Kisah Penyumberan: Super Lotus

Sara Anderson

Global Brand Storytelling

6 min read

Our Impact

Penyumberan beretika,* dari ladang ke kulit anda

fresh's ethically sourced super lotus

Fresh sentiasa dikenali sebagai produk yang memelihara kulit anda dengan bahan semula jadi yang paling berkualiti tinggi. Jenama ini turut seimbang dalam menitikberatkan tentang penjagaan alam¬—untuk memulihara kulit bumi ini. Untuk Koleksi Lotus Skincare, kami terbang ke Alabama, AS—ke Ladang Ten Mile Creek—untuk mencari sumber tumbuhan teratai yang menjadi asas bagi produk kami yang memelihara keremajaan kulit iaitu Super Lotus, dan lalu menyumbang semula kepada masyarakat komuniti dan kemakmuran biodiversiti. Pada tahun 2020, kami menjadi ahli Kesatuan Ethical BioTrade (UEBT) untuk meningkatkan kaedah penyumberan dan bekerja dengan pembekal bahan kami. Seiring perkembangan perkongsian, kami melakukan perubahan tahun demi tahun dan pada 2023, bahan bagi produk Super Lotus kami memperoleh status tahap penyumberan beretika yang disahkan oleh UEBT. Disini kami bicarakan tentang obsesi utama kami terhadap tumbuhan teratai dan langkah yang kami ambil bersama untuk menambah baik amalan penyumberan kami serta hubungan dengan Laura Bancroft, individu yang mengendalikan Ladang Ten Mile Creek.

Pemeliharaan kecantikan


Tumbuhan teratai telah wujud sejak lebih daripada 138 juta tahun yang lalu. Dikenali sebagai fosil hidup, biji benihya boleh hidup berkurun lamanya. Sewaktu pengasas bersama kami, Lez Glazman mengetahui bahawa teratai tumbuh melalui air yang keruh untuk berkembang menjadi bunga yang indah, beliau ingin memanfaatkan tumbuhan ini untuk digunakan bagi memelihara kecantikan kulit. Maka dengan itu, pencarian kami tentang tumbuhan suci ini membawa kami ke ladang terbesar berasaskan teratai di Amerika Syarikat, iaitu Ladang Ten Mile Creek.


Pertanian yang diusahakan secara bergenerasi ini, Ladang Ten Mile Creek dimulakan oleh keluarga Kennedy-Bancroft di Alabama Selatan pada awal tahun 1900. (Nama ini diperoleh daripada anak sungai di sepanjang kawasan ladang tersebut, dan ia tidak pernah kering selama 100 tahun). Sejak berkurun yang lalu, ladang tersebut berkembang dari tanaman kapas, kekacang, jagung, pokok pine sehingga penternakan ikan (terutamanya ikan keli dan talapia). Perniagaan luar negeri menjadikan ternakan ikan ini kompetetif, dan kolam disekitar ladang telah terbiar dan tidak digunakan. Pembekal bahan kepada fresh kemudiannya menemui mereka tentang cadangan menanam teratai untuk salah satu daripada projek penyumberan mereka. “[Ladang Ten Mile Creek] kini menjadi satu-satunya perniagaan berasaskan penanaman teratai terbesar di Amerika Syarikat,” kata Laura Bancroft. “Kami menjual lebih daripada 400 kultivar hiasan teratai rizom melalui Internet, secara borong dan runcit. Kerjasama ini bermakna teratai kami ditampilkan dalam salah satu daripada jenama yang paling berpengaruh di dunia.


Dari ladang ke wajah


Teratai suci ialah sejenis teratai dengan kelopak bunga yang besar dan biasanya berwarna merah jambu dan putih. Di ladang Ten Mile Creek, tumbuhan teratai (nelumbo nucifera) dipetik menggunakan tangan terus daripada air sewaktu ia mekar penuh, di antara pertengahan bulan Julai dan Ogos. Ekstrak Super Lotus fresh—didapati di dalam serum AHA kami, dream cream, pelembap harian, krim mata, dan topeng muka—diperoleh daripada keseluruhan tumbuhan teratai, molekulnya diambil untuk membantu memelihara keremajaan kulit (yakni memudarkan kedutan dan menghaluskan tekstur kulit, memberi lebih keserian dan perlindungan dari faktor tekanan harian). Dengan menggunakan makmal bergerak di tapak, saintis akan memastikan molekul aktif kekal utuh selepas tumbuhan ini dituai. Kemudian, setiap tumbuhan teratai ini—bunga, batang dan daunnya akan diperah secara lembut untuk mengekstrak keluar jus dalam masa sejam selepas dipotong. Di luar tapak, teknik berevolusi pecahan muda digunakan untuk mengasingkan pecahan sel tmbuhan untuk mencipta bahan yang pekat. Setiap tumbuhan dari produk yang menjalani proses perahan jus akan dikembalikan ke tanah untuk membantu mengekalkan keseimbangan ekologi.


