Trio Rawatan

Sara Anderson

Global Brand Storytelling

3 min read

Skincare Education

Kenali permulaan penting untuk setiap rutin penjagaan kulit.

Treatment Trio

Ingin tahu rahsia kulit bercahaya dan berdaya tahan? Trio Rawatan kami yang terbukti secara klinikal! Direka untuk menjadi produk teras bagi mana-mana ritual penjagaan kulit, Trio Rawatan kami memberi anda peluang untuk memperibadikan dan membina tiga langkah penting: membersihkan, menyediakan dan merawat.

Menampilkan Pencuci Muka Penghidratan Soya dengan pH Seimbang kami yang ikonik, Esen Rawatan Muka Antioksidan Kombucha dan Serum Pengaktifan Ketahanan Kulit Eliksir Teh universal. Anda perlu lebih bijak untuk memilih produk penjagaan kulit yang terbaik.

Tetapi yang pertama sekali, mengapa anda memerlukan rutin penjagaan kulit?

Kulit anda bekerja keras setiap hari untuk melindungi anda dan melakukan pelbagai fungsi. Apabila usia anda meningkat, begitu juga kulit anda dan rutin yang baik, disesuaikan dengan keperluan anda yang berubah-ubah, akan membantu mencegah tanda penuaan pramatang yang boleh dilihat dengan membantu dalam penjanaan semula dan pengeluaran sel kulit. Kulit ternyahhidrat, kotor atau rosak bukan sahaja menjejaskan penampilan anda tetapi juga boleh menyebabkan kemerahan, keradangan, jerawat dan keadaan kulit. Tabiat penjagaan kulit yang betul membantu anda mencapai kulit yang sihat dan kelihatan berseri supaya anda kelihatan dan berasa terbaik.


Apakah maksud terbukti secara klinikal?

Ini bermakna yang produk tersebut telah diuji pada pengguna dalam persekitaran klinikal dan ia telah mencapai hasil yang diinginkan!


Mengapa kami menguji ketiga-tiga produk tersebut bersama-sama?

Kami percaya bahawa ada matfaat jika anda menggunakan ketiga-tiganya dan mahu membuktikannya. Jika digunakan secara bersendirian, setiap produk ini adalah produk terlaris yang dipercayai, digemari kerana kebolehpercayaan dan keberkesanannya, tetapi jika digabungkan, kuasanya dipertingkatkan. Trio Rawatan kami telah diuji pada 1200+ orang dewasa dari semua peringkat umur, jenis* dan rona kulit,** malah pada kulit sensitif, ditambah pula dengan ujian dermatologi.


Hasilnya? Kulit bercahaya dan berdaya tahan hanya dalam tiga langkah.


Hasil dalam 1, 2, 3


1. Membersihkan

Setiap rutin harus bermula dengan kanvas yang bersih. Pencuci Muka Penghidratan Soya dengan pH Seimbang kami ialah pembersih muka yang menghidratkan yang mengandungi protein soya yang berfungsi untuk membersihkan pori secara mendalam dan menanggalkan solekan (ya, termasuk maskara) sambil mengekalkan pH kulit dan meningkatkan penghidratan. Diperkaya dengan Gel Aloe Vera, Minyak Biji Borage dan Ekstrak Timun, pencuci muka yang direka khas ini akan membuatkan kulit anda tenang, sihat dan lega.


2. Persediaan

Seterusnya, sediakan kulit untuk memastikan semua produk yang digunakan selepas itu akan berfungsi secara optimum. Esen Rawatan Muka Antioksidan Kombucha kami adalah produk terlaris yang melindungi dan membaiki kulit dengan jelas daripada kesan tekanan luaran, termasuk pencemaran alam sekitar, sinaran UV yang merosakkan dan cuaca yang melampau. Menggunakan metabiotik termaju, iaitu teknologi bahan aktif yang menyokong proses pembaikan enzim kulit, bersama-sama dengan Ekstrak Bunga Artemisa, Kombucha dan Asid Hialuronik, langkah ini memberikan kulit anda rangsangan kejernihan supaya ia kelihatan dan terasa lembut, anjal dan bercahaya.


3. Rawat

Kini tiba masanya untuk merawat kulit dengan serum muka yang disasarkan. Memperkenalkan Serum Pengaktifan Ketahanan Kulit Eliksir Teh universal kami, yang dikuasakan oleh APT Technology™, Asid Hialuronik dan Seramida, yang meningkatkan keserian kulit yang boleh dilihat dan menjadikannya lebih berdaya tahan terhadap tekanan kehidupan seharian untuk tekstur yang lebih licin, lantunan yang dipulihkan dan penampilan kedutan yang berkurangan.


Dapatkan Rawatan Trio untuk Penampilan Fresh

Sama ada anda baru bermula atau inginkan rutin yang lebih ringkas, Rawatan Trio kami menyediakan semua yang anda perlukan untuk rutin yang boleh dibina yang membuatkan kulit anda berasa segar, sihat dan bercahaya. Produk kami berfungsi secara sinergi untuk membantu anda mereka rutin penjagaan kulit tersuai yang disasarkan yang memenuhi keperluan kulit anda yang berubah-ubah. Dapatkan produk anda di Fresh untuk melihat dan merasai yang terbaik setiap hari.


*normal, kering, berminyak, kombinasi

**berdasarkan skala Fitzpatrick

Author Profile
blog author Sophia

Sara Anderson

Global Brand Storytelling

Written by Sara Anderson for Fresh. Sara is a NYC-based global marketer and beauty content strategist. Sara has 12+ years of experience conceptualizing and producing original content in beauty, fashion, music, and entertainment. Sara has created content for Fast Company, Us Weekly, Birchbox, and PopCrush.com with her expertise most recently in the beauty space.