Skin Streaming: Apa yang anda perlu tahu

Tori Douglas

Global Digital

3 min read

Skincare Education

Ketahui apa itu skin streaming dan adakah trend ini perlu dalam penjagaan kulit anda.

skin streaming trend

Mungkin sesuatu yang normal bagi peminat kecantikan diri bahawa rutin penjagaan kulit kini lebih kompleks. Namun, bertentangan dengan anggapan tersebut, trend terkini sebenarnya lebih membuatkan penjagaan kulit menjadi lebih mudah. Salah satu trend popular adalah penstriman kulit atau skin streaming. Walaubagaimanapun terdapat pendapat pakar yang mengatakan amalan tersebut telah dipraktikkan sejak sekian lama.

Apa itu skin streaming?

Skin streaming membuat rutin penjagaan kulit anda lebih mudah dan hanya melibatkan tiga atau empat langkah penting. Tidak dinafikan terdapat banyak produk penjagaan kulit di pasaran. Namun, tidak semua orang mengambil peluang untuk memaksimumkan rutin penjagaan dengan melakukan perkara seperti kitaran kulit atau kenal pasti bahan aktif dalam tujuh atau lapan langkah penjagaan kulit setiap hari. Praktis skin streaming, atau juga dikenali sebagai streamlining didorong oleh keinginan untuk mengurangkan bilangan serta perbelanjaan ke atas produk penjagaan kulit, dan meminimumkan rutin penjagaan kulit dengan hanya menggunakan langkah asas. Skin streaming sememangnya bagus untuk kulit, kewangan anda dan juga alam sekitar.


Manfaat skin streaming

Apabila anda gunakan produk penjagaan kulit, kulit muka akan menyerap semua produk tersebut. Selepas diserap, produk tersebut akan mengambil masa untuk mula memainkan peranan pada kulit. Namun, jika anda menggunakan variasi produk yang terlalu banyak, kulit anda tidak akan mampu menyerap semua produk tersebut. Jadi, hanya gunakan apa yang diperlukan sahaja untuk memperkemaskan (streamline) rutin penjagaan kulit. Jika anda sudah biasa menggunakan enam produk, cuba pilih tiga produk yang paling penting. Selain itu, anda juga perlu mencari kombinasi yang betul untuk produk tersebut.


Manfaat skin streaming boleh dilihat apabila masa yang digunakan untuk penjagaan kulit harian dan juga wang yang dibelanjakan menjadi berkurangan. Di samping itu, ia juga memberi impak positif terhadap alam sekitar memandangkan penggunaan produk telah diminimumkan dan bahan terbuang telah dikurangkan. Selain itu, risiko keradangan (irritation) hasil daripada penggunaan pelbagai produk juga dapat dikurangkan. Memandangkan kulit kita memerlukan rehat dari semasa ke semasa, jika tidak terlalu banyak produk digunakan pertumbuhan kulit akan menjadi lebih sihat.


Bagaimana memulakan skin streaming

Pertama sekali, anda perlu beri perhatian pada bahan yang terdapat pada produk anda. Bagi mereka yang menggunakan sebarang produk yang disarankan oleh dermatologis, kekalkan produk tersebut dalam rutin anda. Selain itu, tidak salah untuk dapatkan pendapat juru kecantikan atau dematologis berkenaan jenis kulit anda jika anda tidak mempunyai pengetahuan mendalam tentang penjagaan kulit.


Penjagaan kulit sentiasa menitikberatkan perkara asas seperti pembersih atau cleanser dan produk penghidrat. Untuk dapatkan hasil terbaik, rutin atau bahagian pembersihan dalam rutin penjagaan kulit anda perlu dilakukan dengan betul. Walaupun terdapat banyak pilihan balsem, minyak dan krim di pasaran, anda perlu memilih dengan bijak.


Kulit perlu dihidrasi selepas dibersihkan. Anda mesti memilih sama ada serum atau pelembab atau kedua-duanya yang terbaik untuk anda. Ia bergantung kepada kulit anda. Serum merupakan produk ringan yang mengandungi bahan aktif khusus untuk masalah tertentu pada kulit. Sementara itu, fungsi utama pelembab adalah untuk menghalang kulit anda daripada kehilangan air. Jika anda rasa ingin gunakan kedua-dua produk, anda perlu gunakan serum dahulu dan diikuti dengan pelembab.


Kemudian, anda perlu tentukan jika anda perlu produk berbeza untuk mata dan bibir. Sudah tentu ia bergantung kepada jenis kulit anda. Sekiranya anda memiliki kulit yang kering, anda perlu memilih pelembab occlusive, iaitu berfungsi dengan menghalang lembapan terbebas dari kulit. Pelembab jenis ini mungkin tidak berkesan pada bahagian lain wajah anda jika anda menggunakan serum yang kuat sebagai produk asas (base product).


Akhir sekali, sentiasa gunakan sunscreen (pelindung matahari) sebagai sebahagian daripada proses skin streaming anda. Malah, boleh kami katakan sebagai wajib untuk anda lakukan! Sebenarnya, penggunaan sunscreen adalah salah satu cara terbaik untuk mengekalkan kulit yang sihat dan menghalang kerosakan pada kulit di kemudian hari.


Bila anda boleh mulakan skin streaming

Anda boleh mulakan pada bila-bila masa, memandangkan keperluan dalam penjagaan kulit anda mungkin berubah mengikut keadaan. Sekiranya anda rasakan sukar untuk kekalkan rutin penjagaan kulit anda, sudah tiba masanya untuk anda beralih kepada skin streaming.


Bagaimana untuk susun semula rutin streaming dalam penjagaan kulit anda

Kurangkan rutin exfoliation dan hanya guna jika diperlukan sahaja. Anda boleh cuba gunakan serum selang sehari berbanding setiap hari untuk mengelakkan penggunaan banyak yang terlalu banyak. Jadi, kami sarankan anda mencuba Crème Ancienne Face Oil Elixir, yang menggabungkan minyak berkhasiat yang berupaya menyerap dengan cepat dan menambah baik ketahanan dan kelembutan kulit. Pilih bahan yang dirumus untuk menghidrasi dan kurang potensi menyebabkan radang jika digunakan dengan bahan efektif seperti vitamin C dan B5.


Dapatkan produk penjagaan kulit terbaik di fresh

Di fresh, semua keperluan kulit anda pasti dapat dipenuhi dengan pelbagai rangkaian produk kami. Tidak kira sama ada anda mencari penjagaan kulit yang ringkas atau pelbagai jenis esen dan serum, pasti terdapat produk yang sesuai untuk anda di fresh.

Author Profile
blog author tori

Tori Douglas

Global Digital

Written by Tori Douglas for Fresh. Tori is a NYC-based digital and brand strategist. Tori has worked for various publications and brands such as Kiehl's, The Body Shop, Deux Hommes Magazine, and Elite Daily with her expertise lying in the fashion & beauty space.