Adakah Udara dalam Penerbangan Tidak Bagus untuk Kulit

Brittan Bates

Global Brand Storytelling

4 min read

Skincare Education

Dapatkan jawapan mengapa udara dalam penerbangan tidak bagus untuk kulit anda. Selain itu, ketahui apa yang anda boleh lakukan untuk menghalang kulit menjadi dehidrasi dan kelihatan kusam apabila tiba di destinasi.

airplane air bad for skin

Penerbangan udara kadang-kala boleh memenatkan. Interaksi dengan penumpang lain dan ruang tempat duduk yang kecil, semuanya boleh membuatkan anda rasa penat. Anda mungkin rasakan perkara tersebut sebagai punca mengapa kita kelihatan lesu di akhir penerbangan jarak jauh. Kelesuan tersebut sebenarnya, bukan sekadar disebabkan beratur panjang atau bersesak dengan ramai penumpang. Di dalam kapal terbang, udara yang beredar adalah kering dan tidak mengandungi cukup oksigen, kulit mengalami dehidrasi—walaupun untuk penerbangan jarak dekat— seterusnya membuatkan anda kelihatan letih. Untuk mengatasi keadaan ini, anda perlukan penjagaan kulit untuk penerbangan selain daripada rutin penjagaan harian anda.

Apakah yang berlaku pada kulit anda semasa dalam penerbangan?

Pendedahan kepada altitud tinggi boleh boleh mengundang beberapa punca tekanan atau stressor pada kulit kita. Semasa dalam penerbangan, keadaan seperti kelembapan yang berkurang, suhu yang berubah-ubah, perubahan tekanan barometrik, dan peningkatan pendedahan terhadap radiasi ion akan berlaku. Stressor ini akan memberi kesan, dan bergantung kepada jenis kulit, umur, masalah tertentu pada kulit dan tempoh penerbangan.


Banyak syarikat penerbangan telah memasang penapis HEPA untuk mengekalkan udara lebih bersih di dalam pesawat. Namun, masih ramai yang mendapati keadaan kulit mereka menjadi lebih teruk selepas melalui penerbangan jarak jauh. Jika anda sedang membuat persediaan untuk penerbangan anda boleh pertimbangkan untuk tambah rutin penjagaan sebelum penerbangan dalam perancangan anda.


Bagaimana cara untuk merancang rutin penjagaan kulit sebelum penerbangan

Sekiranya anda khuatir bagaimana udara ketika dalam penerbangan boleh memberi kesan kepada kulit, anda boleh masukkan gliserin dan asid hialuronik dalam senarai bahan untuk penjagaan kulit terbaik untuk penerbangan. Mari kita lihat produk yang boleh dimasukkan dalam senarai untuk pastikan kulit anda kekal terhidrasi ketika dalam penerbangan.


1. Buat persiapan untuk kulit sebelum penerbangan

Rose & Hyaluronic Acid Deep Hydration Toner merupakan toner harian bersifat non-stripping dengan kelopak bunga mawar sebenar dan asid hialuronik yang mengecilkan liang pori serta meningkatkan hidrasi pada kulit. Dalam penjagaan kulit, toner sememangnya agen keseimbangan terbaik dan sudah tentu menjadi cara yang ideal untuk dapatkan keseimbangan pada kulit sebelum penerbangan. Toner juga berperanan membantu kulit anda mengekalkan kelembapan agar tidak menjadi terlalu berminyak atau kering.


2. Beri perhatian pada mata anda

Mata anda seakan mampu memberitahu tentang diri anda! Mata dapat menunjukkan jika anda berada dalam keadaan tertekan, tidak cukup air atau kepenatan. Malah, kulit sebenarnya lebih nipis dan lembut di kawasan mata anda. Keadaan ini menyebabkan kulit di bawah mata anda menjadi menyusut, bengkak, atau kelihatan kusam dan gelap. Rose Hydrating Eye Gel Cream merupakan krim gel yang ringan namun memiliki keberkesanan tinggi. Ia mengandungi dengan asid hialuronik yang membantu mata kekal terhidrat dan mengembalikan kesegaran pada mata yang sembab serta kurangkan tanda-tanda ketara jet lag, stres dan kepenatan.


