Panduan Hadiah Musim Percutian: Hadiah Bodycare

4 min read

Gift Guides

Produk terbaik untuk berehat dan bertenang.

fresh holiday gift set against blue background and red ribbon

Setiap kali menjelang musim perayaan, anda perlu memikirkan hadiah bermakna untuk rakan dan keluarga. Cuma, disebabkan personaliti setiap individu berbeza, sudah pasti tiada satu hadiah bersifat one-size-fits-all untuk semua insan bertuah dalam senarai anda. Namun, apakah hadiah yang sentiasa menggembirakan si penerima? Produk bodycare! Daripada sabun untuk rakan sepejabat sehinggalah kepada bath soak atau scrub untuk pasangan anda, hadiah tahun ini lebih mudah dipilih di fresh dan pastinya menggembirakan mereka.


Terokai seleksi hadiah penjagaan badan untuk individu bertuah dalam senarai anda pada musim cuti tahun ini.

Untuk mereka yang gemar berparti


Mereka memiliki karisma tersendiri dan ‘boleh masuk’ dengan sesiapa sahaja. Apa rahsia mereka tampil begitu yakin? Jawapannya terletak pada kulit gebu dan bibir yang terhidrat. Jadi, terbitkan sinaran pada mereka dengan Perfectly Dewy Skin & Lips Holiday Gift Set kami. Set hadiah kulit dan bibir ini menawarkan pelbagai produk seperti penghidrasi hebat dari koleksi soy, rose dan sugar kami yang popular.


Rutin penjagaan badan set ini bermula dengan Soy Face Cleanser ikonik kami yang akan membersih solekan dan mencuci kulit dengan mendalam. Kemudian, Rose Deep Hydration Facial Toner pula akan mengecilkan pori dan menguatkan penghalang kulit. Selepas itu, gunakan Rose Deep Hydration Oil-Infused Serum untuk menjaga keseimbangan kulit dengan membekalkan hidrasi untuk kulit yang lembap. Rose Face Cream pula berfungsi mengunci kelembapan sehingga 72 jam untuk kulit lebih selesa dan terhidrat. Lengkapkan rutin dengan Sugar Lip Tint Rosé—lip balm bermentega yang mengandungi gula, minyak buah berkhasiat, serta vitamin C dan E untuk melembutkan, melicinkan dan, menggebukan bibir. Pada masa yang sama juga, balsam ini menyediakan lapisan warna jernih yang boleh ditambah intensiti dan keselesaan berpanjangan—set hadiah yang sempurna untuk personaliti yang ceria.


Untuk pencinta kemewahan


Apa hadiah yang sesuai untuk mereka sudah memiliki segalanya? Lengkapkan jiwa mereka dengan Sake Bath. Mandian ini diinspirasikan daripada ritual kecantikan kuno Geisha Jepun. Formula berbuih yang berstruktur lembut ini akan menjadikan sesi rendaman penuh dengan kemewahan. Ia diperbuat daripada sake untuk melembutkan kulit, air halia untuk membekalkan hidrasi, minyak kernel aprikot untuk membekalkan nutrisi, serta ekstrak daun pic untuk kesan melegakan dan keselesaan. Selain itu, buah persimmon sebagai bahan dalam produk ini akan membangkitkan aroma yang menerbitkan rasa bertenang untuk mereka yang gemarkan sesi memanjakan diri.


Untuk penggemar fitness


Mereka yang gemar bersenam sememangnya individu yang penuh bertenaga. Hobi yang aktif menjadi pilihan mereka dan sentiasa menjadi orang pertama yang mencadangkan akiviti seperti mendaki bukit pada waktu pagi atau berjogging di waktu petang. Mereka juga dilihat mempunyai motivasi yang tinggi dan set hadiah penjagaan badan boleh memberi inspirasi kepada mereka. Jadi, kami perkenalkan Citrus Sensations Shower Gel & Lotion Set: Duo pencuci dan losyen badan bersaiz penuh yang begitu menyegarkan. Produk ini akan membersih dengan lembut dan melembapkan kulit, dengan haruman sitrus. Ia diperkaya dengan vitamin E dan C, dan gliserin yang akan mengunci lembapan. Set bernutrisi ini akan mencuci dan menyegarkan kulit dengan membekalkan hidrasi sehingga 24 jam untuk keselesaan sepanjang hari.* Set ini merupakan hadiah musim perayaan terbaik untuk digunakan di rumah atau disimpan dalam beg gim.


Untuk si workaholic


Agak sukar untuk mengajak mereka yang komited dengan kerja, keluar dari mode bekerja. Individu seperti ini selalu sibuk dan fokus. Namun, rehat yang berkualiti boleh menyuntik nafas baru dalam objektif dan impian mereka. Oleh itu, Brown Sugar Body Polish Exfoliator adalah produk penjagaan badan sempurna untuk mereka. Dirumus dengan minyak berasaskan tumbuhan yang berkhasiat—termasuk minyak isi aprikot, minyak camellia seed, dan gula kristal untuk kesan exfoliation—pembersih badan ini akan membuang kulit mati dengan lembut dan mengekalkan tahap kelembapan yang berpanjangan. Selain itu, ekstrak akar ginseng dalam produk ini akan membantu kulit terasa lebih lembut. Untuk menggunakan exfoliator ini, urut dengan lembut pada kulit lembap untuk merasai kenikmatan seperti dalam spa dan waktu rehat yang benar-benar berbaloi.


Untuk mereka yang masih baru dalam skincare


Mereka mungkin belum mempunyai rutin tetap atau memahami manfaat rutin penjagaan badan yang teratur. Namun, mereka sebenarnya ingin tahu dan bersedia mencuba sesuatu yang baru (terutamanya jika anda memberi panduan cara melakukannya). Untuk rakan atau ahli keluarga sebegini, kami cadangkan anda perkenalkan produk praktikal untuk kegunaan harian, tetapi cukup berkualiti untuk mereka menikmati proses penjagaan kulit dan badan. Jadi, Milk Intensive Hand Cream memang sesuai untuk mereka.


Krim tangan dan kuku dengan hidrasi mendalam ini mengandungi trio susu berasaskan tumbuhan untuk kesan melegakan dan vitamin E, biotin, dan asid hialuronik yang memberi keselesaan dan perlindungan, walaupun selepas tangan dibasuh. Tekstur berkrim dan beraroma ini menjadikan tangan terasa lembut serta-merta. Selain itu, jika mereka menyukai krim berformula susu ini, mereka juga boleh pelbagaikan rutin penjagaan badan dengan menambah produk Milk Body Cleanser dan Milk Body Lotion.


Ketahui lebih banyak idea hadiah Krismas terbaik dari fresh


Mencari stor hadiah yang paling lengkap untuk meraikan musim perayaan anda? Dengan pelbagai produk penjagaan kulit, badan dan bibir ditawarkan, serta seleksi pewangi dalam variasi full-size dan travel, fresh sememangnya pilihan ideal untuk anda. Ketahui lebih banyak set hadiah bodycare untuk wanita dan lelaki, atau serlahkan kreativiti dengan memilih sendiri hadiah anda. Di fresh, build-your-own gift sets kami membolehkan anda pilih sebarang produk dari koleksi kami, untuk menghasilkan set penjagaan kulit musim percutian sendiri. Kami akan bungkus hadiah anda dengan riben yang cantik bersama nota yang mengandungi mesej anda, untuk menyuntik sentuhan penghargaan peribadi anda.


*ujian instrumental, 30 subjek

Author Profile