Memulihkan Liang Pori: Tips dari Pakar

Sydney Solon

Global Marketing

4 min read

Expert Advice

Ketahui cara memulihkan saiz liang pori.

Model with black hair applying product to her cheek with her fingers

Saiz liang pori merupakan masalah yang dialami oleh hampir setiap orang. Banyak punca yang menyebabkan liang pori membesar. Antaranya di sebabkan genetik, hormon sehinggalah kepada minyak berlebihan, mata hari, atau penuaan. Anda tidak boleh mengecilkan liang pori secara fizikal. Namun, masih terdapat rutin penjagaan kulit yang berkesan serta produk untuk merawat dan membersihkan liang pori untuk kompleksi lebih lembut dan sihat.

Langkah 1: Bersihkan kekotoran yang tersumbat pada liang pori

Mari kita fokus tentang pori yang membesar. Liang pori dipenuhi oleh peluh, minyak, dan bahan asing dari persekitaran yang lebih besar. Bersihkan liang pori yang tersumbat dengan kekotoran ini dengan Kombucha 2-in-1 No-Rinse Cleanser Prebiotic Treatment. Pencuci dan rawatan dalam satu langkah ini memiliki formula tanpa perlu bilas untuk membuang bahan pencemar, kekotoran, solekan dan pelindung mata hari. Produk ini dirumus dengan kombucha yang kaya dengan anti oksida dan inulin prebiotik. Untuk melindungi penghalang semula jadi kulit, pori akan dipulihkan dengan memberi nutrisi kepada mikrobiota yang terdapat pada kulit. Hanya perlu basahkan pada kapas dan sapu diseluruh muka dan mata. Kulit akan menjadi lebih seimbang dengan tekstur yang lembut secara semula jadi,


Step 2: Sapukan pore-purifying mask

Mencari cara bersihkan kulit dalam masa lima minit? Umbrian Clay Pore-Purifying Face Mask dapat mencuci kulit lebih mendalam dan mengurangkan bukaan liang pori tanpa mengeringkan untuk kulit lebih cerah. Krim tanah liat dari Umbria eksklusif untuk fresh yang kaya dengan mineral ini memiliki tekstur yang boleh disebarkan yang akan menyerap kekotoran tersembat dan minyak berlebihan. Dalam masa yang sama juga, ia akan melembutkan kulit dan mengurangkan tanda kemerahan pada kulit. Produk berformula non-comedogenic (tidak membuatkan pori tersumbat) ini berfungsi sebagai topeng, pencuci muka dan rawatan spot untuk semua jenis kulit*—termasuk kulit kering & sensitif—yang akan menyerap kekotoran ketika memulihkan kulit.


Step 3: Tone dan seimbang

Langkah seterusnya dalam rutin pembersihan pori anda adalah penggunaan toner. Untuk memberi keseimbangan, nutrisi dan menguatkan penghalang kulit, kami syorkan Rose Hyaluronic Acid Deep Hydration Toner untuk anda. Formulasi bebas alkohol paling laris ini diperkaya dengan ekstrak buah ros mawar, ekstrak ros damask, dan minyak ros—dengan rendaman kelopak bunga ros—untuk memulihkan liang pori menjadi lebih lembut dan seimbang dengan segera. Kulit akan menjadi lembut dan sihat sepanjang hari. Selain itu, kulit juga akan mengekalkan kelembapan untuk menghadkan penyerapan kekotoran dan tekanan dari persekitaran.


Langkah 4: Rawatan

Penuaan merupakan satu lagi punca semula jadi yang menyebabkan saiz liang pori membesar. Serum yang dirumus untuk menguatkan penghalang kulit dapat mengatasi masalah ini—contohnya seperti Tea Elixir Skin Resilience Activating Serum. Serum anti penuaan ini dapat melawan dan mengurangkan tanda-tanda penuaan dengan menambahbaik daya tahan pada kulit. Hasilnya kulit akan menjadi lebih lembut, bersinar dan berupaya melawan tekanan kehidupan. Bahan yang dipilih dengan teliti—seperti Adaptive Phytocompound Tea (APT) Technology™, asid hialuronik 5kDA, dan Ceramide III—melembap dan menguatkan kulit serta mengurangkan kemunculan garisan halus dan kedutan. Namun, niasimida yang terdapat pada serum ini adalah bahan berkesan tinggi dalam merawat liang pori. Ia merupakan vitamin B yang membantu mengurangkan saiz pori dengan menambah keanjalan kulit. Selepas lapan minggu, pelanggan kami mengatakan kemunculan pori telah berkurangan sebanyak 61%**!


Step 5: Hidrasi dan segar semula

Jika kulit anda terasa dan nampak lebih baik selepas anda lakukan rutin penjagaan kulit pada waktu pagi, namun lama-kelamaan menjadi berminyak di waktu petang, Rose Pore-Minimizing Hydration Mist sememangnya sesuai untuk anda. Penyembur muka yang segar ini melembut dan memulihkan kulit untuk kulit yang cukup terhidrat dan bersinar tidak kira sebelum atau selepas solekan. Diperkaya dengan ekstrak ros damask dan air ros/mawar, produk pelbagai guna ini membantu mengurangkan pori yang ketara dan dalam masa sama memulihkan kulit dengan segera. Semburkan pada muka dan leher untuk membolehkan aroma ros meresap pada kulit anda. Penyembur ini boleh digunakan sebelum atau ketika solekan, atau memberi kesegaran semula pada solekan.


Lebih banyak lagi di fresh

Masih sukar buat pilihan? Ketahui lebih banyak produk penjagaan kulit terbaik yang boleh digunakan dalam rutin anda untuk mengurangkan saiz liang pori yang ketara. Tidak kira apa sahaja masalah yang dialami kulit anda, fresh membuatkan setiap hari anda istimewa—dalam penjagaan kulit, bibir, badan dan haruman—untuk membangkitkan deria dan menukarkan kulit anda.


Jika anda inginkan lebih banyak produk dalam rutin penjagaan kulit anda, dapatkan koleksi fresh sekarang!


*normal, kering, berminyak, kombinasi

**hasil pemerhatian, penilaian kendiri melalui markah, 33 subjek, lapan minggu.

Author Profile
blog author Sydney Solon

Sydney Solon

Global Marketing

Sydney is a NYC-based marketing strategist and skincare enthusiast. With experience at brands including Glow Recipe, Dr. Dennis Gross, and fresh, Sydney brings products from concept to bathroom shelf through consumer-first messaging directives and impactful campaign development.