SHOP NOW
Panduan Hadiah Musim Cuti: Hadiah Untuk Traveller
Sophia D'Urso
Global Consumer Experience
3-4 minit
Hadiah praktikal untuk individu yang kerap travel.
Musim percutian semakin hampir, dan anda tahu apa maksudnya—telah tiba masanya untuk memikirkan tentang hadiah. Nasib baik, mencari hadiah terbaik untuk musim percutian lebih mudah dengan fresh. Dengan pelbagai set penjagaan badan dan skincare ditawarkan, hadiah pastinya sangat bermakna buat mereka.
Dengan menyediakan produk popular bersaiz travel, fresh menghadirkan inspirasi kepada semua individu dalam senarai hadiah anda, agar mereka sentiasa kelihatan terbaik. Ketahui apakah hadiah sempurna untuk insan istimewa yang kerap travel dalam hidup anda.
Mereka ini akan pergi ke mana sahaja yang terlintas di hati mereka. Malah, bagi mereka kegembiraan boleh diterbitkan dalam pelbagai cara dan kebebasan, dan sentiasa bersedia untuk percutian yang tidak dirancang seterusnya. Jika anda mempunyai rakan atau ahli keluarga sebegini, kami syorkan Color & Care Lip Collection. Set hadiah yang mengandungi trio rawatan bibir bersaiz mini ini memenuhi keperluan bibir mereka—tidak kira lokasi, cuaca atau majlis.
Menampilkan Sugar Advanced Therapy Treatment kami yang popular serta tiga Sugar Lip Treatments mini—Rose untuk kemerahan bunga ros, Honey untuk warna berkrim yang hangat, dan Bloom untuk lapisan chrysanthemum merah jambu—kami benar-benar serius apabila kami kata inilah produk travel yang sempurna. Tidak kira sama ada di pergunungan bersajli atau berjalan di kota besar, kombinasi warna dan rawatan bibir yang menyeluruh membuatkan bibir jadi lebih lembut, gebu serta memberi perlindungan melalui bahan berkhasiat seperti gula pelembut, hidrasi oleh asid hialuronik, serta vitamin dan antioksida protektif. Rawatan ini juga membekalkan kelembapan yang tahan lama dan lapisan warna asas yang boleh ditambah kepekatan dengan warna lain untuk bibir yang menawan.
Mereka ini begitu komited dengan kerja. Jadi masa yang terluang dapat dimanfaatkan sepenuhnya menerokai tempat atau aktiviti baru. Berkhemah selama seminggu diikuti dengan menginap resort spa yang mewah pada minggu yang lain, mungkin antara pelan mereka. Jadi, kami sarankan produk penjagaan kulit yang dapat menjaga keperluan asas mereka.
Gunakan Soy Face Cleanser bersaiz travel sekali dengan Rose Deep Hydration Face Cream. Kombinasi dua produk ini menyuntik elemen kemewahan dan praktikal kepada mereka, untuk wajah yang lebih segar dan berseri di mana sahaja. Diperkayakan dengan protein soya, pencuci muka popular kami ini berfungsi sebagai pembersih solekan dan juga mencuci kulit dengan mendalam, dan pada masa yang sama juga akan membuatkan kulit lebih lega dan bersih. Sementara itu, Rose Face Cream pula akan mengunci hidrasi dan membuatkan kulit lebih gebu dan selesa dalam tempoh lebih lama.
Setiap kali musim cuti, mereka yang sukakan aktiviti mencabar pasti ada cerita menarik yang boleh dikongsikan. Mereka mungkin menggemari aktiviti outdoor dan begitu teruja untuk cabaran seterusnya. Memandangkan rutin penjagaan kulit bukanlah satu keutamaan bagi mereka, hadiah yang ideal adalah sesuatu yang boleh digunakan apabila mereka perlukan. Pilihan kami? Semestinya Umbrian Clay Pore-Purifying Face Mask.
Tanah liat berformula 3 dalam 1 ini boleh digunakan sebagai pencuci harian, masker muka mingguan, atau sekiranya diperlukan, sebagai rawatan spot. Jadi, produk ini begitu versatil dan mudah di bawa semasa travel. Tanah liat Umbria ini bersifat non-comedogenic dan kaya dengan mineral, serta berupaya mencuci kulit dengan mendalam, mengawal penghasilan minyak dan kulit berkilat, serta mengurangkan bukaan pori untuk kompleksi kulit yang lebih seimbang dan bersih.
Mereka perlu pergi ke tempat tertentu, menghadiri mesyuarat atau selesaikan urusan perniagaan. Malah mereka juga sentiasa travel dan anda mungkin perlu beritahu lebih awal sekiranya ingin berjumpa. Mereka juga begitu menghargai masa dan seboleh-bolehnya ingin manfaatkan masa sepenuhnya. Jadi, hadiah terbaik untuk mereka adalah sesuatu yang ringkas dan praktikal. Kerana itu, kami rasakan Citrus Sensation Shower Gel adalah pilihan terbaik.
Set penjagaan badan ini menampilkan Hesperides Grapefruit Body Wash and Hesperides Grapefruit Body Lotion. Ia diperkaya dengan vitamin C dan E, serta gliserin untuk kulit yang lebih bersih, lembut dan terhidrat. Selain itu, haruman sitrus membuatkan kulit terasa lebih segar sepanjang hari.
Tidak kira anda mencari hadiah untuk rakan, teman sepejabat, atau insan istimewa dalam hidup anda, di fresh, kami sentiasa ada sesuatu untuk setiap individu. Selain itu, jika anda mahukan produk tertentu atau mahu tambah stok produk kegemaran seseorang, anda boleh dapatkan set hadiah skincare peribadi untuk musim perayaan. Di fresh, anda boleh pilih sendiri set hadiah: Pilih empat dari mana-mana produk penjagaan kulit, bibir atau badan atau pewangi, sertakan mesej peribadi, dan kami akan membalut dan menghantarnya kepada individu bertuah itu.
Written by Sophia D’Urso for Fresh. Sophia is an NYC-based consumer experience specialist and content writer. Sophia has worked as a consumer marketer and writer for years at various brands within the beauty, media, and events industries.