SHOP NOW
Hadiah Skincare Terbaik untuk Setiap Majlis Sambutan
Sophia D'Urso
Global Consumer Experience
2-3 minute read
Gift box yang anda pilih sendiri untuk setiap majlis sambutan
Reka sendiri hadiah anda dengan gift box dari fresh. Pilih empat produk daripada pelbagai produk penjagaan kulit, badan, bibir dan minyak wangi. Kami akan bungkuskan hadiah anda dalam kotak biru yang menarik, bersama mesej peribadi daripada anda. Gift box ini adalah sebagai satu hadiah set penjagaan diri terbaik untuk insan tersayang dalam hidup anda, salah satu cara menghargai mereka.
Anda mencari inspirasi untuk set hadiah yang anda pilih sendiri? Kami kongsikan beberapa idea berdasarkan sambutan istimewa tertentu, yang pastinya akan digemari oleh si penerima.
Pertambahan usia merupakan satu anugerah dan sesuatu yang perlu diraikan. Keseronokan dan kebijaksanaan yang datang bersama peningkatan usia tidak bermakna anda perlu mengucapkan selamat tinggal pada kulit yang gebu, awet muda dan berseri dengan sihat. Hadiahkan Lotus Youth Preserve Collection kepada mereka. Dicipta daripada bunga Super Lotus yang berkhasiat–diperolehi secara beretika dari Ten Mile Creek Farm di Alabama–koleksi awet muda ini akan mengurangkan garisan halus dan melembutkan tekstur, menambah seri, dan melindungi kulit anda daripada stressor harian.
Produk popular dalam koleksi ini adalah Lotus Youth Preserve Resurfacing Dream Serum. Ketika kulit menjalani proses pemulihan pada waktu malam, serum ini akan melakukan exfoliation lembut untuk penampilan kulit yang lebih halus dan berseri. Bagi mereka yang menginjak angka umur yang lebih besar, mereka sememangnya layak menerima hadiah yang lebih istimewa. Jadi, untuk meraikannya anda boleh memilih set empat produk dari koleksi Lotus kami. Tambahkan Lotus Youth Preserve Dream Face Cream untuk hidrasi malam, Lotus Youth Preserve Rescue Mask untuk exfoliation, dan Lotus Youth Preserve Eye Cream untuk mengurangkan bengkak.
Raikan ulang tahun percintaan anda dengan haruman sensual dan bunga yang lembut dari Rose Morning Collection kami. Rose Morning Eau de Parfum menyerlahkan romantika dengan note ros Bulgaria, peach blossom dan musk (kasturi). Gabungkan dengan Rose Morning Body Wash & Body Lotion untuk menyelimuti kulit dari kepala hingga ke kaki dengan haruman semerbak bunga ros.
Jika ada insan istimewa dalam hidup anda yang merancang percutian, berikan mereka hadiah yang praktikal dan mesra travel. Lihat pelbagai produk penjagaan bibir kami yang sesuai untuk mereka. Sugar Advanced Therapy Lip Treatment mengekalkan kelembutan dan keselesaan bibir, walaupun dalam keadaan cuaca yang teruk. Ia mengandungi asid hialuronik yang memberikan kesan hidrasi, gula, ekstra oren yang kaya dengan antioksida, dan sea fennel yang melegakan. Gunakan rawatan bibir ini dengan Sugar Lip Treatments berwarna kami untuk warna yang sempurna. Balsam bibir bermentega ini tersedia dalam 14 pilihan warna yang boleh dibina dan akan melembutkan bibir serta membekalkan hidrasi selama 24 jam untuk kesan berpanjangan.*
Mungkin ada kenalan anda yang naik pangkat, atau mengikat pertunangan. Apa sahaja hari istimewa tersebut, ucapkan tahniah kepada mereka dengan Sake Bath kami. Tiada hadiah lebih bermakna daripada memberi peluang kepada penerima untuk menikmati detik menenangkan. Sake Bath kami diformulasi dengan sake berbuih, air halia, ekstrak daun pic, dan buah persimmon sebenar. Mandian ini direka untuk melembutkan dan membersihkan kulit sambil menenangkan deria. Selain itu, tambahkan juga hadiah yang memberi ketenangan tambahan, seperti Brown Sugar Body Polish atau oval soap untuk melengkapkan ritual penjagaan badan mereka.
Tuan rumah atau penganjur majlis berusaha keras untuk merancang majlis istimewa mereka. Mereka memastikan tetamu yang hadir disantuni dan menikmati majlis tersebut. Daripada parti hari jadi hingga makan malam, ia pasti memenatkan. Hadiahkan set penjagaan diri untuk menyegarkan dan memulihkan tenaga tuan rumah selepas berhari-hari membuat persiapan untuk tarikh penting tersebut. Masker muka semalaman seperti Floral Recovery Calming Mask memberi ketenangan dengan campuran ekstrak berbunga, vitamin C dan squalane untuk menenangkan, mencerahkan, dan melembutkan kulit muka.
Dapatkan produk terbaik dari fresh dalam seleksi produk penjagaan kulit, penjagaan badan, bibir dan minyak wangi. Hadiah dari fresh bukan sekadar penjagaan kulit, ia adalah tentang penjagaan diri. Konsep menghargai sentiasa dekat di hati organisasi kami, dan kami tahu penghargaan yang kecil tetapi bermakna dapat membuatkan insan dalam hidup anda terasa dihargai. Pilih fresh sebagai hadiah dari anda.
*ujian instrumental, 11 subjek
Written by Sophia D’Urso for Fresh. Sophia is an NYC-based consumer experience specialist and content writer. Sophia has worked as a consumer marketer and writer for years at various brands within the beauty, media, and events industries.