SHOP NOW
Kesan Tidur Terhadap Kesihatan Kulit Anda
Sara Anderson
Global Brand Storytelling
4 min read
Ketahui tentang manfaat kecantikan tidur malam yang berkualiti.
Kulit yang berseri dan tampak muda biasanya dikaitkan dengan pelbagai produk penjagaan dan rawatan kulit—dan cara tersebut sememangnya berkesan untuk anda. Namun terdapat satu lagi cara sering dilupakan untuk mendapatkan kulit yang sihat: rehat yang mencukupi pada waktu malam. Ketahui lebih mendalam tentang bagaimana kulit anda menjalani proses pemulihan pada waktu malam, dan juga bagaimana anda maksimumkan manfaat daripada tidur anda.
Pada waktu siang, kulit anda berada dalam keadaan berjaga-jaga. Ia melindungi dirinya terhadap stressor persekitaran seperti cahaya UV, pencemaran, dan radikal bebas. Pada waktu malam pula, kulit berubah kepada keadaan pemulihan dan penjanaan semula. Aktiviti ini penting untuk menjaga kesihatan kulit serta ia melibatkan beberapa proses penting.
Sewaktu tidur, badan kita akan meningkatkan aliran darah ke kulit. Keadaan ini membantu membekalkan oksigen dan nutrisi yang diperlukan untuk pemulihan dan pertumbuhan sel. Proses ini berlaku secara aktif, terutamanya ketika tidur lena dalam tempoh yang lama.
Kolagen merupakan protein yang membina stuktur dan keanjalan pada kulit—sama seperti kulit yang kelihatan awet muda dengan keanjalan semula jadi. Semasa tidur, badan kita akan meningkatkan pengeluaran melatonin dan hormon pertumbuhan. Kedua-dua elemen ini berfungsi memulihkan sel kulit yang rosak dan menggalakkan penghasilan kolagen. Jadi, ia mempengaruhi keanjalan dan ketahanan kulit.
Ketika tidur, kulit anda akan menjalani proses penyahtoksikan. Dalam proses ini, bahan kotoran akan disingkirkan dan kerosakan yang berpunca daripada stressor persekitaran akan dipulihkan. Pertambahan aliran darah akan membantu menyingkirkan toksin dan lebihan metabolik yang terkumpul seharian. Proses yang berlaku pada waktu malam ini akan membantu mengekalkan kesihatan kulit, mengurangkan keradangan, dan membuatkan kulit lebih bersedia terhadap tekanan dari persekitaran pada hari siang.
Tidur membantu mengekalkan keseimbangan hidrasi badan. Keadaan ini akan memastikan kulit dapat mengekalkan kelembapan. Dengan membantu penghalang kulit berfungsi dengan baik, ia akan menghalang kehilangan air secara trans-epidermal dan lembapan diperlukan akan dikunci dalam kulit. Kedua-dua situasi ini penting dalam mengurangkan kekeringan dan mengekalkan tekstur kulit yang lembut dan gebu.
Jika anda gunakan pelbagai produk skincare terbaik tetapi dalam masa yang mengorbankan waktu tidur untuk bekerja, bersosial, atau scroll, anda mungkin perlu mengubah rutin anda. Untuk pendekatan yang menyeluruh pada penjagaan kulit, penting untuk anda fahami kesan gaya hidup terhadap kesihatan dan keadaan kulit anda.
Gunakan tips berikut untuk menyusun rutin waktu tidur yang akan membantu anda utamakan penjagaan diri dan tidur berkualiti yang diperlukan oleh kulit anda.
Bersedia untuk proses pemulihan dan penjanaan semula waktu malam kulit anda, dengan rutin skincare waktu malam paling sempurna. Anda boleh lakukan langkah berikut:
Aktiviti yang menenangkan, seperti membaca, menulis atau yoga lembut, dapat memberi isyarat kepada badan anda, masa telah tiba untuk transisi daripada keadaan sedar kepada tidur. Tempoh relaks ini akan mengurangkan tahap stres dan mengurangkan produktiviti kortisol, iaitu hormon stres, yang boleh mengganggu tidur.
Dengan mengamalkan rutin sebelum tidur yang konsisten dan masuk tidur pada waktu yang sama bagi hampir setiap malam, anda boleh tetapkan pattern tidur yang sihat dan tingkatkan kualiti waktu rehat anda.
Salah satu rutin sebelum tidur kegemaran kami adalah mandi rendaman air panas. Rendaman Sake Bath yang menenangkan, urutan scrub menenangkan dengan Brown Sugar Body Polish, serta sapuan istimewa dengan Milk Body Lotion sudah cukup untuk membangkitkan malam indah yang dihiasi pemulihan yang intensif untuk anda.
Amalan kebersihan waktu tidur penting untuk menjaga circadian rhythm badan—tempoh 24 jam yang mengawal kitaran tidur-berjaga dan pelbagai prose fisiologi. Circadian rhythm ini akan mempengaruhi kualiti tidur, produktiviti hormon, dan proses pemulihan sel.
Untuk mengekalkan circadian rhythm yang sihat, cuba elakkan terlalu banyak terdedah kepada cahaya buatan sebelum tidur—skrin telefon, komputer dan TV. Gantikan aktiviti scroll sebelum tidur dengan memakai overnight face mask dan mendengar podcast atau membaca buku. Black Tea Firming Overnight Mask merupakan masker tidur yang berkesan tinggi yang akan menyelimuti kulit anda dengan krim lembut. Kulit akan dibekalkan kelembapan tinggi dan lebih gebu.
Di fresh, anda akan menemui pelbagai koleksi yang disesuaikan mengikut jenis kulit anda. Jadi, anda boleh dapatkan penjagaan kulit dan tidur berkualiti yang anda idamkan. Ketahui lebih mendalam tentang apa yang perlu ada untuk skincare, unsur sains di sebalik ramuan produk kami, dan banyak lagi di blog fresh.
Written by Sara Anderson for Fresh. Sara is a NYC-based global marketer and beauty content strategist. Sara has 12+ years of experience conceptualizing and producing original content in beauty, fashion, music, and entertainment. Sara has created content for Fast Company, Us Weekly, Birchbox, and PopCrush.com with her expertise most recently in the beauty space.