutkan kulit kering dan mengalami kerengsaan (irritation) serta mencegah tanda-tanda penuaan. Berikut adalah manfaat utama yang ditawarkan oleh minyak biji borage untuk kulit.


  1. Pelembab: Minyak borage seed merupakan emolien semulajadi. Jadi minyak ini dapat membantu melembutkan dan membuatkan kulit terhidrat. Selain itu, minyak ini juga mempunyai khasiat anti radang yang boleh melembutkan dan menenangkan kulit yang kering dan rengsa.
  2. Anti-penuaan: Kandungan GLA dalam minyak biji borage telah terbukti bermanfaat dalam memperlahankan penuaan seperti mengurangkan kemunculan garisan halus serta kedutan dan dalam masa yang sama membuatkan kulit kekal lebih tegang dan anjal.
  3. Mengatasi akne: Minyak borage seed juga berkesan dalam melawan akne disebabkan ia mempunyai ciri-ciri anti bakteria yang dapat membantu mencegah pertumbuhan bakteria yang boleh membuatkan liang tersumbat.
  4. Menenangkan: Minyak ini memiliki khasiat anti radang dan telah terbukti memberi ketenangan pada kulit—sangat sesuai untuk mereka yang memiliki kulit sensitif dan reaktif. Minyak ini dapat membantu mengurangkan kemerahan dan kerengsaan, dan merehatkan kulit selepas terdedah kepada stressor berpunca dari persekitaran.
  5. Ringan: Ringan dan memiliki keupayaan menyerap yang tinggi. Minyak ini tidak akan membuatkan kulit anda terasa berminyak atau bergris. Ciri-ciri tersebut membuatkan minyak ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit—termasuk bagi mereka yang memiliki kulit yang berminyak atau mudah mengalami breakout—tanpa membuatkan liang menjadi tersumbat.

Kesimpulannya, minyak biji borage merupakan bahan yang sangat berguna untuk dimasukkan dalam rutin penjagaan kulit anda sekiranya anda mencari penjagaan kulit yang efektif dan lembut. Minyak ini boleh digunakan sebagai minyak pada muka (facial) atau sebagai elemen pelembab atau juga sebagai serum untuk menggalakan nutrisi dan hidrasi pada kulit.


Cara gunakan minyak biji borage sebagai sebahagian rutin penjagaan kulit anda

Adakah anda ingin dapatkan manfaat yang ditawarkan oleh minyak berkhasiat ini tanpa perlu menambah langkah dalam rutin penjagaan kulit anda? Dapatkan Soy pH-Balanced Hydrating Face Wash. Pembersih paling laris kami ini merupakan sebahagian daripada rutin penjagaan kulit yang paling asas. Pembersih ini juga mengandungi pelbagai ramuan berkhasiat untuk kulit—termasuk minyak biji borage—bagi menyediakan keadaan terhidrat setiap hari, dua kali sehari. Produk ini menggabungkan khasiat penyumbuhan dari aloe vera, ekstrak timun yang menyejukkan dan protein soya yang menggalakkan kompleksi. Selain itu, formula yang lembut namun tetap berkesan ini juga menawarkan manfaat yang dimiliki oleh minyak biji borage dan dalam masa yang sama membersihkan wajah anda secara deep cleasing serta membuang semua kesan alat solek dan kekotoran.


Sentiasa simple, sentiasa fresh

Ketahui bahan penjagaan kulit terbaik apabila anda mendapatkan produk di fresh. Selamat, berkesan dan mudah digunakan. Rangkaian produk penjagaan kulit dan badan kami mengambil inspirasi dari alam semula jadi dan disokong oleh sains untuk membuatkan kulit anda kekal bersinar, sihat dan segar sepanjang tahun.

Author Profile
blog author Brittan Bates

Brittan Bates

Global Brand Storytelling

Written by Brittan Bates for Fresh. Brittan is an NYC-based writer, editor, and storyteller with 9 years of experience spanning digital and print journalism, copywriting, brand strategy, and more. Her work has appeared in publications such as Teen Vogue and brands including Diane von Furstenberg, abc carpet & home, FRĒDA SALVADOR, and more.