SHOP NOW
Asid Polyglutamic vs. Asid Hialuronik
Sara Anderson
Global Brand Storytelling
5 min read
Industri kecantikan merangkumi pelbagai jenis produk, bahan, trend, dan keadaan ini boleh menjadi sangat mengujakan dalam menentukan produk apa yang semestinya berbaloi dengan masa dan juga wang anda.
Asid hialuronik bukanlah asing dalam industri ini, dan anda juga sememangnya telah mendengar bermacam kebaikan daripada bahan ini. Walau bagaimanapun, asid polyglutamic merupakan bahan baharu yang diperkenalkan oleh industri kecantikan dan telah menjadi trend di seluruh media sosial.
Jadi, bahan manakah yang lebih baik? Apakah manfaat asid polyglutamic untuk kulit, dan apakah perbezaan manfaatnya berbanding asid hialuronik?
Asid polyglutamic (PGA), atau sodium poliglutamat, ialah pelembap dan penghidrat berkuasa yang boleh menarik lembapan lalu menguncinya. Ia terhasil melalui kumpulan molekul asid glutamic, yang merupakan jenis asid amino.
Selain daripada sifatnya yang menyimpan air, ia juga merangsang kulit untuk menghasilkan lembapan pada tahap sel.
Asid hialuronik ialah sejenis glikosaminoglikan, iaitu rantaian panjang gula yang terikat dengan molekul air. Ia terhasil secara semula jadi di dalam tubuh kita, sendi, dan juga mata. Seperti asid polyglutamic, asid hialuronik ialah pelembap yang menarik dan menyimpan lembapan, tetapi oleh kerana molekul asid hialuronik lebih rendah, ia dikenal pasti dapat menembusi lapisan kulit dengan lebih mendalam.
Seperti yang dimaklumkan, asid polyglutamic merupakan pelembap yang sangat hebat. Ia mampu menahan sehingga 4000 kali beratnya di dalam air, menarik dan mengekalkan lembapan ke dalam kulit. Ia mempunyai molekul yang lebih berat (2,000kDa) berbanding banyak jenis pelembap yang lain, bermakna ia menghidratkan permukaan kulit, lalu menjadikannya kelihatan lebih gebu dan halus.
Garis halus dan kedutan akan lebih jelas kelihatan sekiranya kulit mengalami dehidrasi. Dengan menarik lembapan secara tahap yang tinggi dan menguncinya, ia dapat menggebukan kulit lalu mengurangkan kemunculan garis halus dan kedutan.
Selain daripada keupayaannya melembapkan kulit, ia juga meningkatkan penghasilan faktor pelembap semula jadi kulit. Polyglutamic boleh menghalang enzim yang memecahkan asid hialuronik. Ini melindungi prestasi asid hialuronik semula jadi kulit, begitu juga asid hialuronik yang digunakan secara topikal.
Kulit jenis lebih kering akan menikmati lebih banyak manfaat daripada produk asid polyglutamic, tetapi semua jenis kulit juga akan turut bertambah baik dengan penggunaannya.
Manfaat nombor satu asid hialuronik adalah penghidratan kulit. Pelembap yang sangat ini boleh menahan hingga 1000 kali beratnya di dalam air. Asid hialuronik dihasilkan secara semula jadi melalui tubuh, namun penghasilan itu akan menjadi perlahan dan berkurangan tatkala memasuki usia 25 tahun. Penggunaan asid hialuronik membantu menggantikan tahap ini, mengekalkan kelembutan, keserian dan kelembapan permukaan kulit.
Asid hialuronik mempunyai pelbagai jenis saiz molekul, tetapi ia sentiasa mempunyai molekul yang lebih ringan berbanding asid polyglutamic. Ini bermakna ia mampu menembusi lapisan kulit dengan lebih mendalam.
Anda sememangnya boleh menggunakan kedua-dua bahan ini dalam rutin penjagaan kulit anda. Malah, asid polyglutamic juga melindungi sifat asid hialuronik, jadi kedua-dua bahan penghidrat yang sungguh hebat ini amat baik jika digunakan bersama.
Fresh Lotus Youth Preserve Resurfacing Dream Serum ialah serum asid polyglutamic yang melembap dengan mendalam dang boleh digunakan bersama beberapa produk asid hialuronik kami, seperti Rose Deep Hydration Balancing Emulsion, Tea Elixir Skin Resilience Activating Serum, Black Tea Firming Overnight Mask, dan Kombucha Facial Treatment Essence.
fresh telah menghasilkan inovasi kecantikan dan produk penjagaan kulit semenjak tahun 1991. Produk kami yang berkesan, selamat, dan lembut ini memanfaatkan kemujaraban alam semula jadi dari seluruh dunia untuk membangkitkan sensasi dan memperbaiki kulit.
Terokai rangkaian produk kami – kulit anda akan menikmati kebaikan, tidak kira apa jua jenis kulit anda.
Written by Sara Anderson for Fresh. Sara is a NYC-based global marketer and beauty content strategist. Sara has 12+ years of experience conceptualizing and producing original content in beauty, fashion, music, and entertainment. Sara has created content for Fast Company, Us Weekly, Birchbox, and PopCrush.com with her expertise most recently in the beauty space.