Turutan yang Betul dalam Menggunakan Produk Penjagaan Kulit

Elsa De Berker

Beauty Expert

2 min read

Skincare Education

Panduan turutan dalam penjagaan kulit.

Order to apply skincare

Dalam penjagaan kulit, terdapat banyak perkara yang perlu diketahui. Daripada bahan inovatif sehinggalah kepada hasil terkini yang disokong oleh kajian sains. Jadi, tidak hairanlah perkara ini boleh memeningkan.


Cara paling mudah untuk dapatkan turutan penggunaan produk penjagaan kulit yang betul? Kami kongsikan panduan berkenaan turutan menggunakan produk fresh dalam penjagaan kulit, tidak kira rutin harian anda ringkas atau intensif. (Pembayang: melibatkan konsep kurang ke lebih likat atau “thin-to-thick rule.”)

Fasa 1: Pembersihan

Mulakan dengan pembersihan

Tidak kira pagi atau malam, setiap rutin perlukan muka yang bersih untuk menyerap produk yang akan digunakan dalam langkah seterusnya. Untuk persoalan adakah muka perlu dicuci dua kali sehari, jawapannya ya. Pada waktu pagi, rutin mencuci muka dapat memberi keseimbangan pada kulit. Minyak berlebihan dan sebum yang terkumpul pada malam sebelumnya akan dibuang. Sementara itu, pada waktu petang, pencuci muka akan menanggalkan solekan dan mencuci liang pori yang dipenuhi solekan, pencemaran dan habuk. Untuk pembersihan yang ringkas, kami sarankan pencuci muka yang seimbang dari segi pH- dan lembut untuk digunakan setiap hari, dua kali sehari, seperti Soy pH-Balanced Hydrating Face Wash kami.


Prep & tone

Akhiri proses cucian dengan sapuan toner. Basahkan kapas muka dengan Rose Deep Hydration Toner dan sapu pada bahagian muka, leher dan atas dada sehingga ke bahu (décolletage) untuk bersihkan kekotoran yang masih ada. Langkah ini dapat memulihkan liang pori, menguatkan penghadang kulit dan menambah kelembutan pada kulit. Pada hari anda menggunakan topeng muka dalam rutin—secara tipikalnya 1-3 kali dalam seminggu—bersihkan muka dahulu, kemudian gunakan mask dan diikuti dengan toner.


Fasa 2: Rawat

Cari essence anda

Bergantung kepada sejauh mana pengetahuan anda tentang penjagaan kulit, anda mungkin sudah biasa dengan essence muka. Langkah ini ringkas namun mempunyai manfaat yang besar. Ini kerana essence dapat membantu memulihkan kerosakan oksidatif yang sedia ada (seperti garisan halus dan kedutan) dan dalam masa yang sama melindungi kulit daripada bahan memberi tekananan (stressor) dari persekitaran. Untuk menggunakannya, titiskan sedikit essence pada tapak tangan yang bersih dan sapukan dengan lembut pada kulit, iaitu dari leher sehingga kepada bahagian leher. Lakukan pada waktu siang dan malam. Produk fresh yang sesuai? Semestinya Kombucha Antioxidant Facial Treatment Essence.


Masih ingat lagi t “thin-to-thick rule” yang kami sebutkan sebelum ini? Essence muka ialah produk penjagaan kulit berasaskan air yang mempunyai struktur halus dan cair. Sebab itu ia perlu digunakan dahulu. Apabila melakukan rawatan secara berlapis, gunakan setiap produk berdasarkan kelikatan. Mulakan dengan paling kurang dan akhir sekali paling likat. Cara ini dapat memastikan penyerapan yang optimum. Memandangkan serum dan krim akan bertambah likat, gunakan langkah yang sama sehinggalah langkah terakhir, iaitu pelembap.


Menggalakkan daya tahan

Langkah seterusnya ini khusus untuk Tea Elixir Skin Resilience Activating Serum, yang sama seperti essence muka, merupakan produk ikonik yang memerlukan langkah berasingan. Tea Elixir Serum ini berfungsi meningkatkan kemampuan kulit dalam melawan tekanan dalam kehidupan yang menjadi punca kepada penuaan serta menguatkan lagi pelindung kulit. Hasilnya, kulit jadi lebih lembut dan dapat berfungsi sepenuhnya. Sukar untuk percaya bukan? Baca hasil kajian sains dan lihat sendiri perbezaan gambar sebelum dan selepas menggunakan produk ini!


Rawat

Jika anda pilih untuk gunakan serum untuk lapisan kedua, pertimbangkan keadaan kulit dan apa yang inginkan untuk kulit anda. Kemudian, satu formula yang paling sesuai. Pada siang hari, kebanyakan jenis kulit akan mendapat manfaat daripada serum muka yang ringan dan berupaya menghidrasi dengan mendalam. Sementara itu, pada waktu malam pula, formula pemulihan yang lembut dapat menggalakkan kulit bersinar ketika anda tidur. Cuba bereksperimen lihat hasil paling sesuai untuk anda.


Jangan lupakan bahagian mata anda

Kulit di sekitar bahagian mata lebih nipis dan halus berbanding permukaan lain pada badan. Keadaan ini menyebabkan ia cenderung memiliki garisan halus dan kedutan pada bawah mata. Kerana itulah kawasan pada mata perlukan rawatan khas—tidak kira berapa umur atau jenis kulit anda. Sapukan sedikit krim mata, dua kali sehari untuk melindungi kawasan sensitif ini.


Fasa 3 : Lembapan

Hidrasi, hidrasi, hidrasi

Kini, rutin penjagaan kulit anda hampir lengkap, dan semestinya kompleksi kulit anda pasti menghargai apa yang telah anda lakukan. Sekarang, anda perlu ‘mengunci’ proses yang dilakukan sebelum ini dengan pelembap. Produk pelembap fresh tersedia untuk setiap keadaan kulit, tidak kira ringan atau likat, nyahtoksin atau menguatkan kulit. Untuk waktu pagi, jangan lupa gunakan tambahkan pelindung matahari (sunscreen) pada rutin ini.


Akhiri dengan lirikan senyuman

Sama seperti mata, bahagian bibir lebih sensitif dan memerlukan formula yang lebih khusus—lebih-lebih lagi pada musim sejk. Untuk melengkapkan rutin penjagaan kulit anda, sapukan balsam bibir (lip balm) yang bernutrisi sekurang-kurangnya dua kali sehari, atau gunakan tinted lip balm untuk hidrasi dengan warna. Untuk mengelakkan bibir menjadi merekah, sapukan tinted lip balm dan kemudian with a leave-on lip mask— contohnya seperti Sugar Recovery Lip Mask Advanced Therapy kami—terutamanya sebelum tidur.


Rutin yang fresh, setiap hari

Kami berusaha menyediakan rutin penjagaan kulit terbaik untuk anda melalui kombinasi bahan semula jadi, amalan yang dipraktikkan sejak dahulu kala dan sains moden. Tidak kira berapa umur, jenis kulit, atau masalah kulit anda, rutin yang betul dalam menggunakan produk istimewa fresh akan menghasilkan kulit sihat dan bersinar sepanjang tahun!

Author Profile
blog author Elsa

Elsa De Berker

Beauty Expert

Elsa is a NYC-based skincare enthusiast and experienced editor with years of worth of content creation for fashion, beauty, wellness, and digital media outlets.