SHOP NOW
Emulsion vs. Pelembab
Kaleigh Fasanella
Pakar Kecantikan
4 minit
Ketahui perbezaan dan cara gunakan kedua produk dalam rutin penjagaan kulit anda.
Tidak perlu menjadi seorang pakar kulit untuk anda tahu bahawa kulit yang lembab adalah tiket kepada kulit yang sihat. Namun, bagaimana anda boleh pastikan kulit anda—dan, lebih penting lagi, sentiasa—mendapat kelembapan yang mencukupi? Jawapannya adalah dengan mendapatkan keseimbangan minyak dan air. Ini kerana, kedua-dua elemen tersebut diperlukan untuk pertumbuhan kulit dan berfungsi dengan baik.
Di fresh Beauty HQ, kami perolehi keseimbangan tersebut dengan menggunakan kedua-dua emulsion dan pelembab muka (moisturizer) dalam rutin penjagaan kulit, untuk menambah serta mengekalkan hidrasi. Teruskan membaca kerana kami akan kongsikan perbezaan utama antara emulsion dan pelembab serta manfaat yang ditawarkan.
Emulsion adalah eliksir ringan bersifat bendalir yang mempunyai manfaat yang sama dengan pelembab. Bezanya, emulsion memiliki ketekalan (consistency) yang dapat meresap masuk dalam kulit dengan pantas. Salah satu ciri ketara emulsion adalah ia mengandungi dua sebatian cecair yang tidak akan larut apabila dicampurkan (Inilah sebab mengapa anda perlu goncang sebelum menggunakan emulsion).
Penjagaan kulit emulsion sebagai subkategori pelembab sememangnya telah lama digunakan di Asia, namun popularitinya semakin meningkat dalam kalangan segmen pengguna negara Barat memandangkan semakin ramai yang mencari pelembab yang lebih ringan.
“Apabila digunakan untuk penjagaan kulit, tekstur emulsion lebih ringan berbanding krim pelembab muka dan secara umumnya mengandungi minyak dan air, seperti yang kita sedia tahu tidak akan bercampur” seperti diterangkan oleh Dr. Marisa Garshick, seorang dermatologis bertauliah yang berpusat di Bandaraya New York. Keadaan tersebut menghasilkan satu penyelesaian unik yang sangat membantu memberi keseimbangan komposisi minyak dan air dalam kulit. Keseimbangan ini penting untuk membolehkan kulit berfungsi dengan baik.
Sama seperti serum, emulsion dirumus untuk pelbagai jenis masalah kulit— daripada kulit kering dan dehidrasi sehinggalah kepada garisan halus dan kedutan. Cuma, tidak seperti serum, emulsion mengandungi bahan emolion tinggi yang berfungsi sebagai pelindung untuk ‘mengunci’ hidrasi dan menggalakkan kesihatan penghalang kulit. Selain itu, emulsion juga boleh digunakan sebagai pengganti pelembab muka sebagai langkah terakhir dalam penjagaan muka.
Sebagai rangkuman perkongsian kami: Emulsion ialah larutan minyak di dalam air yang dapat menyerap dengan pantas dan menguatkan hidrasi—dengan tekstur lebih ringan dan kurang pekat berbanding pelembab.
Seperti yang kami nyatakan secara ringkas sebelum ini, emulsion menawarkan kelebihan hampir sama banyak dengan manfaat yang dimiliki oleh pelembab (ini menjadikan emulsion sebagai pilihan ideal bagi mereka yang tidak mahu sapuan dengan tekstur berat pada wajah). Sebagai contoh, Rose Deep Hydration Balancing Emulsion merupakan formula inovatif seakan putih susu—diperkaya dengan ekstrak damask rose, asid hyaluronik dan ekstrak bunga yarrow—yang memberi kelembapan mendalam dan membantu menyeimbangkan kadar minyak dan air. Keadaan ini membuatkan kulit lebih selesa, lembut dan halus.
Selain itu, penjagaan kulit emulsion juga menawarkan kesan segar dan rata kepada kulit. Kedua-dua kesan ini membantu mengurangkan penampakan garisan halus dan serta liang pori yang membesar dan tekstur kasar. Dengan penggunaan secara berterusan, kulit akan menjadi seimbang, mendapat kelembapan yang mencukupi dan lebih konsisten. Bukankah itu kedengaran seperti yang apa anda inginkan?
