3 Langkah Rutin Penjagaan Kulit untuk Kulit Sihat

Sophia D'Urso

Global Consumer Experience

4 min read

Expert Advice

Nikmati kulit sihat melalui tiga langkah mudah.

Close up of fresh Soy Face Cleanser, Tea Elixir Serum and Black Tea Age Renewal Cream

Di fresh, kami menganggap penjagaan kulit sebagai penjagaan diri – luangkan sejenak masa untuk diri sendiri serta nikmati perasaan menjaga kulit anda. Namun, kami juga faham kadang-kala hidup anda diselebungi dengan kesibukan.


Ada kemungkinan anda terlupa set jam loceng sebelum tidur atau anda sememangnya memerlukan tambahan 10 minit untuk terus dibuai tidur yang nyenyak; mugkin juga anda ingin terus merebahkan diri ke katil selepas pulang dari keluar di waktu malam atau anda memang tidak ingin bangkit dari katil yang begitu selesa selepas menonton rancangan TV kegemaran anda. Daripada awal pagi sehingga lewat malam, kesibukan memikirkan bagaimana cara untuk melengkapkan runtin penjagaan kulit waktu pagi dan petang, sememangnya boleh memenatkan.


Memandangkan sebarang rutin penjagaan kulit adalah lebih baik daripada tiada langsung penjagaan kulit, kami akan membantu anda dengan menerangkan 3 langkah penjagaan kulit yang ringkas dan mudah untuk mengekalkan kulit yang kelihatan sihat. Percayalah — jika boleh, kulit anda sendiri akan berterima kasih kepada anda.

1. Membersih

Langkah pertama dalam proses ini adalah membersihkan kulit dengan membuang alat solek, minyak berlebihan dan habuk. Kesemua ini akan membantu mendapatkan asas (foundation) kulit yang bersih untuk menyerap produk yang digunakan selepas itu.


Untuk langkah pertama ini, kami syorkan Soy pH-Balanced Face Wash: pembersih dengan pH seimbang dan mengandungi protein soya yang akan membersihkan liang pori dan membuang alat solek secara lembut dan dalam masa yang sama mengekalkan kulit sentiasa terhidrat dan tidak kasar. Pembersih muka dengan formulasi non-stripping ini — terbukti berkesan untuk semua jenis umur, jantina, jenis kulit, dan rona — berperanan menambah baik keanjalan dan melembutkan kulit bagi mendapatkan kompleksi kulit tampak lebih sihat. Untuk menggunakannya, basahkan kulit dan urutkan pembersih muka pada muka dan mata anda. Kemudian, bilaskan dengan air suam.


2. Rawat

Selepas dibasuh, wajah anda perlu dirawat. Pada peringkat ini, anda inginkan manfaat secara spesifik pada kulit dan produk yang ringan namun sangat berkesan seperti serum dan esssence boleh membantu anda. Dalam langkah ini, anda perlu fokus apakah yang diperlukan kulit anda secara terperinci, untuk mendapatkan rawatan yang tepat, iaitu sama ada anti-penuaan, pengubahan warna atau penghidratan.


Jika anda inginkan kulit menjadi lebih tahan terhadap tekanan (stress) harian serta mengecilkan liang pori untuk kulit yang lebih lembut dan bersinar, Tea Elixir Skin Resilience Activating Serum sesuai untuk merawat kulit menggunakan Adaptive Phytocompound Tea (APT) Technology™ dan niasimida. Cara penggunaannya adalah sapukan beberapa titisan serum dan tekankan ke dalam kulit untuk mengaktifkannya.


Sekiranya kulit anda memerlukan kelembapan dan bahan berkhasiat, anda boleh mencuba Rose Deep Hydration Oil-Infused Serum kami. Serum ini melembutkan dan memberi hidrasi menggunakan air mawar dan squalane untuk melindungi serta mencegah kehilangan kelembapan. Serum ini juga mengandungi ekstrak ros damask untuk menguatkan penghalang pada kulit. Untuk menggunakannya, goncangkan botol bagi membolehkan air dan minyak bercampur. Kemudian, tekap dengan tapak tangan ke muka untuk kulit yang lebih anjal dan bersinar.


3. Melembap

Langkah terakhir dalam rutin ringkas ini adalah rutin lembapan. Dalam langkah ini, produk rawatan yang disapukan sebelum ini akan dikunci pada kulit dan dalam masa yang sama menyediakan kelembapan dan perlindungan yang sangat diperlukan oleh kulit anda.


Sama seperti langkah terdahulu, jenis pelembab yang anda pilih bergantung kepada keperluan kulit anda. Jadi pastikan anda membuat pilihan yang tepat. Untuk hidrasi yang ringan dan seimbang dan ideal sebagai lapisan di bawah alat solek, kami cadangkan Rose & Hyaluronic Acid Deep Hydration Emulsion. Emulsion keluaran terbaharu kami ini mengandungi asid hialuronik dengan berat molekul yang rendah untuk kelembutan dan hidrasi pada kulit. Sementara itu, jika anda rasakan kulit anda memerlukan keselesaan tambahan, anda boleh mencuba Rose & Hyaluronic Acid Deep Hydration Moisturizer kami. Pelembap ini mengandungi asid hialuronik dengan kedua-dua berat molekul rendah dan tinggi. Kandungan ini dapat menghidrasi permukaan kulit dengan segera serta menguatkan kelembapan pada penghalang kulit. Untuk melembapkan kulit, sapukan pelembap ini dalam saiz yang kecil pada muka dan leher setiap hari.


Buat dengan ringkas, kekalkan dengan fresh

Apabila menggunakan produk penjagaan kulit yang tepat, dan semestinya selamat serta berkesan, dirumus dengan bahan bernutrien, dan juga sesuai dengan jenis dan keperluan kulit anda, sudah tentu anda tidak perlukan rutin panjang sehingga 10 langkah. Benar, sekali-sekala anda mungkin ingin memanjakan diri anda dengan face mask yang menyegarkan, namun jika langkah ringkas bermaksud rutin yang konsisten, kekalkan keputusan anda dengan penjagaan kulit yang ringkas tersebut. Layari fresh untuk produk yang berkesan, sensual dan penjagaan badan di fresh.

Author Profile
blog author Sophia

Sophia D'Urso

Global Consumer Experience

Written by Sophia D’Urso for Fresh. Sophia is an NYC-based consumer experience specialist and content writer. Sophia has worked as a consumer marketer and writer for years at various brands within the beauty, media, and events industries.