Panduan Hadiah untuk Hari Kekasih dari fresh

Colleen Powers

North America Storytelling

2 min read

Gift Guides

Dapatkan hadiah sempurna untuk insan bertakhta di hati anda dengan fresh

Valentine's Day

Momen romantis sedang dirasai—dan kini masanya untuk berkongsi! Tidak kira sama anda ingin manjakan kekasih anda dengan penjagaan badan atau sekadar menghadiahkan sahabat anda sesuatu yang bermakna, kami ada hadiah yang mereka pasti suka. Dan jangan lupa juga untuk hargai diri anda sendiri dengan set yang anda idamkan.

Minimalis

Tunjukkan mereka penting dalam hidup anda, tetapi pada masa yang sama kekal ringkas dengan dua produk istimewa untuk minimalis— Sugar Advanced Therapy Treatment Lip Balm and Sugar Mint Rush Freshening Lip Treatment. Produk asas ini mesti dimiliki. Sugar Advanced Therapy Lip Balm merupakan balsam bibir yang melembapkan bibir kering untuk 24 jam*. Ia terbukti secara klinikal dapat memulihkan bibir rosak. Rawatan bibir yang telah diuji oleh dermatologis kami ini akan memberi kelembapan dan menyembuhkan bibir kering, mengelupas dengan ekstrak jintan laut dan asid hialuronik untuk membuatkan bibir kelihatan sihat dan cantik. Sementara itu, Sugar Mint Rush Freshening Lip Treatment pula ialah pelembap selama 24 jam. Produk inovatif ini segera membuatkan bibir anda sejuk dan segar. Menggunakan teknologi duo pelepasan masa, balsam bernutrisi 24 jam* memberi kesegaran daun pudina ketika anda sememangnya perlukan sesuatu yang segar. Kedua-dua produk ini pastinya disukai oleh penggemar minimalis!


Romantika yang Mencari Cinta

Kini masa untuk mereka bersinar! Tunjukkan betapa pentingnya mereka kepada anda, dengan bunga ros. Rose Deep Hydration Facial Toner merupakan toner harian lembut (non-stripping) dengan kelopak ros sebenar dan asid hialuronik untuk mengecilkan pori. Ia juga meningkatkan hidrasi pada kulit. Sementara itu, Rose Deep Hydration Oil-Infused Serum ialah serum cecair keluaran fresh yang pertama diinfusi dengan minyak. Serum ini memberi hidrasi mendalam selama 24 jam**. Akhir sekali pelembap fresh paling laris, Rose Deep Hydration Face Cream memberi hidrasi selama 72 jam**. Pelembap ini mengandungi ekstrak ros damask yang akan membuatkan kulit lebih bersinar dan tegang. Gabungan ketiga-tiga hadiah produk berasaskan ros ini kelihatan lebih bermakna berbanding memberi hadiah dalam bentuk sejambak bunga.


Peminat Penjagaan Peribadi

Bagi mereka yang meminati sesi memanjakan diri di spa, hanya set penjagaan diri yang terbaik dapat memberi kepuasan kepada mereka. Hargai si dia dengan Moisturizing Milk Body collection. Rawatan bernutrisi memberi segala yang diperlukan oleh kulit. Milk Body Cleanser kami ialah pencuci badan yang lembut dan dirumus dengan susu berasaskan tumbuhan. Pencuci badan ini membersihkan kekotoran dengan lembut, mengekalkan pH kulit untuk membuatkan kulit segar dan licin. Seperti yang anda idamkan! Seterusnya, mereka boleh gunakan Milk Body Lotion. Losyen badan bernutrisi yang dapat menyerap dengan cepat ini mengandungi susu berasaskan tumbuhan. Ia boleh membekalkan hidrasi selama 24 jam** dan menguatkan penghalang kulit. Akhir sekali, Milk Intensive Hand Cream, merupakan krim tangan penghidrasi yang diperkaya dengan susu berasaskan tumbuhan. Ia memberi kelembutan dan melindungi kulit kering dan kuku—walaupun selepas tangan dibasuh.


Pilih Sendiri Set Hadiah Anda

Anda sudah tahu apa yang ingin dihadiahkan, tetapi perlukan bantuan kami untuk kumpulkan semuanya? Kami boleh membantu anda pilih sendiri set hadiah anda . Cara ini lebih mudah untuk pastikan anda memberi hadiah yang sempurna. Mulakan dengan memilih empat produk fresh—penjagaan kulit, bibir, badan, wangian, terserah pada anda— dan tambahkan mesej ucapan peribadi. Kami akan bungkuskan untuk anda. Hadiah yang benar-benar istimewa untuk insan yang benar-benar istimewa dalam hidup anda.


*ujian instrumental, 30 subjek

*ujian instrumental, 30 subjek

Author Profile
blog author Colleen Powers

Colleen Powers

North America Storytelling

Written by Colleen Powers for Fresh. Colleen is a writer, editor, and storyteller with a history of experience spanning digital and print journalism, copywriting, publishing, social media, and more. Her writings have appeared in outlets such as Chanel, Conde Nast, Net A Porter and more.