Apakah kulit kombinasi?

4 min read

Expert Advice

Cipta rutin sempurna dengan produk fresh

Model wiping her cheekbone with white cotton pad

Hari anda bermula dengan kulit yang bersih dan segar, namun menjelang tengah hari minyak mula kelihatan pada bahagian dahi dan hidung. Pipi anda kadangkala terasa normal, kadangkala kering dan menegang, malahan bersisik. Pori-pori besar dan lain-lain masalah kulit juga sering membelenggu anda. Sebagai kesimpulannya, anda mempunyai hampir semua masalah kulit—atau dipanggil sebagai kulit kombinasi. Kulit kombinasi dikategorikan sebagai lebihan minyak pada zon t (dahi, hidung dan dagu), namun kering pada kawasan wajah yang lain. Maka dengan itu, untuk mencipta rutin penjagaan wajah yang bersesuaian, penting untuk anda mengenali jenis kulit anda. Baca tip kami selanjutnya khusus untuk kulit kombinasi yang akan membuatkan kulit anda terasa lebih sihat.

: Cara untuk menangani kulit kombinasi

Kulit jenis kombinasi agak sukar untuk tangani kerana anda berhadapan dengan pelbagai masalah kulit. Penggunaan produk yang keras untuk membantu mengurangkan minyak dan lain-lain masalah akan menyebabkan kulit menjadi kering, terutamanya di kawasan yang sering mengalami kekeringan. Penggunan produk pelembap dan yang berkepekatan tinggi untuk mengatasi kulit kering pula akan menyebabkan zon t menjadi terlalu berminyak dan malah boleh membuat pori tersumbat. Jadi, bagaimana anda merawat kulit kombinasi? Ianya sama seperti kehidupan—segalanya tentang keseimbangan dan ketahanan.


Apabila kulit anda seimbang, nisbah minyak dan air dipenuhi, kulit akan dapat berfungsi dengan baik dan membentuk lapisan perlindungan kulit yang kuat. Ini menyasarkan pelbagai jenis masalah kulit agar kulit anda kelihatan lebih baik dan sihat. Fikirkan: tidak terlalu berminyak, tidak terlalu kering, tetapi seimbang.


Meningkatkan daya tahan adalah salah satu cara untuk merawat kulit kombinasi. Ini termasuk membantu keupayaan kulit untuk melawan cabaran hidup seperti tidur yang tidak mencukupi, diet yang tidak seimbang, tekanan, dan perubahan musim. Tekanan hidup ini boleh mengakibatkan kulit mengalami pelbagai masalah seperti kekusaman, kekeringan, tekstur kulit menjadi kasar, pori-pori terbuka dan minyak berlebihan—yakni masalah yang sememangnya dihadapi oleh mereka yang mempunyai kulit kombinasi. Cara yang terbaik untuk meningkatkan daya tahan kulit adalah dengan memastikan supaya lapisan perlindungan kulit anda kukuh.


: Membina rutin penjagaan kulit fresh anda

Bagi mereka yang mempunyai kulit kombinasi, fresh boleh membantu anda. Berikut merupakan barisan produk penjagaan kulit terbaik untuk digabungkan ke dalam rutin anda untuk memperoleh kulit yang lembut dan berseri!


Langkah 1: Soy pH-Balancing Hydrating Face Wash

Kulit yang sihat bermula dengan kulit yang bersih. Mulakan rutin anda dengan pembersih wajah yang berkesan seperti Soy Face Cleanser. Pembersih soya ini sesuai untuk kulit kombinasi kerana ia mengekalkan tahap pH kulit, menyingkirkan kotoran dan sisa solekan dengan lembut, dan menggalakkan penghidratan. Ia diformulasikan dengan asid amino protein soya yang diperkaya, aloe vera, ekstrak mentimun, dan minyak biji borage untuk mengekalkan lembapan, mengurangkan kemerahan, dan menyokong sistem lapisan perlindungan kulit. Hasilnya? Kulit tampak lebih bersih dan sihat. Tidak hairanlah ia antara salah satu produk terlaris kami!


Langkah 2: Rose & Hyaluronic Acid Deep Hydration Toner

Seterusnya ialah penyegar untuk melengkapkan langkah pembersihan. Ia dicipta khas untuk menyingkirkan lebihan kotoran dan mengembalikan keseimbangan kulit. Rose Deep Hydration Facial Toner ialah penyegar dengan formula khusus untuk membersihkan kotoran, mengecilkan saiz pori dan menghidratkan kulit. Penyegar terlaris yang bebas alkohol ini mempunyai kuasa mawar tiga kali ganda dengan kandungan ekstrak pengetonan buah mawar, ekstrak mawar damask yang menguatkan dan minyak mawar yang memulihara kulit. Leret untuk menguatkan lapisan perlindungan kulit dan serlahkan kulit yang lembut dan anjal.


Langkah 3: Tea Elixir Skin Resilience Activating Serum

Untuk langkah penggunaan serum, kita ingin memfokus kearah menguatkan lapisan perlindungan kulit dan meningkatkan daya tahannya. Kenali rakan baik baharu buat kulit kombinasi anda, Tea Elixir Serum. Selepas dalam hanya satu penggunaan, ia menambah baik tahap keanjalan kulit dan menggalakkan keserian kulit, disamping menyumbang kepada kekuatan lapisan perlindungan kulit* sebanyak 31% dan mengurangkan penampakan garis halus sebanyak 15%**. Hasilnya, anda akan memperoleh kulit yang lembut dan berseri.


Langkah 4: Rose & Hyaluronic Acid Deep Hydration Emulsion

Langkah terakhir ialah pelembap. Bagi kulit kombinasi, adalah penting untuk memilih pelembap yang mengekalkan hidrasi kulit disamping mengawal minyak. Untuk itu, Rose Deep Hydration Balancing Emulsion ialah produk yang tepat. Ianya terbukti sempurna untuk mengimbangi tahap minyak dan air secara mendalam tetapi dengan sifat lembapan yang ringan. Formula seakan susu dan menyerap dengan pantas ini mengandungi ekstrak mawar damask untuk menarik dan menyimpan lembapan disamping menguatkan lapisan perlindungan kulit, asid hialurinik bermolekul rendah untuk menghidrat dengan pantas dan mendalam sehingga lapisan epidermis, dan ekstrak yarrow untuk membantu menghaluskan kulit dan pori-pori. Dengan pelembap wajah yang ringan ini, anda akan mendapat kulit yang lebih sekata, lembut, dan pori yang lebih mengecil.


Ingatlah tentang keseimbangan dan ketahanan sewaktu memilih produk penjagaan kulit untuk kompleksyen kulit kombinasi anda, dan anda akan mengecapi kulit yang cantik dalam masa terdekat.

Author Profile