SHOP NOW
Tahun Baru, Wajah Baru: Rutin Skincare Lebih Segar untuk 2025
4 min read
Lengkapkan azam tahun 2025 anda dengan rutin penjagaan kulit baru.
Tahun baru adalah peluang terbaik untuk meninggalkan kebiasaan lama dan mulakan langkah baru. Inilah masanya untuk tetapkan sasaran dan fokus semula, serta mengutamakan kesihatan diri anda. Lagipun, bukankah itu makna sebenar azam tahun baru? Sambil anda menetapkan azam tahun ini dan membuat perancangan, jangan lupakan penjagaan diri—mulakan dengan ritual skincare anda.
Ritual penjagaan kulit yang terancang, dengan produk yang sesuai dengan kulit anda tidak hanya membuatkan anda kelihatan dan terasa selesa, malah ia juga akan mewujudkan momen ketenangan dan diri terasa terjaga dengan baik setiap hari. Jadi, walau sesibuk mana anda pada 2025, pastikan anda luangkan masa untuk berehat, bertenang dan memanjakan diri. Biarlah 2025 menjadi tahun anda begitu serius dengan penjagaan kulit anda.
Membina rutin penjagaan kulit yang sesuai dengan masalah tertentu kulit anda tidak perlu menjadi sesuatu yang rumit. Mari kita lihat langkah asas yang penting untuk hasil yang lebih berkesan,
Mencuci dan melembapkan adalah asas utama penting dalam rutin penjagaan kulit yang baik. Kedua-dua aktiviti ini akan membuatkan kulit anda sentiasa bersih dan seimbang. Pada waktu pagi, gunakan pencuci wajah yang lembut untuk menyingkirkan kotoran terkumpul semalaman dan membersihkan pori-pori tersumbat. Kulit bersih menjadi permukaan segar untuk menyerap bahan bernutrisi dalam produk yang anda gunakan selepas itu. Pada waktu malam pula, luangkan masa untuk membersihkan solekan, minyak berlebihan dan sisa SPF. Kemudian, gunakan toner, serum dan pelembab untuk membantu penghalang semula jadi kulit berfungsi dengan baik serta mengunci kelembapan sepanjang malam.
Kami cadangkan: Setelah meluangkan masa bersama insan tersayang sepanjang musim percutian, kini tiba masanya untuk memanjakan diri anda pula. Awaken Radiance Set dari fresh memberikan segala yang anda perlukan untuk memulakan rutin penjagaan kulit dengan sempurna. Set ini dilengkapi dengan Soy Face Cleanser dari fresh memberikan segala yang anda perlukan untuk memulakan rutin penjagaan kulit dengan sempurna. Set ini dilengkapi dengan Black Tea Advanced Age Renewal Cream. yang kaya dengan nutrisi. Atau, cuba Wake Up & Hydrate Set, dengan kombinasi Soy Face Cleanser kegemaran ramai bersama Rose Deep Hydration Face Cream kami untuk kelembapan berpanjangan setiap hari.
Salah satu rahsia penjagaan kulit yang berkesan adalah rutin yang ringkas dan konsisten. Kadangkala, hanya beberapa produk yang serasi dengan kulit anda lebih berkesan daripada pelbagai produk yang menawarkan formulasi berbeza.
Dewy & Hydrated Skin Trio Skincare Set kami adalah rutin yang ringkas tetapi berkesan untuk kulit yang sentiasa terhidrasi. Sesuai digunakan selepas cucian muka, set tiga langkah ini lengkap untuk keperluan hidrasi harian wajah anda: Rose Deep Hydration Facial Toner melembutkan dan merawat pori, Rose Face Cream yang membantu menguatkan kulit dan memberikan kelembapan mendalam untuk kulit lebih gebu dan berseri. Trio ini dirumus dengan bahan semula jadi dan berhidrasi tinggi seperti air bunga ros, ekstrak ros damask, dan asid hialuronik.
Anda pasti pernah terdengar sebelum ini — tidak kira apa sahaja cuaca atau musim, sunscreen mesti ada dalam rutin skincare anda. Selepas pelembap (sebelum memakai solekan), sapukan sunscreen dengan sekurang-kurangnya SPF 30 untuk untuk melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran matahari dan mengurangkan tanda-tanda awal penuaan. Jika anda berada di luar, berikan perlindungan tambahan kepada kulit anda dengan menyapu semula sunscreen setiap beberapa jam.
Selepas mengetahui beberapa langkah asas, kini anda boleh menambah beberapa produk tambahan untuk rutin yang lebih berkesan dan membantu kulit tampil lebih sihat dan berseri.
