SHOP NOW
Hadiah Penjagaan Badan Harian untuk Lelaki
Sophia D'Urso
Global Consumer Experience
2–3 minit
Tunjukkan kepada dia seni penjagaan diri dengan variasi hadiah dari fresh
Ramai antara kita kurang meluangkan masa untuk penjagaan diri, mungkin disebabkan oleh kesibukan harian. Tidak dinafikan, tiket perlawanan bola dan aktiviti maskulin lain sememangnya sesuatu yang menyeronokkan bagi mereka. Namun, apa yang diperlukan oleh lelaki dalam hidup anda mungkin sebenarnya sesuatu yang boleh memberi inspirasi penjagaan diri. Kami kongsikan beberapa idea hadiah untuk mereka—daripada krim mata untuk sentiasa kelihatan muda, hingga minyak wangi yang menceriakan hari mereka. Mari kita lihat beberapa hadiah kegemaran kami di bawah.
Berikan sesuatu yang ringkas dengan salah satu Oval Soaps. Koleksi ini menampilkan pelbagai sabun dalam tujuh haruman unik—termasuk Hesperides Grapefruit yang paling popular, dengan bau sitrus menyegarkan, Verbena untuk sitrus hijau menceriakan, Mangosteen untuk haruman nektar, dan banyak lagi. Sabun bernutrisi ini mewah dan tahan lama. Produk ini antara yang pertama diperkenalkan di fresh dan terus menjadi produk ikonik dan hadiah praktikal yang pasti dihargai oleh pria dalam hidup anda.
Lelaki sememangnya layak untuk tampil dan tampil segak dan sihat, walaupun ada di antara mereka yang tidak begitu memikirkan tentangnya. Umbrian Clay Mask pilihan terbaik untuk tugas ini. Masker ini boleh digunakan setiap hari sebagai pencuci muka mendalam atau sebagai rawatan spot bila diperlukan. Selain itu ia juga berfungsi sebagai masker muka yang mengecilkan pori jika digunakan secara mingguan. Diperbuat dari tanah liat Umbria yang berusia beratus tahun, bahan eksklusif fresh ini mengawal pengeluaran minyak dan kilauan kulit tanpa mengeringkan, dan membuatkan tekstur kulit lebih sekata dan bersih.
Tanpa ritual penjagaan kulit yang teratur, kesibukan dan stres boleh menjadi faktor utama tanda-tanda penuaan. Disebabkan kulit bahagian mata lebih sensitif, ia biasanya menjadi tempat pertama tanda penuaan dan stres akan kelihatan. Dengan menambah krim khusus seperti Black Tea Advanced Age Renewal Eye Cream untuk kawasan ini dalam rutin harian anda, penampakan garisan halus, kedutan dan bulatan gelap dapat diminimumkan. Formula ini menggabungkan teh hitam antioksidan dan ekstrak daun rambutan. Ia memberi kesan kulit yang lebih tegang pada bahagian mata, crow’s feet (garis halus di sudut mata) yang lebih lembut dan bulatan gelap yang tidak ketara—tanpa membuatkan mata jadi tidak selesa.
Padankan krim mata ini dengan Black Tea Advanced Age Renewal Cream untuk set hadiah untuk kulit yang lebih tegang.
Tidak kira sama ada untuk meraikan perkara tertentu bersama rakan atau makan malam istimewa bersama pasangan anda, haruman unik tidak hanya menggambarkan anda menjaga penampilan, malah ia juga membantu menceriakan mood anda. Untuk lelaki, kami syorkan Cannabis Santal Eau de Parfum. Pewangi ini menggabungkan aroma kanabis, patchouli yang sensual, dan vetiver yang menggoda. Haruman memikat ini menggabungkan note wangian sitrus dan kayu, sebagai pelengkap elegan untuk apa sahaja majlis yang dihadiri.
Apabila si jejaka dalam hidup anda menikmati perasaan menitikberatkan penjagaan diri, mereka akan menikmati setiap momen memanjakan diri setiap hari. Ada lelaki yang lebih gemarkan rutin penjagaan diri yang ringkas, dan dengan koleksi penjagaan kulit dan badan kami, ia menjadi lebih mudah.
Kami menggabungkan bahan alam semula jadi yang berkesan tinggi bersama teknologi inovatif, untuk menghasilkan produk penjagaan kulit yang lembut namun berkesan, sesuai untuk setiap jenis dan keperluan kulit anda. Sama ada jika anda lebih gemarkan sesuatu yang ringkas, atau inginkan ritual terperinci untuk masalah tertentu pada kulit, anda boleh menghasilkan sendiri penjagaan diri dan kulit yang sesuai, dengan sedikit bantuan daripada fresh.
Written by Sophia D’Urso for Fresh. Sophia is an NYC-based consumer experience specialist and content writer. Sophia has worked as a consumer marketer and writer for years at various brands within the beauty, media, and events industries.