Manfaatkan Kehebatan Flora

Brittan Bates

Global Brand Storytelling

4 min read

Our Impact

Penawar semula jadi merupakan inspirasi terbesar kami di fresh. Kami tidak lupa melihat naskah sejarah dalam usaha mencari sumber terbaik. Obesesi Cleopatara terhadap mandian ros, mencetuskan ilham kepada kami untuk menghasilkan hydrating face mask dari ros damask. Lihat bagaimana kami memanfaatkan kehebatan flora dalam produk kecantikan terkenal kami.

close up of white flower in full bloom on blue background

Khasiat yang dimiliki oleh bunga, dari pohon ke kulit anda.


Di fresh, inspirasi penawar semula jadi kepada kami sememangnya tidak berpenghujung – serta bagaimana kami mengekstrak potensi yang ada untuk kulit dan deria. Kami berikan mandian bunga ros, sebagai contoh. Amalan yang suatu ketika pernah menjadi satu obsesi kepada Cleopatra, kami jelmakan semula dalam bentuk face mask. Manakala sacred lotus plant yang digunakan di Asia Tenggara sebagai sumber makanan dan perubatan, kami hasilkan semula untuk kulit. Antara produk kami ialah Rose, Lotus, and Floral Recovery Collections dan melalui koleksi tersebut kami memanfaatkan kehebatan semula jadi bunga-bungaan menggunakan sains untuk memberi manfaat optimum kepada kulit.

Ekstrak ros damask

Digelar sebagai “keajaiban alam semula jadi,” ros atau mawar sememangnya menjadi objek yang mencerminkan kecantikan. Ratu Cleopatra menikmati mandian kelopak bunga ros, barangkali dek kerana kehebatan khasiat kecantikan dan bau bunga tersebut yang ikonik. Kami telah membuat kajian terhadap 200 spesis bunga ros dan memilih ros damask Bulgaria kerana keupayaannya untuk menarik dan mengekalkan kelembapan.


Diperolehi dari Rose Valley, Bulgaria, rosk damask ini telah menjalani proses pengekstrakan yang ketat untuk formulasi kami. Hanya bunga ros yang sudah mekar dipetik secara teliti sebelum waktu subuh dan dalam persekitaran yang terkawal. Bunga ros yang telah dipetik ini kemudiannya dikeringkan pada suhu rendah. Kemudian, kami akan melakukan proses hidrolisis secara perlahan menggunakan enzim tunggal pada suhu 50°C untuk mengekstrak molekul bioaktif yang terdapat pada bunga. Akhir sekali, molekul tersebut dibersihkan menggunakan ultrafiltration dan nanofiltration untuk menghasilkan ekstrak ros damask kami.


Daripada produk seperti toner dan serum sehinggalah kepada krim muka dan mask, ekstrak ros boleh didapati di Koleksi Rose kami. Selain itu, ekstrak ini telah terbukti secara saintifik berupaya meningkatkan tahap asid hialuronik pada kulit dan menguatkan penghalang kulit untuk mencegah kehilangan air. Malah, wangian ros segar yang terdapat pada setiap produk dapat merangsang kualiti keceriaan dan keselesaan semasa menggunakannya.


Super Lotus

Wujud sejak hampir 138 juta tahun dahulu, bunga teratai atau lotus dianggap suci dalam pelbagai budaya. Dikenali sebagai simbol penyucian, bunga ini tumbuh di air yang keruh namun tetap berkembang mekar menjadi bunga yang cantik. Di Asia Tenggara, bunga ini seakan dihormati sehinggakan setiap bahagian pada bunga ini dimanfaatkan sepenuhnya – kelopak, akar, benih, dan batang – sebagai makanan, fabrik, dan penawar untuk kulit.