3. Refresh di pertengahan penerbangan

Selain daripada persediaan sebelum berlepas, anda juga perlu memiliki penjagaan kulit ketika penerbangan untuk kekal segar di pertengahan penerbangan. Jangan risau kerana ia tidaklah begitu sukar. Antara penjagaan kulit yang boleh dilakukan adalah dengan menitiskan Kombucha 2-in-1 No Rinse Cleanser & Prebiotic Treatment pada kapas dan sapukan pada muka untuk menyerap minyak terkumpul dan bau yang memenuhi ruang dalam kapal terbang. Di samping itu, produk ini juga membantu kulit kekal seimbang dan dilindungi.


4. Selektif terhadap minuman yang anda minum

Minuman beralkohol, kopi dan soda akan membuatkan kulit menjadi kering dan mungkin menyebabkan breakout (masalah) pada kulit. Dengan keadaan dalam kapal terbang yang kering, sekiranya jenis minuman tersebut diminum ia boleh menyebabkan kulit menjadi bertanda dan kusam. Tahukah anda, badan kita akan kehilangan satu cawan air bagi setiap jam anda berada di udara? Jadi, air adalah pilihan terbaik untuk anda kekal terhidrasi.


5. Jangan lupa lip balm

Elakkan bibir menjadi pecah dengan Sugar Mango Hydrating Lip Balm. Lip balm lembut berperisa buah mangga ini mengekalkan kelembapan 24 jam untuk bibir yang licin dan gebu. Ramun utama lip balm ini adalah minyak biji anggur, isirung aprikot dan Vitamin E.


6. Gunakan pelembab apabila apabila sudah mendarat

Perjalanan udara tidak semestinya perlu membawa banyak produk kecantikan diri. Namun begitu, pelembab merupakan produk yang mesti dibawa. Lotus Antioxidant Daily Moisturizer kami merupakan pelembab ringan yang memberikan perlindungan anti oksida dan lebih bersinar untuk penampilan awet muda. Hasil daripada ramuan utama pelembab ini—termasuk vitamin E, Super Lotus dan asid hialuronik—rutin ringkas penjagaan kulit untuk hidrasi ini membuatkan kulit anda tidak terasa kering dan mengelupas selepas penerbangan.


Kesimpulan

Penjagaan kulit terbaik untuk penerbangan mengandungi bahan yang lembut dan memberi penghidratan. Jangan pandang ringan tentang perlunya kulit dalam keadaan terhidrasi dan lembab. Rutin ringkas penjagaan kulit untuk hidrasi boleh membantu menghalang kesan buruk yang berpunca daripada udara dalam penerbangan. Produk kami seperti Rose Deep Hydration Oil-Infused Serum merupakan satu cara yang bagus untuk memastikan kulit anda kekal lembab apabila selamat tiba di destinasi.


Dapatkan produk penjagaan kulit terbaik di fresh

Kami di fresh, menggabungkan bahan semulajadi yang berkeberkesanan tinggi dan sains moden untuk produk penjagaan kulit yang dapat memberi kepuasan dan hasil terbaik. Dapatkan produk penjagaan kulit terbaik yang sesuai dengan keperluan harian anda serta dapat menghalang kulit kering penerbangan ke mana sahaja destinasi anda.

Author Profile
blog author Brittan Bates

Brittan Bates

Global Brand Storytelling

Written by Brittan Bates for Fresh. Brittan is an NYC-based writer, editor, and storyteller with 9 years of experience spanning digital and print journalism, copywriting, brand strategy, and more. Her work has appeared in publications such as Teen Vogue and brands including Diane von Furstenberg, abc carpet & home, FRĒDA SALVADOR, and more.