Exfoliation yang kerap membantu menyingkirkan sel kulit mati, membersihkan pori dan merangsang pertumbuhan sel untuk kulit yang lebih cerah dan berseri. Kebiasaannya, exfoliation disarankan dua atau tiga kali seminggu. Namun, tidak salah jika anda ingin mulakan secara perlahan-lahan—sekali atau dua kali seminggu sudah mencukupi— biarkan kulit anda sendiri yang tentukan kekerapan yang sesuai. Sugar Face Polish Exfoliator kami mengandungi campuran kristal gula perang, strawberi, dan minyak berkhasiat sebagai rawatan lembut dan berkesan yang menguatkan hidrasi.
Vitamin C berperanan sebagai agen pencerah yang membantu menyerlahkan seri semula jadi kulit. Sementara itu, vitamin E pula membekalkan nutrisi penting yang diperlukan kulit. Black Tea Collection kami memanfaatkan khasiat antioksida teh hitam untuk membantu kulit anda kekal segar, tegang dan berseri.
Serum sangat penting dalam penjagaan kulit—berstruktur ringan tetapi memberi kesan besar. Produk ini membekalkan bahan aktif yang yang tertumpu di bahagian kulit yang memerlukannya. Sama ada ingin meningkatkan hidrasi, mencerahkan lagi kulit, atau menyokong proses pemulihan semula jadi kulit, terdapat serum bagi setiap jenis atau masalah yang dihadapi kulit anda.
Kami syorkan Vitamin Nectar Antioxidant Face Serum untuk anda. Formulasi produk ini khusus untuk menawarkan 4 perkara penting untuk mendapatkan kulit yang sihat: kecerahan, kelembutan, hidrasi, dan tanda-tanda keletihan. Serum ini mengandungi lebih daripada 480,000 microbubbles bernutrisi tinggi, yang akan pecah apabila disapu pada kulit, seterusnya membekalkan khasiat bahan aktifnya melalui tekstur yang ringan yang mudah meresap.
Face mask adalah cara terbaik untuk memberi kulit anda ruang untuk berehat. Ia juga menawarkan sesi penjagaan dan momen ‘lebih dekat dengan diri sendiri’—masa untuk mendapatkan semula, memulihkan dan seimbangkan apa yang kulit anda perlukan. Umbrian Clay Pore-Purifying Face Mask berfungsi tiga dalam satu iaitu cucian mendalam, memulihkan pori, dan mengawal kulit berkilat untuk wajah lebih bersih dan seimbang.
Anda juga boleh manjakan wajah anda dengan haruman ros, iaitu Rose Deep Hydration Sleeping Mask. Masker ini menawarkan rawatan semalaman dalam dua langkah, dengan membekalkan hidrasi mendalam dan menguncinya ketika anda lena dibuai mimpi. Bangkit dari tidur dengan kulit yang lebih gebu dan lembap serta terasa segar.
Apa yang diperlukan oleh kulit anda boleh berubah setiap minggu, dan ini juga sama dengan masker muka anda. Gunakan masker tanah liat apabila kulit anda terasa berat atau tersumbat, masker penghidrat apabila kulit terasa kering, atau produk pencerah untuk menyerlahkan kilauan semula jadi pada wajah.
Kulit yang cantik tidak hanya berkisar pada produk; ia bermula dari dalam. Beberapa amalan harian boleh melengkapkan rutin penjagaan kulit semula jadi anda dan membantu meningkatkan kesannya. Pastikan anda minum air secukupnya agar badan (dan kulit) kekal terhidrat. Selain itu, jangan sesekali perlecehkan kepentingan tidur malam yang berkualiti. Tempoh beberapa jam dalam tidur adalah waktu di mana kulit anda menjalani proses pemulihan. Jadi, hasilkan rutin malam yang menenangkan untuk membantu anda berehat secukupnya. Cuba gunakan produk penjagaan kulit waktu malam sambil mendengar muzik yang menenangkan atau amalkan teknik pernafasan berfokus.
Kulit anda sememangnya berhak mendapat produk terbaik. Di fresh, kami menggabungkan khasiat alam semula jadi dan dengan teknologi sains terkini untuk mencipta formula yang berkesan serta-merta dan manfaat jangka panjang.
Daripada Soy Face Cleanser yang lembut dan berkesan tinggi, hinggalah kepada teh hitam Mauritius yang transformatif, setiap produk penjagaan kulit direka untuk menjadikan rutin harian anda satu sesi penjagaan diri yang dilimpahi kasih sayang dan lebih dekat dengan diri anda.