Pelembab juga sering dikenali sebagai krim. Dari segi ketekalan (consistency), pelembab muka lebih likat dan secara tipikalnya digunakan sebagai langkah terakhir dalam rutin penjagaan kulit untuk memerangkap hidrasi agar kulit kekal sihat dan kuat. Sama seperti emulsion, pelembab muka menyediakan satu perlindungan antara kulit dan persekitaran luar, mengekalkan elemen bermanfaat serta membuang elemen yang merosakkan kulit. Namun, tekstur pelembab lebih tebal, tidak begitu keruh dan cair seperti emulsion.
Rose & Hyaluronic Acid Deep Hydration Moisturizer merupakan pilihan terbaik bagi mereka yang gemarkan pelembab yang kaya dengan formula dan juga mereka yang mengalami masalah kulit kering yang agak teruk. Pelembab ini dirumus dengan bahan yang meredakan kulit yang boleh melembutkan dan menyegarkan kulit agar sentiasa dalam keadaan sihat.
Satu perkara yang lebih menarik lagi, terdapat pelbagai pelembab muka yang sesuai untuk pelbagai jenis dan masalah kulit. Jadi, anda boleh memilih mengikut keperluan atau keadaan khusus kulit anda. Apa yang penting, fungsi pelembab seakan sama dengan emulsion iaitu mengunci hidrasi dan menghalang bahan pencemar pada kulit. Cuma, tekstur pelembab lebih tebal dan lebih lambat untuk meresap masuk ke dalam kulit.
Manfaat utama menggunakan pelembab muka adalah untuk memerangkap hidrasi serta produk atau elemen yang telah disapukan sebelumnya pada rutin pertama anda (contohnya essence, serum dan sebagainya). Dengan memerangkap semua elemen tersebut melalui pelembab, produk atau elemen tersebut boleh berfungsi lebih baik memandangkan ia tidak akan tersejat sebelum diserap kulit. Selain itu juga, banyak pelembab yang mengandungi bahan-bahan yang membantu melembutkan garisan halus dan kedutan serta tekstur yang tidak diperlukan. Dengan menggunakan pelembab anda boleh harapkan kulit menjadi lebih segar, cukup hidrasi dan lembab seterusnya membuatkan muka lebih bersinar dan kulit berseri.
Jawapannya, ia bergantung kepada keadaan. Jika anda mengalami masalah hidrasi dan kulit kering yang agak teruk, penggunaan kedua-dua emulsion dan pelembab muka dalam rutin anda sangat membantu. Sapuan emulsion dan pelembab dapat memastikan air tidak akan tersejat kerana seolah-olah telah dikunci sebanyak dua kali.
Namun, bagi mereka yang memiliki kulit yang terlalu berminyak mungkin memperolehi kesan yang lebih baik jika mengamalkan penjagaan kulit emulsion berbanding pelembab. Ini disebabkan emulsion lebih ringan dan berfungsi untuk memberi keseimbangan antara minyak dan air dalam air pada muka (tidak terlalu kulit kering dan terlalu berminyak).
Jadi, jika ada memiliki kulit muka yang normal dan mudah dijaga, anda boleh guna sama ada emulsion atau pelembab bergantung kepada tekstur yang anda lebih selesa.
Kami ingin kongsikan satu berita gembira bersama anda. Semua jenis kulit—sensitif, berumur, mudah mengalami acne, atau apa sahaja—akan mendapat manfaat jika emulsion dan pelembab digunakan bersama. Ini bermakna, lebih banyak pilihan produk dalam penjagaan serta mencerahkan rona kulit dan terus menikmati kulit yang lembut dan selesa.The good news?
Dapatkan produk fresh seperti Rose Deep Hydration Balancing Emulsion dan Rose & Hyaluronic Acid Deep Hydration Moisturizer untuk kulit berseri dan lebih sihat.
Kaleigh adalah seorang penulis dan editor kecantikan serta kesihatan yang berpangkalan di New Jersey dengan sedekad pengalaman berkhidmat bersama saluran media digital dan perniagaan. Beliau bekerja untuk Allure, Teen Vogue, dan Bustle Digital Group sebelum bekerja bebas. Beliau amat prihatin dalam menormalkan pelbagai jenis kulit dan menyebarkan meseg penerimaan kulit kerana beliau sendiri mempunyai masalah genetik yang jarang berlaku