Panduan Hadiah Tahun Baru Cina: Tahun Naga

Sophia D'Urso

Global Consumer Experience

4 min read

Gift Guides

Ketahui hadiah penjagaan kulit edisi terhad Tahun Baru Cina dari kami.

Tea Elixir Serum, Black Tea Advanced Age Renewal Cream and Kombucha Essence in Lunar New Year packaging

Semarakkan nyalaan Tahun Naga dengan fresh! Tahun ini merupakan tahun merayakan haiwan ke lima dalam zodiak masyarakat Cina. Dianggap sebagai haiwan yang sangat dihormati dalam kebudayaan masyarakat Cina, ia melambangkan kekuasaan, kehormatan, kejayaan dan dipercayai membawa tuah. Jika anda tidak pasti apa hadiah yang ingin anda berikan pada Tahun Baru Cina ini, jangan risau kerana artikel ini dapat membantu anda.


Sempena menyambut perayaan tersebut, kami meraikan kekuatan luar biasa naga dan keberkesanan bahan dalam produk fresh melalui koleksi produk penjagaan kulit edisi terhad. Tidak kira sama ada anda dapatkan ketiga-tiga atau salah satu produk, hadiah penjagaan kulit untuk Tahun Baru Cina ini sememangnya sesuai untuk insan istimewa dalam senarai anda.

Penggemar Kecantikan

Hadiah istimewa yang sangat sesuai untuk dihadiahkan kepada rakan anda yang obses dengan kecantikan adalah Limited-Edition Kombucha Antioxidant Facial Treatment Essence . Antara produk paling laris untuk langkah persediaan dalam penjagaan kulit ini dirumus dengan kombucha yang kaya dengan anti oksida. Rawatan cecair ini melindungi dan memulihkan kulit dari tekanan (stressor) persekitaran. Dalam masa yang sama juga, ia meningkatkan kecerahan, melembutkan kulit dan menambah baik kebersihan kulit. Tidak keterlaluan dikatakan, essence ini seakan cecair yang begitu bermanfaat untuk kulit anda.


Bina rutin anda dengan formula khusus untuk mata

Mencari idea untuk hadiah kepada mereka yang gemar sesi memanjakan diri sendiri? Berikan mereka kesempatan untuk tampil lebih muda dengan Tea Elixir Skin Resilience Activating Serum dari fresh. Serum anti penuaan yang kini didatangkan dalam bentuk edisi terhad, membuatkan kulit melawan dan mengurangkan tanda penuaan seperti kedutan ketara, tekstur lebih lembut dan kulit lebih anjal. Kami jamin serum ini akan menjadi produk kegemaran si dia sepanjang tahun.


Si Dia yang Gemar Bersosial

Tidak kira siang atau malam, rakan anda pasti ingin menikmati setiap detik di majlis sosial yang dihadiri. Apa kata hadiahkan salah satu produk yang paling diminati di fresh—Black Tea Advanced Age Renewal Cream edisi terhad. Krim yang didatangkan dalam bentuk istimewa (rekaan edisi terhad) ini memiliki keberkesanan yang tinggi. Krim anti penuaan yang ringan ini membantu melembutkan kedutan dan membuat kulit lebih anjal. Khasiat yang sama seperti retinol* untuk ekstrak BT Matrix™ ini telah terbukti secara saintifik dapat membantu menyokong struktur kulit yang hilang dan dalam masa yang sama mempunyai kelembutan untuk semua jenis kulit**, termasuk kulit sensitif. Kulit yang sesuai untuk majlis sosial bermula dari sini.


Masih Sukar buat keputusan?

Hadiah yang semua orang suka—ada pilihan! Berikan pilihan kepada mereka untuk memilih produk popular fresh atau cuba sesuatu yang baru dengan kad eGift. Kami jamin mereka akan gembira kerana mereka sendiri yang memilih hadiah tersebut.


*ujian secara ec vivo terhadap bahan-bahan dalam BT Matrix™; produk ini tidak mengandungi retinol

**kombinasi normal, kering, berminyak

Author Profile
blog author Sophia

Sophia D'Urso

Global Consumer Experience

Written by Sophia D’Urso for Fresh. Sophia is an NYC-based consumer experience specialist and content writer. Sophia has worked as a consumer marketer and writer for years at various brands within the beauty, media, and events industries.