Sebuah Jelajah Tentang Haruman

Brittan Bates

Global Brand Storytelling

4 min read

Expert Advice

Koleksi Wangian Pengenalan kami — dan bunga baharu yang memukau.

Six Fresh perfume bottles floating against a floral background

Terokai Koleksi Wangian Pengenalan fresh—dan temui haruman bunga baharu yang memukau.


Bauan dan haruman merupakan suatu bentuk ekspresi yang sangat hebat—mengenai diri kita, impian, dan identiti sebenar kita. Koleksi Wangian Pengenalan fresh menampilkan sebuah perjalanan mengenai haruman, dicetuskan oleh aroma bahan tunggal dari fresh. Si pemakai akan berasa seperti diberi nafas baharu, membuka segala kemungkinan tanpa had untuk mencipta aura yang berbeza dan tidak akan dilupakan.


Tidak seperti deria lain, deria bau terus sampai kepada bahagian yang bersambung dengan hipokampus—iaitu bahagian yang bertanggungjawab terhadap memori dan kognitif—serta amigdala yang memproses emosi. Ini mungkin menjelaskan mengapa otak kita belajar mengaitkan sesetenngah bau dengan memori emosi.


Pewangi ialah sebahagian daripada warisan fresh sejak awal lagi. Lev Glazman, pengasas bersama fresh sentiasa tersentuh dengan kehebatan bau-bauan, cara ia dapat membawa anda ke arah momen tertentu dan membuatkan hati bergetar. “Ibu saya suatu ketika dahulu sungguh berani pergi ke pasar gelap untuk membeli pewangi seludup,” kata beliau. “Sewaktu dia membuka kotak itu di hadapan saya dan memakai pewangi tersebut, dia berubah, malah saya turut berubah juga. Waktu inilah benih permulaan tertanam dalam jiwa saya.” Benih itulah yang membawa kepada Koleksi Wangian Pengenalan istimewa fresh, dikenali dengan baunya yang lembut, segar seperti pepohon sitrus, bunga-bungaan, buah-buahan dan kayu-kayan.

Pemakaian wangian berlapis

Dengan beberapa semburan pada kulit anda, bau yang berbeza dalam Koleksi Wangian Pengenalan fresh mencipta pengalaman yang penuh mengasyikkan. Akan tetapi, anda tidak perlu memilih hanya satu! Kesemua wangian kami direka khas untuk digunakan secara sendirian atau digabungkan bersama. Kami maksudkannya melalui pemakaian lebih dari satu pewangi fresh dan pada yang sama mencipta aura. Aura wangian adalah berbeza bagi setiap individu—memandangkan tiada eau de parfum yang menghasilkan bau yang sama pada setiap orang.


Kunci utama pemakaian wangian berlapis ialah bermula dengan dua bau yang lebih keras—bau yang mempunyai aroma kayuan, kesturi, atau aspek buah-buahan seharusnya dipakai terlebih dahulu. Seterusnya, ubah titik pemakaian—dengan menyembur pada bahagian dalam pergelangan tangan dan tengkuk, pada tulang selangka dan satu lagi pada bahagian bahu, contohnya. Ini membenarkan wangian tersebut bercampur tanpa bergabung, dan mencipta keserasian dengan si pemakai. Anda juga boleh menyembur satu wangian pada waktu pagi dan segarkan dengan pewangi yang berlainan pada belah petang.


Penambahan terbaru kami

Pada bulan ini, fresh memperkenalkan satu lagi wangian baharu untuk Koleksi Wangian Pengenalan, Lily Jasmine Eau de Parfum. Diinspirasikan oleh permulaan baharu yang optimistik, bau bungaan yang memikat ini menangkap bauan daripada jambangan bunga lili liar. Menampilkan not bunga bakung lembah, melur putih, dan dreamy lavender, satu semburan wangian ini membangkitkan perasaan keyakinan diri bahawa segalanya mungkin.


Campuran Lily Jasmine not bunga-bungaan mengekspresikan sifat optimistik Lev apabila mencipta bauan ini. “Tiupan bayu musim bunga memenuhi ruang bilik saya dan membawa saya ke taman bunga lili yang mekar mewangi,” katanya. “Kemudian, dreamy lavender dan dan melur putih menyelubungi saya dalam pelukan permulaan baharu.”


Menampilkan ciri keyakinan diri untuk si pemakai, penggunaan Lily Jasmine sahaja cukup berbau menakjubkan, atau apabila digandingkan dengan haruman segar yang lain. Lev mengesyorkan untuk menggabungkan pemakaian bersama Hesperides Grapefruit Eau de Parfum untuk menyerlahkan bau buah-buahan sitrus berbanding bunga, atau Cannabis Santal Eau de Parfum untuk menambah karakter bunga-bungan kepada bau kayuan. Anda juga boleh meningkatkan pengalaman wangian anda dengan menggabungkan Lily Jasmine dengan haruman penjagaan badan fresh, seperti Rose Morning Body & Hand Wash dan Rose Morning Body Lotion baharu untuk bau jambangan bunga yang tidak dapat dilupakan.


Teruskan membaca untuk meneroka lebih lanjut tentang wangian dalam Koleksi Pengenalan kami dan cipta aura unik anda yang tersendiri.


Lily Jasmine Eau de Parfum

Diinspirasikan oleh permulaan baharu yang optimistik, wangian ini berbau seperti jambangan bunga bakung lembah yang mengasyikkan.


Citron de Vigne Eau de Parfum (dibawakan semula daripada arkib!)

Diinspirasikan daripada sensasi percutian di wilayah Champagne Perancis, pewangi ini berbau seperti ledakan buah-buahan sitrus yang meletus.


Cannabis Santal Eau de Parfum (dibawakan semula daripada arkib!)

Diinspirasikan melalui kisah hubungan percintaan yang terhalang, wangian ini berbau seperti campuran kanabis semulajadi dan patchouli.


Hesperides Grapefruit Eau de Parfum

Diinspirasikan oleh kehangatan musim panas di Itali, wangian ini berbau seperti limau gedang yang dibaluti dengan haruman sitrus pelbagai.


Rose Morning Eau de Parfum

Diinspirasikan oleh bunga mawar yang mekar mewangi di waktu pagi, haruman ini umpama jambangan mawar romantik yang segar dan lembut.


Sugar Lemon Eau de Parfum

Diinspirasikan seolah-olah berjalan di kebun sitrus, pewangi ini berbau seperti kulit lemon yang berkilau dan menyegarkan.


Sugar Lychee Eau de Parfum

Diinspirasikan melalui kedamaian bagaikan selepas hujan musim bunga, wangian ini harum seperti lazat dan manisnya buah laici.

Author Profile
blog author Brittan Bates

Brittan Bates

Global Brand Storytelling

Written by Brittan Bates for Fresh. Brittan is an NYC-based writer, editor, and storyteller with 9 years of experience spanning digital and print journalism, copywriting, brand strategy, and more. Her work has appeared in publications such as Teen Vogue and brands including Diane von Furstenberg, abc carpet & home, FRĒDA SALVADOR, and more.