Tips Penjagaan Kulit untuk Halloween: Solekan Sebelum & Selepas Meraikan Halloween

Sophia D'Urso

Global Consumer Experience

3–4 minit

Expert Advice

Elakkan kulit bermasalah selepas hari Halloween dengan rutin skincare yang berkesan.

Prep and remove Halloween makeup with fresh

Memandangkan hari Halloween semakin hampir, ini masanya untuk anda tunjukkan kreativiti anda. Sama ada anda memakai kostum glamor, seram atau unik, jangan lupa berikan perhatian kepada kulit anda.


Penjagaan kulit yang teratur penting sebagai persediaan menyambut Halloween. Ini kerana solekan tebal boleh menyebabkan pori tersumbat, iritasi, dan berlakunya breakout. Dengan rutin penjagaan kulit sebelum dan selepas Halloween, anda bukan sahaja melindungi kulit, malah memastikan solekan kekal sempurna sepanjang malam.

Penjagaan kulit sebelum solekan

Setiap tahun, Halloween adalah satu malam di mana anda boleh bergaya sakan. Solekan muka anda mungkin lain daripada biasa, berlapis-lapis dan menggunakan pelbagai produk, bergantung kepada kostum yang dipakai. Tujuan rutin skincare sebelum memakai solekan adalah untuk menyediakan permukaan kulit yang bersih dan lembut, yang boleh menghalang kulit daripada mengelupas dan kasar serta untuk memastikan solekan tahan lebih lama.


Mencuci

Mulakan dengan mencuci muka untuk membersihkan kekotoran dan pori tersumbat. Soy Face Cleanser dirumus dengan protein soya yang kaya dengan amino, aloe vera, dan ekstrak mentimun, untuk meredakan kemerahan dan melembapkan kulit. Bahan-bahan ini akan meningkatkan fungsi penghalang kulit supaya permukaan kulit lebih bersih sebelum disolek.


Polish

Kurangkan potensi kulit mengelupas dan menjadi kasar dengan melakukan proses exfoliation dengan lembut pada muka. Sugar Face Polish Exfoliator kami dirumus dengan gula perang lembut, minyak biji anggur yang berkhasiat, dan buah strawberi yang kaya dengan vitamin C. Exfoliator ini berfungsi sebagai masker muka dan scrub, untuk membuang kulit mati dan melicinkan permukaan kasar pada kulit. Ia akan melembutkan, melicinkan, dan menghaluskan semula kulit agar muka tampil lebih lembut dan berseri.


Persediaan

Lengkapkan rutin penjagaan kulit sebelum solekan dengan serum yang sesuai dengan jenis dan keperluan kulit anda. Serum terbaik untuk malam Halloween adalah Vitamin Nectar Antioxidant Face Serum kami. Serum dengan kuasa serapan pantas ini dirumus dengan nutrisi kulit yang kompleks. Ia berfungsi membekalkan vitamin penting, mineral dan antioksida untuk meningkatkan kesihatan dan seri pada wajah anda melalui empat aspek—kecerahan, kelembutan, hidrasi dan tanda keletihan. Serum ini membekalkan 480,000+ buih mikro dan kulit anda akan terus dilindungi serta kelihatan berseri walaupun memakai pelbagai lapisan solekan.


Penjagaan kulit selepas solekan

Selepas pulang dari parti Halloween, anda pasti inginkan kulit yang bersih, seimbang dan cukup lembap. Ini untuk mencegah risiko breakout selepas Halloween. Jadi, kami sarankan rutin 3 langkah ringkas untuk mengurangkan iritasi dan juga memaksimumkan keberkesanannya.


Buang solekan

Kombucha 2-in-1 No-Rinse Cleanser & Prebiotic Treatment kami merupakan rawatan cucian dalam satu langkah yang akan membuang solekan dan kekotoran serta menyingkirkan bahan pencemar pada kulit anda. Pada masa yang sama, produk ini akan mengekalkan keseimbangan dan melindungi penghalang kulit untuk kulit yang lebih sihat. Gunakan rawatan tanpa bilas ini pada kulit anda. Selepas itu, lap dengan kapas untuk membersihkan dan merawat kulit anda. Nikmati wajah yang lebih lembut dan segar dalam satu langkah dengan rawatan yang diperkaya dengan kombucha antioksida ini.


Seimbangkan semula

Selepas membuang semua kesan solekan, berikan nutrisi pada kulit dengan Kombucha Antioxidant Facial Treatment Essence. Formula kombucha yang melalui proses penapaian berganda ini diperkaya dengan metabiotik. Esen ini akan menyokong enzim kulit untuk memulihkan kulit yang terjejas dengan stress oksidatif. Stress ini boleh menyebabkan kulit kelihatan kusam, kering, rona kulit yang tidak sekata serta garisan halus. Hanya perlu sapukan esen ini pada kulit dan rasai kecerahan, hidrasi dan kulit yang lebih berseri. Selain itu, ia juga akan membuatkan produk seterusnya lebih berkesan.


Hidrasi

Akhir sekali, kunci khasiat produk sebelumnya dengan pelembap—Rose Deep Hydration Moisturizer. Pelembap ini direka untuk membekalkan hidrasi sehingga 72 jam untuk kesan kulit yang gebu secara semula jadi. Mengandungi ekstrak ros damask, air bunga ros, dan asid hialuronik untuk mengembalikan kelembapan dan melindungi penghalang kulit anda dalam tempoh yang lama. Jadi, wajah anda nampak dan terasa segar semula walaupun selepas memakai solekan tebal sepanjang hari.


Sentiasa fresh dalam semua keadaan

Daripada rutin harian kepada majlis istimewa tertentu, terokai koleksi penjagaan kulit, bibir dan badan yang sesuai untuk setiap jenis dan masalah kulit. Dapatkan produk kegemaran baru anda dari fresh.

Author Profile
blog author Sophia

Sophia D'Urso

Global Consumer Experience

Written by Sophia D’Urso for Fresh. Sophia is an NYC-based consumer experience specialist and content writer. Sophia has worked as a consumer marketer and writer for years at various brands within the beauty, media, and events industries.