SHOP NOW
Panduan Hadiah Musim Percutian : Hadiah Skincare
Sydney Solon
Global Marketing
3–4 minit
Hadiah bermakna yang pasti disukai insan istimewa dalam senarai anda
Sambut musim perayaan dengan kulit yang menawan! Set hadiah penjagaan kulit sangat sesuai sebagai hadiah untuk ketika bercuti—praktikal, mudah dibawa ketika travel, dan terdapat set bagi setiap citarasa. Mari kita lihat beberapa set hadiah musim percutian terbaik pilihan kami, yang sesuai untuk setiap personaliti dalam senarai penerima hadiah anda.
Tetamu penting setiap kali berkumpul bersama ketika musim perayaan. Mereka ini mudah mesra, berpesonaliti menawan, dan suka berinteraksi—Dewy, Hydrated Skin Trio kami merupakan hadiah ideal untuk mereka. Set hadiah penjagaan kulit ini menampilkan trio produk toner, serum, dan pelembab muka daripada Rose Collection kami. Produk yang membekalkan hidrasi ini dirumus dengan ekstrak ros damask, air ros, dan minyak ros untuk melegakan, menguatkan dan memberi keseimbangan pada kulit muka. Asid hialuronik pula berfungsi untuk menarik dan mengekalkan kelembapan. Produk ini juga dilengkapi dengan teknologi pelepasan masa untuk memastikan hidrasi dan keselesaan berpanjangan.
Untuk menggunakan Rose Deep Hydration Facial Toner, sapu selepas muka dibersihkan untuk melembutkan kulit dan mengecilkan pori. Kemudian, gunakan Rose Deep Hydration Oil-Infused Serum untuk membekalkan nutrisi pada kulit. Lengkapkan langkah ini dengan Rose Deep Hydration Face Cream untuk mengunci khasiat dan melembabkan agar kulit jadi lebih gebu.
Golongan ini mementingkan kemewahan dalam kehidupan mereka. Jadi, mereka melihat penjagaan diri sebagai satu bentuk pelaburan dan tidak teragak-agak untuk mendapatkan sesuatu yang boleh menambah nilai hidup mereka. Jadi, kami syorkan Crème Ancienne Face Cream Duo untuk mereka. Set ini adalah sebahagian daripada koleksi Crème Ancienne kami dan membekalkan nutrisi yang intensif. Sapukan krim mata untuk mendapatkan nutrisi, menguatkan kulit serta mengurangkan bengkak di sekitar mata. Bahan seperti bacillus ferment akan membuatkan kulit lebih tegang dan vitamin E memberi kesan melegakan. Sementara itu, beeswax (lilin lebah) pula akan mengekalkan kelembapan dan meadowfoam seed oil memberi kesan lembut pada kulit. Gunakan sekali krim muka dengan kesan restoratif kami—dihasilkan sendiri di biara—untuk mengurangkan garisan halus di muka, membuatkan kulit lebih stabil, dan membekalkan nutrisi pada wajah, untuk sebuah percutian yang benar-benar ditenggelami kemewahan.
Kita pastinya ada rakan yang begitu obses dengan fitness—mereka sanggup bangun seawal 5 pagi untuk melakukan senaman pagi dan menghabiskan hujung minggu dengan aktiviti mendaki atau bersukan. Komitmen mereka ini patut dikagumi. Namun, penjagaan kulit yang betul penting untuk menjaga kesihatan kulit terhadap stressor harian, seperti peluh atau terlalu lama terdedah kepada cahaya matahari.
Resilient Skin Ritual Set sangat sesuai untuk rakan atau ahli keluarga anda yang mengutamakan kecergasan. Menampilkan Soy Face Cleanser, Kombucha Facial Treatment Essence, dan Tea Elixir Resilience Activating Serum yang ikonik, tiga produk ini akan membersihkan kulit dengan mendalam, memulihkan dan melindungi kulit, serta membuatkan kulit lebih tahan dan mengurangkan tanda-tanda penuaan. Hasilnya, kulit nampak lembut secara semula jadi dengan wajah yang terhidrat serta bersinar.
Tidak kira sama ada mereka bekerja sehingga lewat malam atau menghabiskan masa berjam-jam di hadapan komputer, hadiahkan sesuatu yang boleh membantu mereka mengawal stres. Ini kerana, stres berisiko menjejaskan kualiti tidur dan kesihatan kulit. Ada kemungkinan juga, mereka tidak sempat untuk lakukan rutin penjagaan kulit yang terperinci sehingga 10 langkah. Jadi, rutin ringkas dalam 3 langkah yang menggunakan produk efektif, jauh lebih sesuai, dan Firming Face & Eye Ritual adalah hadiah terbaik buat mereka. Set yang mengandungi Soy Face Cleanser, Black Tea Advanced Age Renewal Eye Cream, dan Black Tea Advanced Age Renewal Cream ini akan mencuci, menyegarkan, dan menegangkan kulit. Pada masa yang sama juga, produk ini akan mengurangkan keterlihatan lingkaran gelap dan kedutan pada wajah. Untuk menikmati kulit lebih tegang dan bersinar, mereka hanya perlu bersihkan, rawat dan lembapkan kulit.
Bagi mereka yang kurang pengalaman dalam dunia penjagaan kulit, hadiah yang diberikan mestilah sesuatu yang mereka pasti gunakan. Jika mereka sudah tahu cara bersolek, produk skincare dalam warna yang jernih sangat sesuai untuk mereka! Color & Care Lip Collection Set—tiga set rawatan bibir bersaiz mini, dan juga Sugar Advanced Therapy Lip Treatment, sangat sesuai untuk apa sahaja gaya dan majlis yang dihadiri. Balsam ini mengandungi gula kristal, minyak biji cranberry yang melegakan, minyak biji anggur untuk kesan lembutan, serta vitamin C dan E yang memberi perlindungan. Ia juga menyediakan lapisan warna pada bibir untuk ditambah dengan produk lain dan hidrasi sehingga 24 jam untuk senyuman bibir yang menawan. Set ini menampilkan rona warna Sugar Rosé, Honey, and Bloom, dan balsam dengan warna yang tidak begitu terang yang boleh terus disapu pada bibir, dengan atau tanpa lipstik.
Inginkan lebih banyak hadiah yang dipilih sendiri untuk musim perayaan ini? Jika anda sudah ada idea, anda boleh pilih set yang mengandungi 4 produk dengan tawaran build-your-own-box kami. Anda boleh memilih seleksi produk penjagaan kulit, penjagaan bibir, penjagaan badan dan pewangi sebagai hadiah yang lebih bermakna untuk tangan yang menerima! Atau biar mereka sendiri yang pilih dengan kad eGift fresh.
Sydney is a NYC-based marketing strategist and skincare enthusiast. With experience at brands including Glow Recipe, Dr. Dennis Gross, and fresh, Sydney brings products from concept to bathroom shelf through consumer-first messaging directives and impactful campaign development.