Penjagaan bibir yang lebih lengkap selain lip balm


Sara Anderson

Global Brand Storytelling

2-3 minit

Expert Advice

Untuk bibir yang cantik dan selesa

Sugar Advanced Therapy Lip Collection

Bibir adalah kawasan sensitif pada muka dan mudah kering. Kawasan ini perlukan lebih perhatian untuk kekal terhidrat dan selesa, terutamanya dalam cuaca buruk. Untuk mengelakkan kekeringan, rekahan dan rasa tidak selesa, lebih-lebih lagi dalam cuaca ekstrim (dan juga ketika trip ski anda), kami ingin perkenalkan the Advanced Therapy Lip Collection kepada anda.

Penjagaan harian

Penjagaan bibir perlu dilakukan setiap hari, sama seperti kulit muka anda. Dengan menggunakan rawatan berkesan dalam rutin penjagaan harian, anda boleh melindungi bibir dan merawat dengan segera. Sugar Advanced Therapy Lip Rescue Ointment telah terbukti secara klinikal dapat memulihkan, melembutkan dan menghidrasi bibir dengan ketara, membekalkan nutrisi dan membuatkan bibir lebih anjal.


Ointment ini menyediakan lapisan perlindungan dan membekalkan hidrasi sehingga 72 jam*. Ia mengandungi kristal gula, emolien berasaskan tumbuhan yang mengembalikan kelembapan, seramida yang menguatkan penghalang kulit, dan minyak grapeseed dengan kesan lembutan. Gunakan sedikit pada bibir sepanjang hari untuk bibir kekal sihat dan ceria.


Exfoliation mingguan

Sama seperti muka dan badan, rutin exfoliation beberapa kali dalam seminggu boleh memberi perubahan besar pada kesihatan dan keadaan kulit anda. Terdapat banyak sebab kulit menjadi kering dan merekah. Keadaan tersebut memerlukan exfoliation. Selain itu, exfoliation juga harus dilakukan apabila terdapat majlis atau perkara yang anda ingin tampil dengan ukiran senyuman menawan.


Gunakan Advanced Therapy Sugar Lip Polish Exfoliator. Rawatan bibir ini akan menyingkirkan sel kulit yang mati dengan lembut dengan menggunakan kristal gula dan humektan semula jadi. Exfoliator ini mempunyai dua fungsi, iaitu melindungi kulit bibir yang bibir baru melalui mentega shea dan minyak jojoba. Kesan exfoliator ini membuatkan bibir selembut sutera — dan tersedia untuk apa sahaja warna dan sedia untuk dikucup.


Rawatan mengikut keperluan

Tidak kira sama ada untuk penjagaan bibir atau atau penjagaan rambut, kadang-kala rutin harian mungkin tidak mencukupi. Perubahan musim, cuaca ekstrim, malah alahan juga boleh memberi kesan pada keadaan kulit anda. Cara mudah mudah untuk membuatkan kulit kekal berada dalam keadaan terbaik adalah dengan memasukkan masker pada rutin penjagaan bibir anda.


Rawatan bibir terbaik: Sugar Advanced Therapy Recovery Lip Mask. Masker ini mengandungi mentega shea untuk membekalkan nutrisi pada kulit dan gula untuk kulit kekal sihat. Selain itu, ia juga dirumus dengan berry wax untuk melindungi penghalang kulit bibir, dan asid hialuronik yang memenuhi ruang untuk kesan hidrasi dan membuatkan kulit kelihatan berisi. Rawatan yang telah diuji secara dermatologi ini telah terbukti dapat memulihkan dan melembutkan kawasan yang kering. Hasilnya, kulit akan kelihatan licin dan menawan. Masker ini digunakan secara leave-on dan hanya perlu sapukan pada bibir sebelum tidur dan nikmati bibir yang sihat pada keesokan pagi.


Bibir yang menawan dengan fresh

Inginkan lebih banyak rawatan penjagaan bibir dari fresh? Selain daripada koleksi Advanced Therapy Lip untuk menjaga kesihatan kulit bibir anda, kami juga memiliki pelbagai produk khusus untuk bibir untuk menyempurnakan kuntuman sentuman anda. Daripada tinted lip balms kami yang paling laris – didatangkan dalam pelbagai perasa dan rekaan lipstik yang mudah dibawa – sehinggalah kepada variasi Sugar Hydrating Lip Balms dalam perisa mangga, kelapa, caramel dan tembikai, koleksi penjagaan bibir kami sememangnya menawarkan sesuatu kepada sesiapa sahaja.


“ujian instrumental, 30 subjek

Author Profile
blog author Sophia

Sara Anderson

Global Brand Storytelling

Written by Sara Anderson for Fresh. Sara is a NYC-based global marketer and beauty content strategist. Sara has 12+ years of experience conceptualizing and producing original content in beauty, fashion, music, and entertainment. Sara has created content for Fast Company, Us Weekly, Birchbox, and PopCrush.com with her expertise most recently in the beauty space.