SHOP NOW
Kisah Mengenai Kombucha
Sara Anderson
Global Brand Storytelling
4 min read
Dalami kisah disebalik ramuan teh berkhasiat oleh fresh.
Di fresh, kami sememangnya dikenali dengan usaha kami mendapatkan remedi atau penawar semula jadi dari seluruh pelosok dunia dan menggunakan khasiatnya untuk menghasilkan produk penjagaan kulit yang berkesan. Daripada penggunaan gula untuk merawat luka kecil pada kanak-kanak, sehinggalah kepada memahami khasiat penapaian kepada kulit. Pengasas fresh, Lev Glazman dan Alina Roytberg, mencari inspirasi di mana sahaja untuk membangunkan koleksi produk penjagaan kulit yang anda lihat pada hari ini.
Sebagai sebuah jenama yang mendapat inspirasi dari alam semula jadi, kami sentiasa berusaha untuk menambah baik bagaimana bahan-bahan diperolehi secara lebih beretika. Komitmen kami dalam mencari sumber ramuan terbaik di seluruh dunia adalah berterusan dan dalam masa yang sama, tetap menghormati biodiversiti untuk menghasilkan produk terbaik untuk kulit anda. Teh hitam yang digunakan untuk menghasilkan minuman berkhasiat kombucha, adalah contoh terbaik yang kami boleh berikan.
Kombucha merupakan teh hitam yang telah melalui proses penapaian. Teh yang telah wujud sejak berkurun lama ini kaya dengan asid natural dan vitamin. Daripada perspektif sejarah, teh ini dikenali di rantau Asia dan Rusia sebagai minuman “eliksir abadi” berikutan khasiat tenaga dan penyahtoksinan yang terkandung di dalamnya. Penapaian ialah proses yang membantu menguatkan sel dan melindunginya daripada kerosakan yang disebabkan oleh tekanan (stressor) dari alam sekitar. Proses penapaian semula jadi ini mengubah molekul teh secara biotransformasi. Jadi, untuk penjagaan kulit khasiat teh kepada kulit menjadi bertambah – ini bermaksud bahan berkhasiat yang sedia ada dalam teh hitam menjadi berganda khasiatnya untuk membuatkan kulit kekal lembut, bersinar dan melindungi kulit dari bahan pencemar dan sinar biru.
Pada hari ini, minuman kombucha yang terdapat di koleksi fresh menawarkan perlindungan anti oksida yang lebih kuat. Perlindungan ini terhasil daripada proses penapaian berganda yang menghasilkan molekul anti oksida bersaiz kecil untuk memudahkah penembusan pada kulit.
Pengasas bersama fresh, Lev Glazman sentiasa obses dengan minuman kombucha yang telah melalui proses penapaian.“Minat mendalam saya terhadap khasiat yang ditawarkan oleh penapaian bermula ketika saya mula mencuba minuman kombucha – bagaimana minuman tersebut membuatkan saya bertenaga dan mengalami nyahtoksin – dan saya ingin berkongsi tentang potensi kombucha untuk kulit,” ujar beliau. Fresh telah menjalankan kajian mendalam terhadap ramuan anti oksida dan khasiat perlindungan kulit yang dimiliki oleh kambucha.
Teh yang juga dikenali Golden Buds of Nepal keluaran fresh ini telah mendapat pensijilan fair-trade. Teh ini diperolehi dari sebuah kawasan pedalaman di pergunungan Hilmalaya di Nepal. Kawasan ini terletak berhampiran Ranitar, Panchthar di kaki Gunung Kanchanjangha yang beriklim panas dan lembab serta kaya dengan biodiversiti. Keadaan ini membuatkan penanaman teh begitu sesuai diusahakan. Dituai sebanyak empat kali dalam setahun, daun teh ini dipetik dengan teliti oleh peladang tempatan.
Union for Ethical BioTrade (UEBT) merupakan sebuah badan bukan berasaskan keuntungan terkenal diperingkat global yang menyokong pencarian bahan berasaskan biodiversiti secara beretika dan telah membuat penilaian terhadap teh hitam tersebut. Semenjak tahun 2020, fresh telah bekerjasama dengan UEBT untuk menambahbaik cara memilih dan sumber tumbuhan berharga ini. Usaha ini melibatkan pemeriksaan terhadap piawaian UEBT di lokasi pembekal dan kawasan penanaman atau tumbuh secara semula jadi.
Segala usaha yang kami telah lakukan terhadap bahan ini (dan banyak lagi yang lain) hanya sebagai satu permulaan. Kami akan terus berinvoasi dan menambah baik cara kami mendapatkan sumber di samping terus memelihara alam semula jadi dan menghormati penghuni di muka bumi ini.
Written by Sara Anderson for Fresh. Sara is a NYC-based global marketer and beauty content strategist. Sara has 12+ years of experience conceptualizing and producing original content in beauty, fashion, music, and entertainment. Sara has created content for Fast Company, Us Weekly, Birchbox, and PopCrush.com with her expertise most recently in the beauty space.