Rutin Penjagaan Kulit Waktu Malam Paling Sempurna untuk Anda

4 min read

Expert Advice

Bagaimanakah cara rutin penjagaan kulit waktu malam yang berkesan untuk anda.

Light blue silhouettes of 7 fresh beauty products on dark blue background

Selepas mengharungi hari yang panjang, antara cara terbaik untuk berehat adalah dengan melakukan rutin penjagaan kulit pada waktu malam. Cuba pasang alunan muzik yang menenangkan, ditemani nyalaan lilin beraroma, dan manjakan diri anda dengan tekstur sensorial serta berikan sentuhan urutan lembut pada muka untuk menikmati detik tenang di penghujung hari anda.


Namun, dengan terdapat banyak pilihan produk di pasaran, kadang-kala sukar untuk tahu produk yang mana sesuai digunakan pada waktu malam atau siang. Kami kongsikan beberapa petua rutin penjagaan kulit waktu malam yang ringkas termasuk produk paling laris di fresh yang telah terbukti bermanfaat untuk sebarang masalah kulit yang anda hadapi.

Mulakan dengan cucian

Langkah pertama untuk mana-mana rutin penjagaan kulit tidak kira siang atau malam semestinya pencucian. Kulit muka perlu dicuci dengan bersih untuk membolehkan produk fresh yang digunakan selepas itu dapat menyerap dengan mudah. Gunakan pencuci solekan lembut seperti Soy pH-Balanced Hydrating Face Wash. Pencuci muka ini juga dapat membersihkan habuk, kotoran serta minyak berlebihan dan dalam masa yang sama masih membuatkan kulit anda terasa terhidrat. Selepas dicuci, muka anda akan lebih tersedia untuk sebarang rawatan waktu malam yang anda ingin gunakan.


Pastikan kulit sentiasa segar

Toner membantu membersihkan kekotoran yang tertinggal pada kulit. Ia juga memberi manfaat besar terhadap rutin penjagaan kulit anda. Rose Deep Hydration Facial Toner merupakan toner bebas alkohol dari fresh. Toner ini mengurangkan bukaan liang pori dan dalam masa sama menambah hidrasi pada kulit melalui asid hialuronik. Goncang dan titiskan beberapa titik pada kapas dan sapu pada muka. Toner beraroma bunga ros ini dapat memberi kelembapan. Aroma ros telah telah terbukti berupaya memberi kesan menenangkan dan semestinya sangat sesuai digunakan sebelum tidur.


Tambah baik rutin malam anda

Bahan istimewa yang boleh menambah baik rutin waktu malam anda adalah essence. Produk seperti of Kombucha Essence meningkatkan keberkesanan produk lain dalam merawat wajah anda. Essence ini membantu serum dan pelembab menjadi lebih efektif. Hasilnya, anda sendiri dapat menikmati kesan kedua-dua produk tersebut dengan lebih baik.


Selain itu, Kombucha Essence dari fresh ini juga membantu memulihkan kulit yang terdedah kepada tekanan oksidatif (keadaan apabila kulit kelihatan lesu, kering dan tidak sekata). Jadi, apabila bangun tidur kompleksi kulit anda lebih lembut dan cerah. Hanya perlu sapu pada kulit dan anda dapat rasakan tekstur cecair meresap ke dalam kulit.


Berikan sentuhan kelembutan pada kulit anda

Ketika sedang tidur, kulit anda menjalani proses pemulihan secara semula jadi. Pada waktu malam, kulit anda dijana semula dua kali ganda berbanding waktu siang. Ini bermakna, waktu malam sememangnya masa terbaik untuk menggunakan produk penjagaan kulit yang berkesan.


Serum merupakan porduk yang sangat efektif—tekstur cecair yang dimiliki serum membantu penyerapan ke dalam kulit lebih mendalam. Ini membolehkan bahan-bahan berkesan tinggi pada serum berfungsi secara optimum.


Lotus AHA Gentle Resurfacing Serum dari fresh dirumus khas untuk berfungsi memulihkan kulit dalam semalaman. Serum ini juga cukup lembut untuk digunakan pada waktu malam. Dua jenis AHA—asid glikolik dan asid sitrik—membantu proses exfoliation pada kulit untuk membuatkan rona dan tekstur kulit menjadi lebih sekata. Serum ini juga mengandungi asid poliglutamik yang berfungsi mengunci kelembapan. Ini membuatkan kulit anda mendapat hidrasi yang cukup dan selesa. Semburkan 2-3 kali Lotus Serum pada muka dan diikuti oleh mana-mana rawatan mata dan pelembab.