Standard mampan


Sewaktu kecil, Bancroft teringat kembali tentang falsafah pertanian datuknya: “Menjadi tanggungjawab kita untuk memelihara tanah supaya ia akan menghasilkan apa yang kita perlukan untuk terus hidup dan berkembang—kini dan selamanya. “Semua ini adalah standard yang sama yang menjadi tanggungjawab kami sehingga hari ini, yang menjadi sebab fresh menjalankan misi amalan penyumberan maju dan dapat membantu masyarakat serta biodiversiti untuk berkembang. Biodiversiti merupakan kepelbagaian bagi semua benda hidup—tumbuh-tumbuhan, haiwan, kulat, bahkan mikroorganisma¬—yang menjadi asas kepada dunia semula jadi kita. Setiap satu daripada spesis ini bekerja bersama dalam ekosistem kompleks untuk mengekalkan keseimbangan dan menyokong kehidupan. Sebagai ahli kepada Kesatuan Ethical BioTrade (UEBT), fresh berusaha untuk meningkatkan cara kami memilih dan mencari sumber untuk bahan-bahan kami, memelihara hubungan dengan pembekal yang menaikkan jenama dan industri ini ke standard baharu. (Mengapa tidak mencari cara untuk saling menginspirasikan satu sama lain?) “Standard UEBT menyediakan rangka kerja…jadi anda tidak hanya mencapainya sekali sekala,” jelas Bancroft. “Dengan adanya rangka kerja, ia memberi [anda] sesuatu untuk diusahakan, untuk dicapai, dan memperoleh kejayaan.” Garis panduan ini melibatkan penilaian di tapak terhadap standard UEBT yang ketat. Proses verifikasi ialah berdasarkan 7 prinsip UEBT (pemeliharaan biodiversiti, kegunaan mampan biodiversiti, sistem penyumberan beretika, pematuhan undang-undang, menghormati hak pekerja, keadilan dan kesaksamaan dalam berkongsi faedah), dengan sasaran menunjukkan tingkat kemajuan ke arah penyumberan yang menitikberatkan sifat menghormati terhadap manusia dan biodiversiti.


Penyumberan beretika*


Melakukan peningkatan dalam cara kami mencari sumber bahan dan penghormatan terhadap komuniti merupakan proses berterusan. Sejak tahun 2020, fresh tidak berhenti mencari cara untuk meningkatkan amalan kami. Pada bulan Julai 2023 sewaktu musim menuai, aktiviti penyumberan kami dinilai oleh UEBT dengan menggunakan senarai semak penuh melalui lebih daripada 100 kriteria dan disahkan sebagai tahap penyumberan* beretika. Tahap yang paling tertinggi diperoleh dalam verifikasi di tapak UEBT bermaksud amalan penyumberan kami bagi produk Super Lotus (digunakan dalam Koleksi Lotus Skincare kami) menggalakkan impak positif terhadap masyarakat dan biodiversiti. Apa yang telah kami lakukan untuk mencipta impak positif? Selain mempunyai rantaian bekalan yang telus dan amalan pertanian organik, kami meningkatkan tiga kunci utama:


Analisis air


Melalui kerjasama dengan Ladang Ten Mile Creek, kami perlu melaksanakan sistem pemantauan untuk menyemak kualiti air dari kolam untuk memastikan ianya selamat dan berdaya hidup untuk semua hidupan di kawasan sekeliling. (Kura-kura gopher sebagai contohnya, yang hidup di sekitar tanah hak milik Ten Mile Creek, baru-baru ini telah dikeluarkan daripada senarai spesis terancam di Alabama). Kami memerhatikan apa sahaja kehadiran bahan toksik atau sisa, termasuklah komponen biologi, untuk menjamin tiada risiko pencemaran silang sewaktu mengalirkan semula air ke kawasan tanah lembap.


Kuasa boleh diperbaharu


Penggunaan kuasa ladang sentiasa diketahui dan dijejaki, tetapi UEBT mencadangkan supaya ukuran baharu diguna pakai untuk mengoptimakan penggunaan kuasa dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau. Kegiatan mengekalkan air di dalam kolam semasa musim panas di Alabama dan mengalirkannya untuk penuaian memerlukan banyak tenaga. Oleh yang demikian, kami memasang satu sistem baharu dengan dua pam yang dikuasakan oleh panel solar untuk mengoptimakan penggunaaan kuasa. Pemasangan baharu ini menukarkan kuasa dari matahari dan mengurangkan penggunaan kuasa secara keseluruhan. “Hari ini, air sejernih kristal mengalir ke dalam kolam teratai melalui kuasa yang boleh diperbaharu, jadi kita tidak perlu berada dalam grid kuasa standard,” kata Bancroft.


Kontrak pekerja


Untuk memelihara sesebuah komuniti, kita juga harus menjaga penduduknya. Penduduk di Alabama mengamalkan konsep “selagi kita mahu”, jadi, kontrak kerja bertulis standard tidak menjadi kebiasaan untuk pekerja pertanian. Maka dengan itu, pada tahun 2023, dua orang pekerja sepenuh masa di Ladang Ten Mile Creek dianugerahkan kontrak pekerjaan bertulis. Ini bagi memastikan perlindungan hak asasi manusia—terutamanya bagi golongan yang lebih mudah terjejas. Penilaian UEBT di tapak mengesahkan bahawa keadaan pekerjaan pekerja layak dikategorikan sebagai “sangat baik”.


Di fresh, kami komited untuk menjaga kulit bumi sepertimana kita menjaga kulit kita. Ini bermakna usaha untuk melindungi apa yang kita miliki seperti biodiversiti, untuk memastikan dunia ini sentiasa berhubung dan selamanya fresh.


*UEBT verified

Author Profile
blog author Sophia

Sara Anderson

Global Brand Storytelling

Written by Sara Anderson for Fresh. Sara is a NYC-based global marketer and beauty content strategist. Sara has 12+ years of experience conceptualizing and producing original content in beauty, fashion, music, and entertainment. Sara has created content for Fast Company, Us Weekly, Birchbox, and PopCrush.com with her expertise most recently in the beauty space.