Kami memperolehi bunga lotus kami dari Ten Mile Creek Farm di Alabama dan menggunakan keseluruhan bahagian yang hidup pada tumbuhan untuk menghasilkan ekstrak Super Lotus berkhasiat tinggi kami. Ekstrak ini akan mengambil molekul aktif yang terdapat pada teratai untuk membuatkan kulit kekal awet muda (bayangkan kulit yang licin dan bersinar). Untuk mendapatkan ekstrak, kami akan memetik teratai yang sedang berkembang mekar dari air. Dalam masa satu jam, saintis kami akan mengambil ukuran tumbuhan tersebut untuk memastikan molekul aktif masih dalam keadaan baik. Kemudian, kesemua bahagian hidup pada tumbuhan tersebut – bunga, batang, dan daun – ditekan dengan lembut untuk mengestrak jus. Akhir sekali, jus yang telah diestrak ditambah kepekatan dengan menggunakan teknik yang dipanggil “youth-fractioning” untuk menghasilkan ramuan Super Lotus kami. Mana-mana bahagian atau lebihan tumbuhan yang tidak digunakan, akan ditanam kembali ke tanah untuk mengekalkan keseimbangan ekologi.


Ekstrak Super Lotus akan melawan tanda awal penuaan dengan membantu mengurangkan keterlihatan garisan, menambah seri, dan melindungi kulit daripada penyebab tekanan (stressor) harian. Kandungan ekstrak ini terdapat pada semua produk dalam Lotus Collection kami seperti pelembab siang dan malam, rawatan mata dan mask, serta serum malam AHA.



Penyembuhan Flora


Dalam mitos Yunani, Achilles dikatakan menggunakan cornflower untuk merawat lukanya. Khasiat anti radang yang dimiliki oleh cornflower, kami jadikan sebagai inspirasi mencari bunga yang dapat memberi kesan serupa. Kami berusaha untuk menghasilkan mask rawatan yang terbukti dapat meratakan rona kulit. Empat bunga telah dipilih – cornflower, passionflower (markisa), peony, and cherry blossom (sakura) – berdasarkan keupayaan untuk meredakan dan mengurangkan kemerahan, termasuk pada kulit sensitif. Setiap ramuan memiliki manfaat penjagaan kulit yang tersediri dan proses pengekstrakan yang berbeza:


  • Air cornflower memberi kesegaran dan meredakan kulit. Kami menggunakan teknik penyulingan stim untuk mengekstrak khasiat dari bunga ini.
  • Khasiat minyak passionflower dapat memberi penghidratan dan menenangkan kulit. Dalam masa yang sama juga, minyak bunga ini berupaya mengurangkan kemerahan yang muncul dan menenangkan simptom tidak selesa pada kulit. Untuk menghasilkan minyak berkhasiat yang kaya dengan asid lemak omega 6 dan 9 ini, biji bunga akan ditekan dan ditambah kepekatannya.
  • Ekstrak peony membantu menenangkan, menghidrasi dan meratakan rona kulit. Proses pengekstrakan melibatkan kulit akar tumbuhan ini direndam pada suhu bilik sehingga tempoh satu minggu dan diikuti dengan beberapa kali proses penapisan.
  • Ekstrak cherry blossom memberi ketenangan dan menambah baik tekstur kulit. Bunga ini dipetik sendiri dengan tangan di ladang untuk mengelakkan kerosakan pada pokok. Untuk mendapatkan ekstrak, beberapa sebatian botani bernilai tinggi yang dihasilkan oleh bunga cherry blossom akan diasingkan, dan proses pengasingan ini dapat dilakukan dengan merendamkan kulit akar .
Author Profile
blog author Brittan Bates

Brittan Bates

Global Brand Storytelling

Written by Brittan Bates for Fresh. Brittan is an NYC-based writer, editor, and storyteller with 9 years of experience spanning digital and print journalism, copywriting, brand strategy, and more. Her work has appeared in publications such as Teen Vogue and brands including Diane von Furstenberg, abc carpet & home, FRĒDA SALVADOR, and more.