Penjagaan mata yang lengkap dalam satu langkah

Tahukah anda, kulit di sekitar bahagian mata 10x lebih nipis berbanding bahagian lain pada muka anda? Sebab itulah untuk menjaga kawasan sensitif ini, rawatan hidrasi penting untuk mata anda.


Krim mata pelbagai guna seperti Black Tea Eye Concentrate dari fresh membantu mengurangkan lingkaran gelap pada bawah mata, sembab dan garisan halus. Apa yang anda perlu lakukan adalah sapukan sedikit krim bersaiz sebutir beras di seluruh kawasan mata. Asid hialuronik membantu menarik hidrasi dan membuatkan bahagian mata anda kelihatan segar.


Penerangan tentang overnight mask

Lengkapkan rutin penjagaan kulit waktu malam anda dengan pelembab malam atau overnight mask.


Overnight masks seakan sama seperti rinse-off mask. Kedua-dua produk ini menawarkan manfaat besar dalam penjagaan kulit. Apa yang berbeza adalah, setelah menggunakan rinse-off mask, wajah anda perlu dicuci sebelum kulit muka disapu dengan essence dan serum. Sebaliknya, overnight mask digunakan dalam langkah terakhir rutin penjagaan kulit anda. Fungsi overnight mask adalah sebagai pelembab waktu malam dan rawatan yang berkesan.


Jika anda memiliki kulit sensitif, cuba gunakan Floral Recovery Calming Mask dari fresh. Masker muka ini mengandungi empat ekstrak flora untuk merawat, menenangkan, mengurangkan tanda kemerahan. Selain itu, ia jug mengandungi squalane untuk membantu melembutkan dan membuatkan kulit kekal seimbang.


Untuk melawan tanda awal penuaan seperti garisan halus dan kulit kusam, gunakan Lotus Dream Cream . Krim pelembab muka ringan ini terbukti mengurangkan tanda kelesuan pada kulit dan membuatkan pernampilan anda seperti sentiasa mendapat rehat secukupnya.


Black Tea Firming Overnight Mask memulihkan pada kulit dalam masa semalaman. Masker muka ini dapat memantapkan semula bentuk kontur muka ketika tidur. Wajah anda akan kelihatan lebih sekata dan bertenaga apabila bangun tidur.


Untuk menggalakkan hidrasi ketika tidur, Rose Deep Hydration Sleeping Mask memberi hidrasi berterusan melalui asid hialuronik. Kulit anda akan nampak lembut dan cukup kelembapan.


Sekiranya anda perlukan nutrisi anti penuaan terbaik, Crème Ancienne White Truffle Overnight Mask membantu memulihkan kulit dengan intensif dalam masa semalaman.


Sapu sedikit pada muka dan biarkan semalaman. Anda akan bangkit dari tidur dengan rasa lebih segar dan kulit yang telah mendapat rehat secukupnya.


Bibir anda juga perlukan perhatian!

Tahukah anda, bibir anda tidak mempunyai kelenjar minyak? Sebab itulah bibir mudah kering. Lip mask bernutrisi seperti Sugar Recovery Lip Mask Advanced Therapy dapat membantu memulihkan kulit yang terlalu kering. Produk ini memberi hidrasi kepada bibir anda sepanjang malam dan tempak lebih sihat pada keesokan hari.


Lembutkan & pulihkan bahagian badan anda yang lain

Akhir sekali, lengkapkan rutin malam anda dengan losyen badan bernutrisi seperti Milk Body Lotion dari fresh. Losyen ini dapat menyerap dengan pantas dan terbukti “pajama-proof”—ia tidak melekat pada pakaian. Losyen ini berbau seolah-olah berada dalam rawatan spa yang menenangkan dan membuatkan kulit anda kekal lembut, licin dan terhidrat untuk 24 jam.


Selepas mengharungi hari siang yang memenatkan, rutin penjagaan kulit waktu malam merupakan masa terbaik untuk berehat dan memberi tumpuan pada diri anda. Nikmati proses ini sepenuhnya. Selepas selesai melakukan rutin, anda akan berasa lebih tenang dan bersedia untuk tidur dengan kulit yang terhidrat dan terjaga sepenuhnya.

Author Profile