Cara Memilih Haruman Sempurna Bertemu Si Dia

Sophia D'Urso

Global Consumer Experience

2-3 minit

Expert Advice

Aroma sensual yang menghangatkan suasana

fresh Rose Morning fragrance in front of pink roses

Tidak dinafikan, haruman penting ketika bertemu dengan si dia. Tanpa disedari, seseorang tertarik dengan orang lain melalui feromon yang mereka keluarkan – isyarat kimia ini akan merangsang tindak balas hormon berkait rapat dengan kesuburan, keserasian, dan keinginan seksual. Jadi, inilah sebab mengapa anda mungkin tertarik dengan seseorang apabila berjumpa, walaupun anda sendiri masih tidak tahu apa-apa tentang mereka. Jadi, boleh dikatakan, “cinta pandang pertama” tidak begitu tepat, sebaliknya ungkapan “cinta bauan pertama” lebih menggambarkan keadaan sebenar.


Minyak wangi yang anda pakai akan membuatkan anda tampil berkarisma, menarik perhatian, malah mungkin membuatkan anda dipuji! Setiap haruman mempunyai sifat-sifat dan menghasilkan tindak balas berbeza. Kami kongsikan beberapa aroma yang paling sensual dan romantik yang boleh anda pilih sebagai haruman apabila bertemu si dia nanti.

Memilih haruman

Inilah perasaan yang diterbitkan oleh 10 haruman paling popular:


  • Ros: Wangian ros menerbitkan emosi cinta dan romantik. Sedikit semburan pewangi ros atau taburan kelopak ros dapat mengubah malam anda kepada momen romantis.
  • Vanila: Dengan keharuman hangat dan manis, vanila menyampaikan pesona yang menenangkan serta sensual. Haruman ini sangat ideal untuk mencipta suasana mesra malam istimewa.
  • Jasmin: Wangian jasmin yang menggoda dan eksotik ini melambangkan cinta serta daya tarikan. Haruman ini pilihan tepat untuk malam yang dihiasi dengan keintiman dan kemesraan.
  • Sandalwood: Bau kayu cendana yang kuat dan berunsurkan alam menyuntik rasa tenang dan rangsangan. Gunakan haruman ini pada malam istimewa untuk memberikan sentuhan keanggunan sensual.
  • Sitrus: Haruman sitrus yang segar dan bertenaga seperti oren dan lemon menceriakan malam anda. Sesuai untuk pertemuan outdoor, ia mencipta pengalaman menyegarkan dan menghidupkan suasana.
  • Musk: Dengan daya sensualiti yang mendalam, wangian musk mampu membangkitkan keinginan. Haruman berunsur alam semula jadi dan menggoda ini sesuai untuk menyalakan keintiman dalam pertemuan anda.
  • Patchouli: Dengan aroma yang kaya dan eksotik, patchouli telah lama dianggap sebagai afrodisiak. Wangian yang memikat ini membuatkan suasana romantik pertemuan anda diselubungi misteri.
  • Ylang-Ylang: Dikenali dengan bau menusuk kalbu dan menerbitkan perasaan euforia, Bunga ylang-ylang (kenanga) dipercayai dapat meningkatkan keinginan serta keghairahan.
  • Amber: Amber memiliki aroma hangat yang mengundang kemesraan. Baunya yang berlapis-lapis dapat menghangatkan dan menceriakan suasana.
  • Lavender: Lavender terkenal kerana kesan menenangkan, namun pada masa yang sama ia juga bersifat afrodisiak. Wangian ini mencipta suasana yang meningkatkan keintiman dan mengukuhkan ikatan mesra antara anda dan si dia.

Pilihan kami

Pemilihan haruman yang sesuai dengan janji temu anda merupakan cara terbaik untuk mencipta suasana yang anda inginkan. Untuk pilihan yang tepat, kami kongsikan beberapa cadangan serta pilihan terbaik kami untuk setiap jenis pertemuan.


