Bagaimana Asid Amino Bermanfaat Kepada Kulit Anda

Brittan Bates

Global Brand Storytelling

4 min read

Expert Advice

Kebaikan asid amino dalam penjagaan kulit.

Close up of yellow liquid with air bubbles on white background

Penting untuk kesihatan, penting juga untuk kulit anda.


Anda mungkin ingat belajar tentang asid amino di sekolah menengah dan segera melupakannya sebaik sahaja anda lulus ujian. Kami juga begitu! Tetapi apabila kita mula mendengar tentang asid amino dan penjagaan kulit – ia pasti mencuri perhatian kita.


Kita telah lama mengetahui bahawa mengambil makanan yang tinggi asid amino memberi manfaat kepada kesihatan anda secara keseluruhan, tetapi apa yang berlaku apabila anda mengamalkannya dalam penjagaan kulit anda? Asid amini sangat membantu kulit dan harus menjadi bahan seterusnya yang anda tumpukan dalam rutin penjagaan kulit anda (dan diteruskan walaupun ia tidak lagi hangat diperkatakan).

Apa itu asid amino?

Jenis kandungan: Pelbagai

Siapa yang harus menggunakannya: Semua orang

Berapa kerapkah anda perlu menggunakannya: Setiap hari kerana ianya tidak kasar pada kulit

Boleh digunakan bersama: Apa-apa sahaja


Asid amino ialah blok bangunan kepada semua protein – termasuklah protein penting di dalam kulit seperti keratin, kolagen, dan elastin. Terdapat dua jenis asid amino: penting dan tidak penting. Asid amino "tidak penting" adalah asid amino yang boleh dihasilkan oleh badan anda sendiri, manakala asid amino "penting" adalah asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh badan anda.


Kedua-dua jenis asid amino ini mempunyai peranan dalam hampir kesemua proses dalam badan kita. Maka dengan itu, mereka ialah komponen penting dalam menjadikan badan kita berfungsi. Secara ringkasnya, asid amino diperlukan untuk kesihatan dan fungsi badan anda, jadi kita boleh menganggap mereka juga penting untuk kulit.


Bagaimana asid amino memberi manfaat kepada kulit?

Asid amino didapati secara semulajadi dalam kulit kita. Secara keseluruhan, mereka membantu mengekalkan halangan kulit. Walau bagaimanapun, menggabungkannya ke dalam rutin penjagaan kulit boleh memberikan banyak manfaat kepada kesihatan dan penampilan keseluruhan kulit anda.


Menghidrat dan mengekalkan kelembapan: Asid amino bertindak dengan memaksa kelembapan ke dalam kulit untuk memastikan ia lembap. Apabila digabungkan dengan bahan pelembap lain, ini boleh menjadikan kulit yang anjal, penampilan yang lebih muda.


Mengurangkan kemerahan: Dengan meningkatkan dan mengekalkan penghidratan, asid amino membantu mengekalkan pH kulit, sekaligus membantu melegakan kemerahan yang kelihatan.


Membina kolagen: Oleh kerana asid amino adalah blok binaan semua protein, mereka memainkan peranan penting dalam tahap kolagen semulajadi kulit. Menambah asid amino dalam rutin anda membantu dalam pembentukan kolagen.


Menggalakkan pembaikan yang jelas: Oleh sebab asid amino membantu dalam pembentukan kolagen, mereka juga membantu dalam pembaikan kulit yang jelas dari tekanan harian dan alam sekitar.


Meratakan garis halus: Stimulasi kolagen membantu menganjalkan dan meratakan penampakan garis halus yang mengjengkelkan.


Menambahkan asid amino ke dalam rutin penjagaan kulit anda

Anda bernasib baik kerana asid amino terdapat dalam salah satu produk terlaris kami. Pencuci Muka Soy pH-Balanced Hydrating dibuat dengan soya, bahan kaya asid amino yang dipercayai meningkatkan kelembutan dan keanjalan kulit. Campuran ringan tetapi kuat ini, digandingkan dengan ekstrak timun penyejuk, minyak biji borage yang berkhasiat, dan lidah buaya yang menenangkan, akan memberikan semua kelebihan asid amino sambil membersihkan kulit anda dengan sekata dan menghilangkan semua kesan solek dan kotoran.

Author Profile
blog author Brittan Bates

Brittan Bates

Global Brand Storytelling

Written by Brittan Bates for Fresh. Brittan is an NYC-based writer, editor, and storyteller with 9 years of experience spanning digital and print journalism, copywriting, brand strategy, and more. Her work has appeared in publications such as Teen Vogue and brands including Diane von Furstenberg, abc carpet & home, FRĒDA SALVADOR, and more.