SHOP NOW
Penjagaan Diri pada Hari Ahad: Rutin yang Menenangkan
Tori Douglas
Global Digital
4 min read
Rutin penjagaan diri hujung minggu boleh membantu anda mengawal tekanan.
Penjagaan diri lebih daripada sekadar trend. Hari Ahad merupakan hari terbaik untk berehat dan manjakan diri anda. Sama seperti menekan butang refresh, anda perlukan hari Ahad untuk bersedia menempuh cabaran untuj tujuh hari yang akan datang. Sertai kami dalam menghasilkan rutin penjagaan diri terbaik yang terdiri daripada wangian beraroma, masker, dan masa berkualiti yang tidak hanya memberi nutrisi pada kulit, malah membangkitkan keceriaan anda.
Adunan seni penjagaan kulit dengan beberapa petua kesihatan, kami janjikan rutin yangakan membuatkan anda segar dan ceria.
Nyalaan lilin yang lembut, ditenggelami aroma bunga melur, dan rendaman stim yang dapat melembutkan kulit dan menenangkan jiwa anda—kedengaran seperti mimpi indah, bukan? Ia lebih dari sekadar mandian; aktiviti ini dapat membangkitkan deria, sesi memanjakan diri khusus untuk hari Ahad.
Pilih perendam yang mengandungi bahan semula jadi dan wangian yang menenangkan. Kami cadangkan Sake Bath. Bath soak ini membuatkan anda lena dibuai ketenangan. Ia dirumus dengan sake asli dan air halia yang memberi hidrasi untuk melembutkan kulit dan menenangkan otot anda, bersama ekstrak daun pic untuk suntikan kedamaian tambahan.
Gunakan bath soak anda bersama-sama pencuci badan berkualiti tinggi untuk kepuasan ekstra. Hesperides Grapefruit Body Wash kami merupakan gabungan sempurna antara wangian beraroma dan pencucian lembut yang akan membuatkan kulit dan deria anda lebih segar. Selain itu, bagi mereka yang gemarkan sensori yang lebih ringan, gunakan gel sabun badan dengan wangian flora, Lily Jasmine Body Wash.
Selepas mandi, kekalkan momentum ketenangan dengan melakukan urutan sendiri yang melegakan. Langkah ini tidak hanya bermanfaat untuk penjagaan kulit anda—ia memberi sentuhan terapeutik dan membuatkan anda rasa terhubung dengan badan anda.
Dapatkan losyen tangan dan badan yang kaya dengan emolien dan wangian anda suka. Kami sarankan Hesperides Grapefruit Body Lotion sebagai pilihan terbaik. Losyen badan ini memiliki struktur ringan, namun mampu memberi hirdasi mendalam dan menjadikan kulit selembut sutera. Sementara itu, Lily Jasmine Body Lotion juga menawarkan hidrasi yang sama, cuma dengan wangian floral yang mempersonakan.
Letakkan losyen dalam jumlah yang banyak ke tapak tangan dan gosok kedua-dua tapak tangan. Sapukan dengan kuat tetapi lembut untuk mengurut kaki anda. Daripada bahagian bawah kaki, sapu ke bahagian atas. Berikan sapuan yang lebih banyak pada kawasan yang meregang, seperti betis dan peha.
Langkah seterusnya, sapu secara berpusar pada bahagian perut anda, daripada kanan ke kini. Kemudian, naik ke atas ke bahagian dada, urut ke arah dalam dan luar. Ketika mengurut bahagian lengan dan tangan, mulakan dari bahagian pergelangan tangan dan tuju ke arah bahu. Cara ini sama seperti ketika anda mengurut bahagian kaki. Sekiranya anda mampu mencapai bahagian belakang dan bahu, surut dalam gerakan seperti sedang menguli untuk melegakan tekanan. Jidak tidak boleh capai, anda juga boleh gunakan alat mengurut.
Jangan lupa juga untuk urut bahagian leher dan bahagian bawah kepala—kawasan yang sering kali terkesan dengan tekanan—dengan urutan secara ke atas. Luangkan sedikit masa untuk mengurut setiap bahagian badan anda dengan urutan lembut.
Ketika waktu pagi hari bekerja, kita sememangnya lebih cenderung untuk melakukan rutin penjagaan diri secara tergesa-gesa. Namun, memakai masker muka pada waktu pagi boleh dikatakan dapat memberi rehat untuk kompleksi kulit yang tegang.
Floral Recovery Calming Mask merupakan cara yang sempurna untuk memanjakan diri anda pada waktu pagi hari Ahad. Masker ini mengandungi ekstrak bunga asli daripada passionflower, peony, cornflower dan sakura. Ekstrak ini dapat mengurangkan kesan radang, dan membuatkan kulit anda rasa tenang. Adunan ramuan floral ini dapat memberi ketenangan dan seimbangkan kulit anda, serta mengurangkan radang dan kemerahan pada kulit. Masker ini sesuai digunakan untuk semua jenis kulit dan akan membuatkan kompleksi kulit menjadi lebih lembut dan sihat.
Selain daripada melakukan penjagaan kulit yang menenangkan, anda juga boleh luangkan hari Ahad untuk lakukan aktiviti yang anda gemari? Ada hujung minggu tertentu, anda lebih gemar untuk berbaring sepanjang hari; ada ketika juga anda memilih aktiviti riadah atau meluangkan masa dengan rakan atau keluarga. Pada ketika inilah anda perlu lihat rutin anda dan tanyakan kapada diri sendiri apa yang anda benar-benar perlukan. Kami kongsikan beberapa pilihan untuk hari Ahad anda:
Rasai sendiri seni penjagaan diri dengan fresh. Untuk melakukan rutin mingguan hari Ahad ini, anda perlu fokus dan dengar. Tidak kira bagi anda, kedamaian bererti bersendirian atau meluangkan masa bersama yang tersayang, objektifnya tetap sama; untuk mengecas semula tenaga dan menjaga kesihatan—dari kulit hingga ke jiwa anda.
Written by Tori Douglas for Fresh. Tori is a NYC-based digital and brand strategist. Tori has worked for various publications and brands such as Kiehl's, The Body Shop, Deux Hommes Magazine, and Elite Daily with her expertise lying in the fashion & beauty space.