Apakah Manfaat Skrub Badan

Brittan Bates

Global Brand Storytelling

4 min read

Expert Advice

Cara menjaga kulit anda.

Fresh Body Wash, Lotion and Brown Sugar Body Scrub against a peach colored background

Semua orang inginkan kulit yang nampak sihat dan bertenaga. Exfoliator badan atau pengelupas merupakan campuran bahan kasar—seperti gula, garam, atau biji kopi—dicampur dengan minyak dan esen beraroma yang dicipta khusus untuk badan. Fungsi utama exfoliator adalah untuk membuang sel kulit yang telah mati. Apabila sel kulit mati dibuang, kecerahan semula jadi pada kuit akan lebih terserlah. Mari ketahui manfaat yang ditawarkan oleh ritual penjagaan kulit yang ringkas ini.

Manfaat menggunakan skrub badan


Kulit lebih segar


Kulit kita sentiasa akan menghasilkan sel kulit baru dan sel kulit yang telah mati akan berada di permukaan kulit. Lama kelamaan sel-sel mati ini akan terkumpul dan boleh menyebabkan kulit menjadi kusam dan tidak sękata. Skrub badan boleh membuang dengan lembut sel kulit yang mati, dan membuatkan kulit menjadi lebih segar dan lembut.


Menambah hidrasi


Selepas exfoliate dilakukan, keadaan kulit anda menjadi sangat ideal untuk menyerap kelembapan. Penggunaan scrub badan sebelum menyapu losyen atau minyak dapat memastikan agen penghidrasi ini dapat tembus lebih dalam. Jadi, kulit anda akan mendapat nutrisi dengan lebih berkesan.


Kulit lebih bersedia


Exfoliation merupakan perkara penting jika anda ingin dapatkan tanning yang sekata atau sebelum bercukur atau wax. Sel kulit mati yang telah dibuang dapat membuatkan permukaan kulit lebih lembut. Jadi, produk tanning yang dipakai akan lebih sekata dan permukaan kulit lebih mudah untuk dicukur. Kulit yang diskrub terlebih dahulu sebelum membuang bulu akan membuka liang pori. Kesannya, bulu dicabut terus dari kulit. Keadaan ini dapat mengurangkan risiko bulu tumbuh ke arah dalam kulit (ingrown).


Merangsang deria


Penggunaan skrub badan—terutamanya skrub beraroma—dan disapu secara berpusar, dapat menambah baik peredaran darah, merangsang deria dan memberi ketenangan ketika melakukan rutin penjagaan diri.


Skrub badan pilihan fresh


Brown Sugar Body Polish Exfoliator menawarkan rawatan yang seakan sama dengan spa, cuma anda boleh lakukan dari rumah. Exfoliator ini dirumus dengan kristal gula perang yang sememangnya dikenali dengan khasiat exfoliation lembut. Skrub ini dapat membuang sel kulit mati dan memberi kesan lembut dan lebih bersinar pada kulit. Produk ini dicampur dengan minyak semula jadi yang berkhasiat. Ia dapat menghidrasi dan memberi khasiat pada kulit. Hasilnya, kulit menjadi lebih anjal dan lembut, serta tampil lebih sihat. Skrub beraroma sitrus ini membuatkan proses exfoliation menjadi satu sesi memanjakan diri yang menenangkan.


Cara gunakan skrub badan


Skrub badan dapat memberi manfaat pada kulit anda. Kami kongsikan cara yang betul untuk gunakan scrub badan:


  • Mulakan dengan kulit yang bersih: Mandi atau rendamkan badan dalam air suam; ini membantu membuka liang pori, dan kulit dapat manfaat sepenuhnya kesan exfoliation.
  • Gunakan dalam jumlah banyak: Letakkan skrub dalam jumlah yang banyak pada tangan. Sapu dengan lembut secara melingkar pada kulit, bermula dari kaki dan bergerak ke atas ke arah jantung. Cara ini dapat menambah baik peredaran darah.
  • Gunakan secara lembut: Ketika sedang skrub, gunakannya dengan lembut pada kulit. Skrub yang dilakukan secara kasar boleh memberi kesan buruk pada kulit. Ia boleh menyebabkan kesan keradangan dan merosakkan kulit. Anda perlu lebih berhati-hati ketika skrub pada kawasan kulit yang nipis, seperti kawasan dada.
  • Bilas dengan bersih: Sebaik sahaja anda telah sapu pada kawasan yang anda inginkan, basuh kesan scrub dengan air suam. Pastikan semua kesan skrub telah dibasuh untuk mengelakkan saki-baki skrub tertinggal yang boleh merosakkan kulit selepas kulit dikeringkan.
  • Kering secara patting: Selepas membilas, keringkan badan dengan menepuk lembut (patting) menggunakan tuala bersih, berbanding menggosok; cara ini dapat mengurangkan berlakunya keradangan kulit, dan membuatkan kulit lembut dan segar.
  • Lembapan: Sebaik sahaja selepas kulit dikeringkan, gunakan pelembab dalam jumlah yang banyak untuk menghidrasi dan melindungi kulit anda. Kulit yang baru menjalani proses exfoliation dengan sempurna dapat menyerap kelembapan dengan baik. Keadaan ini membuatkan losyen badan anda lebih berkesan.

Walaupun manfaat menggunakan skrub begitu menarik, skrub badan yang digunakan secara berlebihan berpotensi menyebabkan keradangan pada kulit. Kami sarankan anda untuk gunakan skrub dua atau tiga kali seminggu. Sentiasa peka dengan tindak balas kulit dan sesuaikan dengan kekerapan penggunaan skrub anda.


Nikmati momen manjakan diri anda dengan fresh


Dengan menambah proses exfoliation dalam rutin penjagaan kulit, anda bukan setakat memanjakan kulit, malah anda juga menyediakan keadaan kulit yang dapat membuatkan produk lain berfungsi dengan lebih berkesan untuk mengatasi masalah kulit seperti kekeringan dan lesu. Skrub badan merupakan rawatan efektif untuk dapatkan kesan transformatif kulit menjadi sihat dan bersinar.

Author Profile
blog author Brittan Bates

Brittan Bates

Global Brand Storytelling

Written by Brittan Bates for Fresh. Brittan is an NYC-based writer, editor, and storyteller with 9 years of experience spanning digital and print journalism, copywriting, brand strategy, and more. Her work has appeared in publications such as Teen Vogue and brands including Diane von Furstenberg, abc carpet & home, FRĒDA SALVADOR, and more.