SHOP NOW
Penjagaan Kulit untuk Setiap Lingkungan Umur
Brittan Bates
Global Brand Storytelling
5 min read
Ketahui cara hasilkan rutin penjagaan kulit mengikut peringkat umur
Penjagaan kulit lebih daripada sekadar rutin; ia merupakan proses sepanjang hidup tentang diri anda yang sekarang dan akan datang. Artikel ini boleh digunakan sebagai panduan untuk mengekalkan kecantikan semula jadi dalam diri anda seiring peningkatan usia, dengan setiap satu rutin direka khusus untuk menghadapi isu berkenaan kulit anda yang akan timbul di kemudian hari.
Apa yang perlu ada: Soy pH-Balanced Hydrating Face Wash untuk menambah baik keanjalan kulit, mengurangkan tanda kemerahan, dan meningkatkan hidrasi. Rose & Hyaluronic Acid Deep Hydration Moisturizer untuk memberi hidrasi mendalam sepanjang hari dan menguatkan lagi penghalang kulit.
Umur 20-an anda segalanya berkisar tentang pencegahan. Untuk peringkat usia sebegini, kulit anda berada pada tahap memuncak dari segi keupayaan untuk menjana semula kulit. Namun, besar kemungkinan anda tidak begitu mengambil berat tentang perkara tersebut. Pada umur ini, rutin penjagaan kulit yang baik penting untuk membantu anda untuk tahun mendatang.
Apa yang perlu ada: Kombucha Antioxidant Facial Treatment Essence untuk menambah baik kecerahan dan kulit berkilat yang sihat. Lotus AHA Gentle Resurfacing Serum untuk mengurangkan kesan spot gelap dan meratakan tekstur kulit semasa anda tidur.
Ketika anda berumur 30-an, tanda-tanda awal penuaan mungkin akan kelihatan. Biasanya tanda-tanda ini seperti garisan halus, rona warna dan tekstur kulit yang tidak sekata, dan kulit kurang anjal. Pada umur sebegini, anda perlu fokus untuk menjaga kompleksi agar kulit kelihatan lebih muda.
Apa yang perlu ada: Tea Elixir Skin Resilience Activating Serum untuk melawan dan mengurangkan tanda penuaan yang ketara dan melembuatkan tekstur kulit. Black Tea Anti-Aging Eye Cream untuk melawan kelesuan dan melembutkan dan menguatkan kulit di kawasan mata.
Umur 40-an akan menampakkan perubahan ketara pada tekstur dan keregangan kulit. Penghasilan kolagen akan menurun. Ini akan menyebabkan kulit lebih kering dan tanda kedutan semakin ketara. Pada umur sebegini, rutin penjagaan kulit untuk melawan penuaan perlu ditambah dengan bahan aktif yang berkesan untuk melembutkan tanda garisan dan menguatkan kulit.
Apa yang perlu ada: Black Tea Anti-Aging Ceramide Moisturizer untuk menguatkan kulit serta mengurangkan kedutan. Creme Ancienne Firming Eye Cream untuk membekalkan nutrisi dan melembutkan kedutan pada tepi mata (crow’s feet).
Perubahan hormon ketika berumur 50-an memberi impak ketara pada kulit anda. Anda mungkin mengalami penurunan sebum. Keadaan ini akan menyebabkan kulit kering dan kedutan pada kulit menjadi lebih ketara. Pada peringkat ini, anda perlu gunakan produk yang kaya dengan emolien yang dapat mengurangkan kesan perubahan yang berlaku.
Apa yang perlu ada: Crème Ancienne dan Crème Ancienne White Truffle Overnight Mask untuk memulihkan dan menyegarkan kulit melalui formula perlindungan cocooning yang akan menumpukan terhadap garisan emosi pada muka.
Ketika berumur 60-an dan ke atas, kulit anda mungkin menjadi lebih nipis dan rapuh. Pada peringkat ini, anda perlu utamakan keselesaan dan nutrisi pada kulit.
Dalam setiap peringkat hidup anda, penting untuk anda mendengar “suara” kulit anda—ia menjadi panduan terbaik untuk memahami apa yang kulit anda inginkan seiring dengan pertambahan usia. Menginjak ke lingkungan umur yang baru, lihat semula dan ubah suai rutin anda agar sesuai dengan keadaan kulit anda ketika itu. Penuaan merupakan proses yang berlaku secara semula jadi, dan setiap frasa umur ada keindahan tersendiri—lebih-lebih lagi jika anda menjaga kulit dengan sepenuh hati dan perhatian.
Ketahui produk paling laris untuk setiap umur.
Written by Brittan Bates for Fresh. Brittan is an NYC-based writer, editor, and storyteller with 9 years of experience spanning digital and print journalism, copywriting, brand strategy, and more. Her work has appeared in publications such as Teen Vogue and brands including Diane von Furstenberg, abc carpet & home, FRĒDA SALVADOR, and more.