SHOP NOW
Mandian Shower v. Rendaman: Mana satu sesuai untuk kulit anda?
3-4 min read
Sesuaikan rutin penjagaan badan anda mengikut apa yang diperlukan.
Bagi kebanyakan orang, mandi shower dan berendam, kedua-duanya penting dalam rutin kebersihan mereka. Hampir setiap pagi, shower merupakan cara paling berkesan untuk mulakan hari anda. Namun, kita semua tahu nikmat berendam dalam air hangat selepas mengharungi hari atau minggu yang memenatkan. Persoalannya, adakah mandi shower lebih baik berbanding rendaman? Jawapannya agak subjektif. Ia bergantung kepada apa yang anda perlukan serta apa yang anda ingin peroleh daripada rutin penjagaan badan anda.
Pemenang: Mandian shower
Jika dibandingkan dengan berendam, mandi shower biasanya lebih berkesan untuk membersihkan badan. Pancuran air yang berterusan membuatkan kotoran, peluh dan bahan pencemar dapat dibersihkan lebih menyeluruh dari permukaan kulit. Mandian shower juga lebih pantas berbanding berendam kerana sesi rendaman memerlukan lebih banyak masa. Jadi, faktor ini membuatkan mandian shower lebih sesuai dilakukan secara harian.
Tip dari pakar: Jirus air sejuk selama beberapa saat apabila selesai mandi. Kulit yang terdedah pada air sejuk akan mengecilkan pori dan mengekalkan lembapan.
Pemenang: Rendaman
Berendam dalam air hangat membolehkan kulit menyerap kelembapan, melembutkan kulit dan memudahkan sel kulit mati dibuang. Exfoliation menggunakan skrub badan seperti Brown Sugar Body Polish Exfoliator akan memudahkan kulit kering dibuang selepas rendaman. Walaupun mandian shower membersihkan badan dengan cepat, sesi rendaman membolehkan anda melakukan ritual penjagaan diri yang lebih lengkap, seperti exfoliation dan urutan, untuk meningkatkan nutrisi dan hidrasi.
Tip dari pakar: Walaupun rendaman air panas nampak menarik, air yang terlalu panas boleh menyingkirkan minyak semula jadi yang terdapat di kulit. Keadaan ini boleh mendorong kulit jadi kering, tidak selesa, atau iritiasi kulit berlaku. Rendaman air hangat juga boleh menawarkan pengalaman menenangkan yang sama.
Pemenang: Shower
Kebanyakan mandian shower biasanya menggunakan pancuran yang dilengkapi dengan pelbagai setting yang boleh diubah, seperti mist dan jet yang boleh memberi tekanan pada kulit dan membantu peredaran darah. Variasi setting tersebut membolehkan anda menyesuaikan cucian badan anda, mengikut keperluan kulit anda. Gunakan Hesperides Grapefruit Body Wash yang berbau menyegarkan untuk menyuntik kesegaran dan menghidrasi kulit anda semasa mandi
Tip dari pakar: Gunakan penapis pada kepala pancuran anda; ia mungkin mampu menapis bahan pencemar atau kimia berbahaya yang biasa ditemui dalam air paip tidak bertapis.
The Winner: Rendaman
Beredam dalam air hangat membolehkan kulit menyerap mineral dan nutrien penting daripada penambah rendaman seperti sabun Sake Bath soak kami. La dapat membantu membersihkan kulit.
Aktiviti berendam juga memberi rasa tenang yang mendorong badan untuk berehat. Keadaan ini akan mengurangkan ketegangan pada otot. Stress boleh memberi kesan negatif pada kulit. Jadi, waktu berehat dan bertenang ketika berendam dapat mengurangkan stress. Pendekatan holistik sebegini membuatkan sesi rendaman tidak hanya bermanfaat pada badan, malah ia juga satu cara untuk menyuntik perasaan positif dalam diri.
Tip dari pakar: Untuk rendaman yang efektif, luangkan masa antara 15 hingga 30 minit untuk berendam bagi membolehkan kulit menyerap sepenuhnya khasiat air panas dan bahan tambahan tanpa menyingkirkan minyak semula jadi pada kulit.
Untuk rutin penjagaan badan yang efektif dan juga berehat melalui rendaman, mandi setiap hari dan lakukan aktiviti berendam sekali atau dua kali seminggu. Tidak kira cara atau waktu yang anda gemari untuk kedua-dua aktiviti tersebut, koleksi gel mandian di fresh mampu menyegarkan kulit anda. Produk kami berfungsi sebagai pembersih badan dan tangan, serta didatangkan dalam pelbagai aroma, termasuk Sugar Lychee Body & Hand Wash dengan haruman sitrus menyegarkan dan Lily Jasmine Body & Hand Wash yang berbau flora.
Setiap gel pencuci beraroma ini dirumus dengan vitamin C dan E untuk membekalkan nutrisi, melembutkan, dan melindungi kulit anda. Selain itu, gliserin pula berfungsi untuk menarik dan mengekalkan kelembapan untuk keselesaan dan hidrasi berpanjangan. Gel berformula pH seimbang ini begitu melembutkan dan menyegarkan kulit anda dengan haruman yang anda gemari, untuk memaksimumkan menjadikan rutin mandian dan rendaman anda.
Daripada produk harian seperti gel mandian dan losyen badan, hingga produk anti penuaan popular dan overnight masker, dapatkan lebih banyak produk penjagaan kulit, bibir, dan badan, serta koleksi pewangi untuk kesihatan kulit anda.