Pertemuan romantik

Cinta berputik, bunga berkembang mekar dan haruman Rose Morning Eau de Parfum menyelimuti diri anda. Jika inginkan suntikan romantis dalam malam istimewa anda, sedikit semburan pewangi haruman ros kami mampu melengkapkan malam anda. Haruman flora lembut membangkitkan rasa sensual dan romantis. Top note minyak wangi Rose Morning ini mengandungi ros dan daun violet, dan campuran ros Bulgaria, peach blossom dan amber akan mula menusuk deria secara perlahan. Haruman yang lembut ini seakan membuatkan anda menikmati kelopak bunga yang kembang dengan perlahan, menerbitkan perasaan untuk ingin lebih dekat dan menghirup haruman semerbak bunga ros.


Untuk mengharumkan lagi setiap ruang kulit anda, gunakan Rose Morning Body Wash dan Rose Morning Body Lotion. Dua produk pH seimbang ini diperkayakan dengan esen flora yang sama dengan pewangi Rose Morning, dan dirumus dengan vitamin C & E, serta gliserin untuk menarik lembapan, melembutkan dan melindungi kulit. Produk ini memberi kesan menenangkan dan menyegarkan – sama seperti redupan sinar mata hari pagi.


Untuk pertemuan kali pertama

Temani pertemuan pertama anda dengan Lily Jasmine Eau de Parfum kami. Janji temu pertama pastinya dipenuhi dengan harapan, keseronokan dan sedikit rasa gemuruh. Untuk hari istimewa ini, sudah pasti anda inginkan haruman lembut tetapi menarik perhatian. Wangian ini melengkapkan segala yang anda perlukan untuk detik pertemuan pertama – kelembutan dan ketenangan. Dengan Lily Jasmin, segalanya terasa mungkin.


Selubungi seluruh badan anda dengan haruman bunga-bungaan dengan menggunakan Lily Jasmine Body Wash dan Lily Jasmine Body Lotion.


Malam bersuka ria

Dari pertemuan pertama hingga ke hubungan yang lebih serius, suasana setiap kali bertemu lebih santai. Ketika ini, masing-masing mengambil peluang untuk mengenali pasangan lebih dekat, menyemarakkan lagi api percintaan, dan menikmati keseronokan bersama! Tidak kira keluar malam berdua ke tempat kegemaran, mencuba hidangan di restoran baru, atau mengikuti kelas berdansa bersama, setiap janji temu sebegini memerlukan haruman yang kuat. Untuk malam sebegini, Sugar Lychee Eau de Parfum. Pewangi hangat dan ringan yang diperkaya dengan inti buah laici ini mengandungi kayu cendana dan amber sebagai note lapisan. Haruman lembut dan menenangkan ini membangkitkan momen ketenangan berpanjangan walaupun malam pertemuan telah berakhir.


Wangian fresh untuk setiap perkara

Salah satu aspek menarik tentang minyak wangi adalah layering. Ia membolehkan anda mencipta sendiri haruman dengan memadankan pewangi yang sesuai dan gunakan pada bahagian lain badan anda. Sebagai contoh, satu pewangi pada bahagian dalam pergelangan tangan dan bahu, dan satu lagi pada belakang leher dan di bawah bahagian tengah tulang selangka (collarbone). Tidak hanya dengan menggunakan minyak wangi sahaja, terdapat cara lain untuk anda dapatkan haruman semerbak — melalui produk penjagaan badan, di rumah, dan di tempat tidur anda.


Terokai koleksi minyak wangi kami untuk temui produk yang memenuhi cita rasa anda.

Author Profile
blog author Sophia

Sophia D'Urso

Global Consumer Experience

Written by Sophia D’Urso for Fresh. Sophia is an NYC-based consumer experience specialist and content writer. Sophia has worked as a consumer marketer and writer for years at various brands within the beauty, media, and events industries.